Bisnes di ebay- Part 2

Bisnes di ebay- Part 2

Assalamualaikum. kali ini saya nak berkongsi kepada anda potensi bisnes di ebay yg ramai orang pandang rendah dengan potensi perniagaan di ebay. Ada yg bertanya dengan saya..masih relevan lagikah bisnes di ebay ni? jawapannya YESSS. masih relevan selagi anda berniaga dengan cara yg betul.

Baru-baru ini saya telah membuka bisnes offline iaitu bisnes kedai makan. sebelum ini saya hanya mendengar dan dah sedia maklum, bisnes offline ni memakan modal yg besar. tapi lepas dah bukak bisnes offline dan dah merasainya sendiri modal yg keluar..barulah saya dapat menjiwai bahawa bisnes online ni sangat best dan lebih berpotensi untuk dapatkan pulangan yang lumayan dengan modal yang sangat-sangat rendah..

jika anda mempunyai modal sebanyak RM10K. anda laburkan untuk bisnes online anda..banyak tools dan perkara yang anda boleh lakukan. tetapi jika anda laburkan RM10k untuk bisnes offline, sangat sedikit peralatan yang anda boleh beli.

ok saya taknak bercakap lebih panjang perbezaan antara bisnes offline dan bisnes online ini. apa yg ingin saya sampaikan adalah bisnes online ini adalah lebih mudah untuk anda usahakan dan jika kena strateginya. Hasilnya lebih besar berbanding bisnes offline.

Cuba anda lihat seorang seller di bawah. Akaun masih sangat-sangat baru. baru daftar pada bulan May 2016. feedback pun baru ada 3 sahaja.

ini membuktikan bahawa bisnes ebay masih relevan untuk anda lakukan. produk apa yg dia jual tu? jom kita lihat. Produk yg dijual sangat tidak asing dari kita. apa yg dijual adalah alicafe tongkat ali instant coffee, maggi asam laksa, dan nona kaya jem. produk yg sangat simple

maggi yang anda boleh dapatkan di mana-mana sahaja di pasaraya dan kedai runcit. berapa harga dia jual tu? mari kita kira keuntungan dia sedikit.

USD 1 = RM4.11
USD 16.90 = RM 69.48

EBAY fees and paypal fees anggaran sebanyak RM10, Kos modal RM6, dan kos penghantaran anggaran RM20
KOS = Harga barang (RM6) + POS (RM20) + FEES ( RM10) = RM36
HARGA JUALAN = RM69.48
Untung bersih seunit = RM69.48 – RM36 = RM33.48
untung ke rugi? mamat ni cuma jual maggi jer..takyah fikir susah-susah nak jual apa..ketika anda berfikir nak jual apa, mamat ni dah berjaya jual benda yang anda mungkin tak jangka. itulah keunikan bisnes di ebay. ?

apa yang bestnya kat ebay ni lagi adalah anda tak perlu nak pam facebook ads, bayar google adwords, buat marketing di instagram dan sebagainya. apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari produk di sekeliling anda amek gambar listing di ebay dan tinggal… tunggu sahaja sampai la dapat sales.. sementara tunggu tu anda boleh tidur makan main game dan macam-macam lagi kerja lain yg anda nak buat. senang kan?

saya tak menjanjikan bulan dan bintang untuk anda cepat kaya. percayalah..real bisnes it takes time to growing up. let the business growing up consistently and steadily. as long as you are still making money. it’s better than don’t make anything.

orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit..apa yang penting akaun ebay anda dapat bertahan dan akan datang apabila akaun anda sudah mempunyai feedback yang banyak anda dah boleh generate income USD1K sebulan sehingga infiniti. only sky is the limit. ?

seperti seller di atas. hasil jualannya sebulan pada 21 ogos sehingga 19 sept 2016 yang lepas adalah hanya USD60.70 bersamaan dengan RM247 sahaja.

tak banyak. tapi apa yang saya nak sampaikan adalah perniagaan di ebay masih lagi realistik untuk anda usahakan. Akan datang saya akan share kepada anda bagaimana seorang student saya yg masih sangat-sangat baru lagi dalam bisnes di ebay, dia berjaya generate income bersih sebanyak USD300 ataupun RM1200 sebulan hanya menggunakan platform ebay sahaja. dan barangan yang dia jual adalah sepenuhnya secara dropship.

Sumber: mamabaryani.com

Klik sini untuk baca Part 1 | Klik sini untuk baca Part 3

Statistik pendapatan ebay seller Malaysia – Part 1

Statistik pendapatan ebay seller Malaysia – Part 1

Assalamualaikum.
Tak lain tak bukan..mesin duit yang saya maksudkan tu adalah EBAY! Artikel pertama ni saya nak dedahkan kepada anda beberapa orang seller yang dari Malaysia seperti yang telah saya bagitahu kepada anda sebelum ini di emel. Iaitu terdapat ramai peniaga online di Malaysia ini yang telah buat duit online secara senyap-senyap. Dan jumlah transaksi setiap bulan jualan mereka bukanlah sikit. Ianyanya adalah jumlah antara 4 angka sehingga 7 angka setiap bulan.
Mari kita lihat beberapa traksaksi jualan ebay seller dari Malaysia ni.
  1. ebay ID : ohbuybuybuy
Jualan sebulan sebanyak USD 598,804.87 bersamaan dengan RM2,463,758.90!! Anda bayangkan jika keuntungan bersih setelah ditolak segala kos katakan kita ambil paling rendah 15% sahaja, untung BERSIH sebanyak RM369,563.84 sebulan!!
2. Ebay ID : eawakening
Jualan bulanan sebanyak USD231,207.29 iaitu bersamaan dengan RM951,294.63. Nilai traksaksi jualan yang mencecah 1 juta!!. jika untung bersih kita ambil 15% sahaja dah menjadi RM142,694.19 sebulan!!!
3. Ebay ID : e-vipcom
Contoh ketiga ebay seller dari Malaysia adalah e-vipcom. Transaksi jualan terkini selama sebulan adalah sebanyak USD61,139.68 bersamaan dengan RM251,557.16. kita ambil untung bersih sebanyak 15% bersamaan dengan RM37,736.57 sebulan!!

ini yang saya katakan sebenarnya masih ramai lagi seller-seller di Malaysia ni yang diam-diam duduk kat rumah buat duit banyak-banyak tanpa pengetahuan ramai orang. mereka ini tak popular seperti pekerja lawyer, Doctor, Engineer dan sebagainya. tapi hidup mereka tak melampau kalau saya katakan sangat mewah!

ok.ok.. saya taknak momokkan anda dengan duit yang juta-juta dan cakap gebang gebang yang indah indah belaka jer…
tujuan saya buat artikel ini adalah untuk berikan pendedahan kepada anda bahawa peluang berniaga di ebay ini sangat luas.dan ianya masih relevan lagi sampai bila-bila selagi ebay masih ada. ebay juga anda tak perlu buat marketing. ebay yang akan buatkan marketing untuk anda. just listing tinggal sambil tu boleh tido or makan kacang sambil tengok movie peluk bini dengan senang hati..
so sekarang so what??
kita kena pelan-pelan main ebay la bro.. start small end big.takde bisnes yang boleh di cipta dalam satu malam. anda perlukan komitmen dan fokus yang tinggi. buat sampai jadi. tapi macam mana nak start? akan datang saya akan kongsikan artikel tools yang perlu anda ada.
sebelum tu mari lihat sedikit statistik di bawah. Untuk bukak minda anda sikit. Seller dari Malaysia dan anda mungkin tak terfikir bekas aiskrim malaysia boleh dijual di ebay juga!
harga bukan murah dia jual bai! USD 14.80 or bersamaan dengan RM60!!! modal satu beg aiskrim malaysia ni baru la berapa ringgit jer.. and.. dia bukan dah jual 1 beg je bai! dah 18 beg plastik mamat ni jual!!. haa..ketika dia dah jual 18 beg plastik aiskrim anda waktu tu mungkin masih tak tau lagi sebenarnya benda macam ni pn ada sambutan kat market luar negara sana…
ok Done!. esok lusa kita sambung crita lagi macam mana nak start . kita mula dengan nak jual barang apa.
Pesan Cendol Online, Terus Sampai Depan Rumah

Pesan Cendol Online, Terus Sampai Depan Rumah

Kita biasa lihat cendol akan dijual menggunakan lori ataupun di gerai makan dan pasti ia menjadi tumpuan orang ramai untuk membasahkan tekak pada waktu matahari sedang terik memancar.

Atas kemajuan teknologi dan idea generasi muda, seorang pemuda daripada Kampung Warisan Inanam, Kota Kinabalu, Sabah telah memulakan perniagaan cendol secara online dan pesanan akan terus dihantar ke lokasi pelanggan.

Mohd Raffe Juslee, 28, mendapat idea menjalankan perniagaan ini setelah menyedari ramai orang gemar meminum cendol tetapi dalam masa yang sama sukar untuk keluar membelinya atas kekangan tertentu, selain dia sendiri gemar meminum cendol sejak daripada kecil.

Pemuda yang berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) memulakan perniagaan dengan menawarkan pelbagai perisa cendol seperti cendol jagung, ros, santan, susu, kacang merah, cafe latte, buah-buahan dan madu.

Cendol yang dijual Mohd Raffe ini menggunakan nama Cendolicious bagi mengambarkan kesedapan dan kesegaran produk jualannya selain nama itu mudah diingati oleh orang ramai.

Mohd Raffe turut memberitau kepada BH Plus, resepi yang digunakannya adala resepi cendol turun temurun daripada ibunya yang sebelum ini sangat terkenal dalam kalangan keluarga dan sanak saudaranya.

Dia memulakan berniagaan ini sejak setahun yang lalu setelah mempelajari teknik dan resepi pembuatan cendol daripada ibunya dan atas saranan rakan-rakannya dia mula menjual cendol ini.

Bagi mencari kelainan Mohd Raffe yang melihat kejayaan menjual produk kek dan biskut secara online, mula tercetus ideanya untuk mengambil pesanan cendol menerusi online juga.

“Selepas itu, saya terfikir mungkin bagus juga kalau saya memulakan perniagaan cendol secara online tanpa perlu membuka gerai. Cendol dihasilkan adalah berdasarkan jumplah tempahan tanpa perlu memikirkan tapak, gerak serta keperluan lain,” maklum Mohd Raffe.

Sejak memulakan perniagaan cendol secara online ini, pesanan yang diterimanya sangat memberangsangkan dan setiap hari pelanggannya semakin bertambah.

Selain pesanan cendol melalui online, Cendolicious ini juga mempunyai rasa yang sangat enak dan bahan-bahan yang digunakan sentiasa segar kerana Mohd Raffe akan memastikan bahan-bahan cendol ini dimasak sendiri tanpa membeli bahan yang sudah siap di pasaran.

Harga yang dikenakan juga turut berpatutan dan ia bermula daripada RM3.50 sehingga RM9.50 bagi segelas cendol yang mempunyai pelbagai saiz dan penghantaran membabitkan kawasan Inanam, Jalan Sulaman, Likas, Patutan dan Penampang.

Anak muda ini turut empunyai perancangan masa hadapan untuk membuka sebuah restoran cendol dan menu makanan yang lain.

Sumber: vitdaily.com