Close Sale Whatsapp – isi kandungan buku berbayar!

Close Sale Whatsapp – isi kandungan buku berbayar!

Close Sale Whatsapp

AWAS! Artikel ini mendedahkan kandungan sebenar daripada buku berbayar. Pendedahan ini hanyalah untuk tujuan review dan hanya beberapa maklumat tertentu sahaja akan didedahkan. Sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih lengkap anda boleh terus dapatkan di laman jualan rasmi. closesalewhatsapp.com

Selepas menghabiskan buku Close Sale Whatsapp rasanya tidak cukup untuk Lubuk Digital huraikan semuanya dalam satu artikel. Terlalu banyak maklumat penting yang wajib anda sendiri baca dan fahami. Diharapkan sedikit maklumat ini dapat memberi keputusan kepada anda untuk membuat tindakan segera. Sekiranya terlambat, pesaing anda mungkin akan dapat close sale prospek targeted anda.

Sebelum diteruskan dengan kandungan buku, anda boleh muat turun ebook “9 Kesalahan Close Sale Whatsapp” secara percuma.

BUKU CLOSESALE WHATSAPP

Pertama sekali apa yang perlu anda buat adalah “betulkan mindset“.

YA, mindset memainkan peranan yang penting. Betulkan mindset untuk membantu menyelesaikan masalah prospek. Mereka membeli bukan kerana suka-suka tetapi mereka membeli untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi, anda perlu tunjukkan kepada mereka bahawa anda betul-betul ingin membantu bukan menjual semata-mata.

Dalam buku Close Sale Whatsapp ada menerangkan 3 aliran yang betul untuk melakukan close sale.

1. STRANGER
Prospek yang bertanya tidak mengenali anda dan anda pun belum lagi mengenali mereka.

2. FRIEND
Jadikan mereka selesa berkomunikasi dengan anda dan tidak menganggap anda sebagai orang asing. Layan mereka seperti kawan yang anda kenal.

3. CUSTOMER
Apabila mereka sudah selesa dengan anda, mudah untuk anda buat mereka percaya pada anda dan juga produk terutamanya. Seterusnya menjadi pembeli.

Secara asasnya, seseorang itu mula membuat keputusan membeli apabila mereka sudah mula PERCAYA.

1. Percaya kepada produk – kerana produk boleh selesaikan masalah.
2. Percaya kepada seller – kerana seller jujur dalam menjual.

Selain daripada “PERCAYA”, ada 6 lagi faktor yang boleh membuatkan prosepk membeli yang anda perlu baca sendiri dari buku Close Sale Whatsapp.

BUKU 50 TIPS CLOSE SALE WHATSAPP

Tahukah anda, tidak semua selesa dengan gaya bahasa yang kita gunakan. Dalam tips pertama akan didedahkan dengan gaya bahasa yang betul untuk berkomunikasi dengan prospek.

Tips 1 – Customer Daily Vocab (CDV)

Guna bahasa harian yang prospek selalu guna untuk bercakap setiap hari. Ini adalah bertujuan untuk membina persamaan antara kita dengan prospek.

Kata ganti nama
Pastikan anda mengunakan panggilan yang betul dalam setiap situasi. Ada sesetengah dari kalangan prospek sangat sensitif mengenai panggilan.

‘cik’,’sis’,’dear’,’puan’,’akak’.

Bahasa rojak (Bm + Bi)
Bahasa rojak biasanya sesuai untuk pelanggan yang beradadi lokasi bandar dan sekitar bandar. Bersesuaian dengan pekerjaan, taraf pendidikan dan gaya hidup mereka.

Ada 49 lagi tips power yang boleh anda guna. Kesemuanya akan di dedahkan dalam buku 50 Tips Close Sale Whatsapp.

BUKU 30 IDEA FOLLOW UP WHATSAPP

Follow up adalah antara penyumbang terbesar untuk mendapatkan jualan. Ianya penting untuk mengingatkan mereka mengenai anda dan produk yang anda jual.

Siapa yang perlu kita follow up?
1. Prospek
2. Pelanggan

Dalam buku ini ada menerangkan situasi-situasi yang sering penjual hadapi dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Ada 30 idea follow up yang boleh anda gunakan.

Berbekalkan idea tersebut anda boleh gunakan kreativiti untuk mengolah skrip yang dikongsikan mengikut kesesuaian produk anda. Melalui fasa “try & adjust” anda akan dapat jadikan skrip tersebut lebih mantap dan “up to date” dari masa ke semasa.

Skrip follow up yang dikongsikan dalam buku ini sesuai untuk 5 check point dibawah. Ini adalah untuk memastikan prospek kembali aktif berhubung dengan anda.

5 Check Point Prospek Berhenti Chatting :
1. Selepas Tahu Info Produk.
2. Selepas Tahu Harga.
3. Selepas Dapat No. Akaun.
4. Selepas Bagi Alasan.
5. Selepas Bagi Details Postage.

Ini pula contoh LIVE ayat yang digunakan oleh pembeli buku.

Ingat, sales yang terbesar bukannya datang daripada close sale pada hari pertama prospek whatsapp anda. Tapi sales yang terbesar adalah pada hari anda follow up prospek berkenaan.

Ini pengalaman daripada pembeli buku Close Sale Whatsapp 2017







Anda pun boleh menjadi seperti mereka. Langkah pertama pertama anda adalah dengan mendapatkan buku ini dan yang kedua, lakukan tindakan.

Selepas membuat pembelian, ini yang anda akan dapat nanti.

3 NASKAH BUKU FIZIKAL

(1) Buku Close Sale Whatsapp :
– 110 muka surat.
– 39 Topik Close Sale + 3 Topik Bonus.
– Membincangkan tentang proses close sale bermula dari awal hingga akhir.
– Bermula dengan ‘apa itu close sale?’ sehingga ‘parcel dah pos – whats next?’
– Content dari sekecil-kecil proses hingga sebesar-besar proses.
– Pasti muntah pembaca buku ini hadam ilmu close sale whatsapp.

(2) Buku 50 Tips Close Sale Whatsapp :
– 62 muka surat.
– Perkongsian 50 Tips Close Sale yang mantap.
– Content berbeza dengan Buku utama diatas.
– Pasti pembaca tidak kering idea untuk close prospek yang banyak ragam.

(3) Buku 30 Idea Follow Up Whatsapp :
– 34 muka surat.
– Perkongsian 30 Tips Follow Up prospek.
– Content khas membincangkan tentang follow up.
– Kini peniaga online boleh follow up bila-bila masa sahaja, hanya copy + paste skrip yang disediakan.

5 EBOOK BONUS

4 EBOOK SUPER BONUS

InshaAllah, tindakan yang cepat dapat memberi hasil yang cepat.

Video Panduan Google Adwords + Advanced by Sifu Adwords

Video Panduan Google Adwords + Advanced by Sifu Adwords

Biar saya ceritakan sedikit pengalaman dalam pengiklanan di Google.

Google Adwords sudah wujud lama cuma jarang orang guna sebab ramai yang tidak tahu cara menggunakannya. Sebelum ini saya sendiri pernah menggunakan Google Adwords, tanpa panduan, tanpa guru, tanpa mentor. Hasilnya banyak yang ke laut. Iklan tidak terus kepada prospek yang berpotensi dan banyak duit dihabiskan ke atas keyword yang tidak penting. Sangat-sangat merugikan. Apa yang saya harapkan tidak berlaku. Kos semakin meningkat, jualan pula semakin menurun.

Ingatkan dengan memasukkan banyak keyword hot dalam satu iklan akan mendatangkan ramai prospek tetapi ternyata saya salah. Prospek ramai tapi semuanya bukan dalam kumpulan sasaran. Tidak ada seorang pun yang klik pada butang beli. Disebabkan ini, saya berhenti dulu beriklan di Google dan cuba mencari panduan Google Adwords dalam bahasa Malaysia yang lebih lengkap tetapi tidak berjaya ditemui.

Selepas sahaja saya tahu ada produk baru daripada SifuAdwords tuan Wan Mus iaitu Video Panduan Google Adwords saya terus mendaptkannya. Jika sebelum ini anda juga pernah kecewa dengan Google Adwords, kini tidak lagi. Panduan ini lengkap dan ianya ditunjukkan langkah demi langkah untuk menghasilkan iklan yang convert dan yang penting memberi penjimatan dan pulangan yang memberangsangkan.

video google adwords
Video Panduan Google Adwords + Advanced yang saya beli daripada tuan Wan Mus

Ini video yang sudah saya muat turun dari halaman download. Ini merupakan pakej Video Panduan Google Adwords + Advanced. Sekiranya anda hanya mendapatkan pakej asas sahaja video yang anda dapat tidak sama seperti di dalam gambar diatas.

Dibawah merupakan review ringkas mengenai produk ini. Ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Laman Jualan:

SifuAdwords.my

Pembayaran dan Penerimaan Produk:

Pembayaran produk menggunakan sistem OnPay, menerima bayaran menggunakan Kad Kredit/Kad Debit/PayPal dan bank tempatan seperti Maybank,CIMB dan Bank Islam. Anda akan menerima sms apabila pembelian sudah disahkan.

Kualiti Video:

Suara jelas dan kualiti video terbaik.

Penyampaian Maklumat:

Jelas dan terus kepada maklumat utama.

Kategori Pengguna:

Sesuai untuk semua pengguna- Newbie, Advanced, Profesional.

Bantuan:

Melalui emel dan FB group.

Keseluruhan:

Maklumat yang ingin disampaikan jelas. Kandungan dan pelajaran yang akan anda pelajari sama seperti yang tertulis di laman jualan.

Komen:

Pastikan anda betul-betul bersedia sebelum membuka akaun Google Adwords dari segi modal untuk iklan dan juga masa untuk menonton video.

Keseluruhan video memakan masa selama 2jam 35minit untuk Pakej Asas dan 4jam 6minit untuk Pakej Advanced.

Modal permulaan mungkin agak besar sedikit kerana dalam tempoh seminggu pertama memasang iklan, Google masih lagi belajar bagaimana iklan anda bekerja. Ini ada tuan Wan Mus jelaskan di dalam video panduan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap sila klik DISINI

Tawaran ini sudah ditutup