PLR Case Study: Jana pendapatan pasif $350,000

PLR Case Study: Jana pendapatan pasif $350,000

Dalam blog plrtalk.com (blog English) saya tertarik dengan satu artikel mengenai menjana pendapatan pasif dengan plr. Saya rasa artikel ini sangat sesuai untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog Lubuk Digital.

Kajian kes ini dilakukan oleh Tony Shepherd seorang IM dari luar negara.

Kajian kes:

Ini merupakan kajian kes untuk pendapatan pasif melalui aplikasi android.Aplikasi yang dimaksudkan bukanlah seperti kamera, utiliti, antivirus ataupun permainan tetapi ebuku.

Jika anda masuk ke dalam google play, kemudian pergi ke bahagian “book”. Anda akan dapat lihat pelbagai jenis ebook dengan topik yang menarik. Malahan ada ebook yang mempunyai topik yang sama tapi nama penulis berbeza. Jika itu yang anda nampak, berkemungkinan besar ebook tersebut merupakan ebook PLR.

Di luar negara, ianya bukanlah sesuatu yang baru dan di Malaysia juga sama, tetapi tidak ramai yang terlibat dan mungkin boleh dikatakan masih ramai yang tidak mengetahui potensinya.

Ianya sudah lama bertapak semenjak google mula mewujudkan operasi sistem sendiri yang diberi nama “Android”.

Bermula daripada “Android Market” kemudian digantikan dengan “Google Play”, banyak perubahan telah dilakukan. Dengan wujudnya sistem ini, ianya membolehkan industri produk digital berkembang dengan lebih cepat.

Di Malaysia, jarang sekali kita dapat lihat individu terlibat dengan ebook dalam bentuk aplikasi. Ianya banyak dikuasi oleh syarikat besar seperti syarikat-syarikat buku.

Inilah peluang yang boleh kita manfaatkan sementara masih belum ramai yang menyertainya.

Apa yang dilakukan oleh Tony Shepherd untuk menjana pendapatan pasif sehingga $350k bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan. Beliau membeli ebook PLR atau menulis sendiri kemudian tukarkan ebook tersebut menjadi aplikasi Android.

Strateginya agak mudah..

1. Dapatkan ebook (membeli ebook PLR atau buat sendiri)

2. Tukarkan menjadi aplikasi Android

3. Letak harga $1.40(dalam RM6.20) untuk setiap download

4. Masukkan ke dalam pasaran aplikasi Android

Daripada apa yang lihat, sesiapa saja boleh melakukannya. Beliau menghasilkan lebih dari 1000 aplikasi dimana setiap satu daripada aplikasi tersebut mendapat 500-1000 pemasangan. (pembelian).

Ianya sentiasa menarik setiap kali berkaitan dengan angka.Cuba anda buat kiraan aplikasi yang sedikit beliau boleh buat. Kita ambil contoh 500 aplikasi yang berjaya dibuat. Setiap aplikasi ini mendapat 500 kali muat turun dimana setaip kali muat turun (pemasangan) bernilai $1.40.

Dalam kiraan matematik..

500 aplikasi x 500 muat turun x $1.40 = bersamaan dengan $350,000.

Ianya merupakan satu angka yang agak besar dengan hanya menukar ebook menjadi aplikasi..

Setiap ebook mempunyai pembaca tersendiri. Dengan adanya tajuk yang pelbagai beliau dengan mudah dapat meluaskan lagi sasaran jualan.

Kebanyakkan daripada ebook PLR tidak meletakkan sekatan atau apa-apa syarat tidak boleh mengubah ebook tersebut ke dalam bentuk aplikasi. Maksudnya anda boleh tukarkan ebook yang anda beli ke dalam bentuk lain yang anda mahukan.

Keadaan ini jelas menunjukkan ebook boleh dieksploitasikan dengan pelbagai cara. Tidak hairanlah IM tersebut boleh menjana $350,000 pendapatan pasif cuma dari aplikasi android yang sedikit.

Akhir kajian kes:

Kajian kes ini menunjukkan bahawa terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dengan PLR.

Jika anda ingin menjana pendapatan menggunakan cara yang sama anda boleh cuba tukarkan ebook ke bentuk aplikasi android. Sekarang sudah banyak software yang anda boleh gunakan untuk menukar ebook ke dalam bentuk aplikasi. Anda boleh terus tukar ebook tersebut ke bentuk aplikasi tanpa download apa-apa software dan boleh terus buat di dalam browser.

Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya, anda boleh saja upah orang lain untuk buatkan.

Anda boleh cuba servis di Fiverr.com untuk convert pdf ke dalam bentuk aplikasi android. Anda boleh upah dengan $5 untuk satu aplikasi.

Seterusnya siapkan akaun google play anda dan upload aplikasi tersebut.(Akan dibincangkan dalam artikel yang lain)

Sekiranya anda berminat dengan produk PLR, anda boleh dapatkan di sini>> 20 ebook PLR atau 3 ebook PLR niche evergreen..

20 Ebook PLR – RM20

20 Ebook PLR – RM20

Himpunan 20 ebook PLR pada harga istimewa.

Jika anda sedang mencari produk untuk dijual dan mahukan keuntungan 100%, anda berada di tempat yang betul. Anda boleh bermula dengan menjual ebook. Maksudnya bukanlah beli ebook orang lain kemudian jual semula tanpa pengetahuan pemilik asal. Itu bukanlahcara yang betul. Anda perlu mempunyai lesen sekiranya anda ingin menjual semula produk tersebut.

Anda beruntung kerana disini anda akan mendapat ebook beserta lesen jualan (PLR) semula. Dengan adanya lesen PLR, anda boleh menjual semula kesemua ebook ini dalam keadaan asal atau terjemahkan ke dalam bahasa Melayu kemudian jual semula pada harga yang anda mahukan.

Anda akan dapat 20 ebook dalam bahasa Inggeris berserta lesen PLR. Maksudnya anda boleh buat apa saja pada ebook ini malah meletakkan nama anda sendiri sebagai penulis ebook.

Dibawah saya sertakan senarai 20 ebook untuk anda..
1. Profit Funnel Ideas
2. Fire Your Boss
3. Blogging Basics For Beginners
4. List Building Strategies
5. Winning The Affiliate War
6. Out Of Control Viral Marketing
7. Explode Your Monthly Income With PLR
8. Real Estate Investment
9. Unlimited Customers Goldmine
10.Exploding Your Sales
11.Google AdSense A To Z
12.Affiliate Marketing A To Z
13.Email Marketing A To Z
14.How To Make Your Home Sell
15.Get Paid To Write A Book
16.Write More Effective Ads
17.Top Affiliate Tactics
18.Recurring Income Secrets
19.7 Infamous Resell Rights Questions
20.EBook Marketing Exposed

Saya TIDAK mahu berikan anda kualiti yang tidak memuaskan. Disebabkan itu saya sudah menghasilkan semula ecover asal dan sertakan bersama dengan fail PSD untuk memudahkan anda membuat perubahan pada masa akan datang.

Anda boleh lihat design ecover bahasa Inggeris dibawah..

Flat Image

3D eCover Image

Ebook yang anda akan dapat juga disertakan dengan ecover dalam versi Melayu. Sekiranya anda berminat untuk menterjemahkan ebook ini ke dalam bahasa Melayu pada masa akan datang, anda tidak perlu lagi untuk mengupah designer kerana design professional sudah disediakan untuk anda.
TETAPI sekiranya anda ingin membuat perubahan pada design tersebut, anda boleh lakukan sendiri kerana fail PSD juga diberikan kepada anda. Anda boleh gunakan design ini berulang kali dan hasilkan seberapa banyak ebook cover yang anda mahukan. Tiada had penggunaan.

Anda boleh lihat design ecover bahasa Melayu dibawah..

Flat Image

3D eCover Image

Ini merupakan gabungan koleksi unik dimana ebook dalam bahasa Inggeris dan ebook cover dalam bahasa Melayu digabungkan bersama dan disertakan dengan lesen PLR.

Dengan Lesen PLR anda dibenarkan untuk:
Boleh jual semula kesemua ebook dan ecover beserta lesen
Boleh edit dan tukar nama penulis
Boleh gabung beberapa ebook jadi satu dan jual
Boleh jual secara berasingan
Boleh guna dan baca untuk kegunaan sendiri
Boleh print dan jadikan sebagai buku
Boleh jadikan sebagai post untuk blog
Boleh jadikan sebagai emel untuk dihantar kepada subscriber

Semua ini anda akan dapat pada harga yang tidak masuk akal.
Kalau satu ebook ini berharga paling rendah RM50, nilai keseluruhan adalah RM1000..

Tapi anda akan dapat kesemua ebook ini pada harga promosi…

YA, RM20 sahaja. Ini bermaksud modal anda untuk setiap ebook cuma RM1 sahaja. Satu penjimatan besar.

Jangan Tunggu Lama!
Dapatkan Aksess PLR Anda Sekerang!
RM200

HARGA ISTIMEWA
RM20 SAHAJA!

Bertindak segera!

Sekarang anda mungkin nampak harga RM20, entah esok lusa atau beberapa minit kemudian harga berubahan menjadi lebih tinggi..

Peluang ini mungkin tidak akan muncul lagi pada masa akan datang. Jadi, baik rebut peluang ini sekarang!

Berminat dengan tawaran ini?
Klik pada butang dibawah..

[NEWBIE] 5 Lesen Produk Digital Yang Anda Wajib Tahu

[NEWBIE] 5 Lesen Produk Digital Yang Anda Wajib Tahu

Sebelum dan selepas membeli produk digital anda perlu mengenal dan memahami lesen yang diberikan kepada anda. Ramai pembeli ebook terutamanya yang masih baru sama sekali tidak mengenali apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dengan produk tersebut.

Selepas membeli, mereka dengan bebas memberikan produk tersebut kepada umum kerana berpendapat produk tersebut sudah menjadi hak milik mereka. Malah, ada yang menjual semula tanpa pengetahuan pemilik asal.

Disini silapnya, mereka menyamakan syarat pembelian produk digital dengan produk fizikal. Ini salah kerana kedua-dua produk ini adalah berbeza sama sekali.

Anda boleh buat apa saja kepada produk fizikal yang sudah dibeli. Anda boleh berikan percuma kepada orang lain, boleh disewakan malah boleh dijual semula. Sebab apa? Sebab sewaktu membuat pembelian, penjual tidak ada kenakan apa-apa syarat untuk tidak boleh berbuat sedemikian.

Oleh itu penting kepada kita untuk memahami lesen pembelian. Dalam artikel kali ini saya akan terangkan secara ringkas kepada anda mengenai lesen untuk produk digital. Produk digital terdiri daripada 5 kategori iaitu UPLR, PLR, MRR, RR, PU .

Lesen UPLR  – Unrestricted Private Label Rights

  1. Produk digital yang anda beli boleh dijual semula dan simpan 100% keuntungan.
  2. Anda berhak untuk melakukan apa saja kepada produk digital tersebut termasuk memberikan lesen PLR, MRR, RR, PU kepada pembeli.
  3. Anda juga dibenarkan untuk memberikan produk ini secara percuma.
  4. Anda boleh mengubah design laman web jualan, ecover, banner dan anda juga dibenarkan untuk menjenamakan semula produk tersebut mengikut citarasa anda.
  5. Anda boleh mengaku produk ini hasil ciptaan anda sendiri.

Lesen PLR – Private Label Rights

  1. Produk digital boleh dijual semula dan anda boleh simpan 100% keuntungan.
  2. Anda berhak untuk melakukan apa saja kepada produk digital tersebut termasuk memberikan lesen MRR, RR, PU kepada pembeli.
  3. Anda juga boleh berikan hak lesen PLR jika anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik asal produk tersebut. Jika tiada syarat ditetapkan, anda boleh jual semula beserta lesen PLR.
  4. Anda tidak dibenarkan untuk memberikan produk ini secara percuma, kecuali memenuhi syarat tertentu yang sudah ditetapkan.
  5. Anda boleh mengubah design laman web jualan, ecover, banner dan anda juga dibenarkan untuk menjenamakan semula produk tersebut mengikut citarasa anda.
  6. Anda boleh mengaku produk ini hasil ciptaan anda sendiri.

Lesen MRR – Master Resell Rights

  1. Jenis lesen ini juga membenarkan anda untuk menjual semula produk digital tersebut dan menyimpan 100% keuntungan. Sebagai pemegang lesen ini, anda hanya boleh menjual produk tersebut beserta lesen RR atau PU sahaja.
  2. Anda tidak dibenarkan mengubah nama produk atau menukar nama penulis atau penerbit asal produk tersebut.
  3. Anda juga dilarang mengubah reka bentuk laman web jualan, ecover dan banner.
  4. Anda cuma boleh beli dan jual semula produk tersebut dalam keadaan asal.

Lesen RR – Resell Rights

  1. Sama seperti lesen jual semula yang lain, anda boleh menjual semula produk ini kepada orang lain dan simpan 100% keuntungan.
  2. Produk dengan lesen RR perlu dijual TANPA memberikan lesen RR kepada pembeli. Jika dibenarkan, anda perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik produk.
  3. Anda tidak dibenarkan menukar nama produk dan nama pemilik produk tersebut. Tapi anda dibenarkan untuk meletakkan diri anda sebagai penjual bersama.
  4. Pelanggan anda hanya menerima hak kegunaan peribadi sahaja. (Baca lesen PU dibawah)
  5. Anda juga dilarang mengubah laman web jualan, ecover, banner yang datang bersama dengan produk tersebut.

Lesen PU – Personal Use

  1. Ini merupakan lesen untuk pembeli terakhir.
  2. Anda tidak boleh menjual semula produk tersebut.
  3. Produk lesen ini hanya khas untuk digunakan peribadi sahaja.

Mungkin sebelum ini anda masih belum mengenali lesen-lesen lebih jelas tapi sekarang anda sudah tahu. Dan dengan ini, secara tidak langsung anda juga tahu cara yang lebih mudah untuk menjana pendapatan melalui produk digital tanpa perlu menghasilkan sendiri. Iaitu dengan mendapatkan produk yang boleh dijual semula.

Sekiranya anda mempunyai idea untuk menghasilkan produk sendiri tetapi kebuntuan idea, anda boleh cari sumber-sumber dengan lesen UPLR atau PLR untuk dijadikan kandungan dalam produk anda.

Anda boleh cari banyak produk yang boleh dijual semula diluar sana. Malah dalam blog ini juga ada mengumpulkan koleksi produk digital yang boleh dijual semula. Contohnya ebook PLR niche evergreen.

Sebarang pertanyaan atau percanggahan maklumat anda boleh ajukan di ruangan komen. Saya akan cuba untuk memberi maklum balas secepat yang mungkin.

Jika anda rasakan artikel ini menarik, klik ikon share.