Rahsia SALE RM59,531 Kurang Sebulan Tanpa Produk Sendiri

Rahsia SALE RM59,531 Kurang Sebulan Tanpa Produk Sendiri

Buat duit tanpa produk sendiri(affilite) dah dengar lama tapi jarang dengar buat duit lima angka belum sampai sebulan tanpa produk sendiri dengan kos percuma. Cuba lihat..

“Produk affiliate + pemasaran percuma = untung lima angka”

Siapa tak terkejut.

Untung puluh ribu bagi pakar dan otai perkara biasa. Untung puluh ribu bagi orang biasa-biasa itu luar biasa.

Selepas tamat cabaran untuk Panduan Part Time Shopee saya selalu merenung ajen yang menduduki tangga teratas. Jualan RM59,531 seperti tidak ada ajen lain yang dapat mengejar. Semuanya jauh tinggal di belakang. Komisyen dan bonus yang beliau dapat lebih kurang RM30k. Beliau yang dimaksudkan adalah Azwin Arifin https://www.facebook.com/azwinn.arifin

Bukti pencapaian beliau anda boleh lihat dibawah.

Cuba lihat posting yang beliau lakukan.

Setiap post yang beliau lakukan dapat engagement yang tinggi. Tidak hairanlah beliau mampu jana komisyen lebih RM30k.

Ramai ajen affiliate lain yang tertanya-tanya apa rahsia yang membolehkan beliau berjaya menjual sebanyak tu. Akhirnya beliau dedahkan teknik yang digunakan iaitu Teknik Database King.

Untuk pengetahuan anda, Database King bukan panduan yang baru dijual. Menurut pemilik produk, teknik ini sudah digunakan sejak pertengahan tahun 2017 lagi dan masih bertahan sehingga sekarang. Kebanyakkan teknik yang ditunjukkan dalam Database King adalah percuma.

‍‍Anda masih lagi boleh mendapatkan panduan ini di https://www.senseiplus.com/panduan-servis/database-king/

Cik  Azwin Arifin bukan satu-satunya pelajar yang berjaya dengan mengaplikasikan teknik ini malah ada ramai lagi. Anda boleh baca testimoni kesemua mereka yang berjaya di https://www.senseiplus.com/panduan-servis/database-king/

Saya harap anda boleh jadikan ianya sebagai motivasi dan inspirasi. Sesiapa pun boleh jana sales puluh ribu, bukan hanya otai dan pakar saja.

Saya doakan kejayaan anda.

ps: Tiada komisyen yang saya dapat dengan berkongsi link ini. Hanya berniat untuk membantu anda. Moga ianya memberi peluang baru kepada anda.

Rahsia Newbie Menghasilkan Emel Berkualiti Tanpa Perlu Mengupah Copywriter.

Rahsia Newbie Menghasilkan Emel Berkualiti Tanpa Perlu Mengupah Copywriter.

Salam sejahtera kepada semua pembaca Lubuk Digital..

Pemasaran emel merupakan pemasaran bersifat malar hijau. Walaupun dengan adanya teknologi pemasaran baru seperti Whatsapp dan Telegram, pemasaran emel masih lagi tetap menjadi pilihan utama. Mempunyai senarai emel sendiri merupakan satu kelebihan. Oleh sebab itu, ramai pakar pemasaran menyarankan setiap peniaga online untuk mengumpul emel sendiri. Tidak kiralah anda menjual produk fizikal, produk digital mahupun servis.

Saya kongsikan cerita pada awal penglibatan saya dalam pemasaran emel. Masalah pertama yang saya hadapi adalah bagaimana cara mendapatkan subscriber. Kedua, bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan subscriber.

Masalah pertama sudah selesai tapi masalah kedua masih belum selesai.

Selepas prospek subscribe emel, saya biarkan mereka begitu saja tanpa follow up. Itulah kesalahan terbesar yang saya lakukan.

Subscriber merupakan prospek yang berminat, tetapi masih belum membuat tindakan. Jika bergantung sepenuhnya kepada surat jualan di laman jualan, sebenarnya itu salah. Surat jualan bertindak untuk mendapatkan pelawat yang berkualiti dimana pelawat yang berkualiti ini akan menjadi prospek anda. Hanya mereka yang betul-betul berminat akan subscribe.

Langkah seterusnya untuk menukar subscriber menjadi pembeli adalah dengan melakukan follow up. Paling kurang lima kali follow up.

Disini Cabaran Bermula..

Penulisan emel bukan setakat tulis dan hantar. Ianya mempunyai seni tersendiri dimana setiap apa yang kita tulis dan hantar merupakan cerminan kepada diri kita sendiri. Terlalu banyak hardsell akan menyebabkan subscriber rasa kurang selesa, nampak sangat emel yang dihantar cuma nak menjual. Terlalu banyak softsell pula akan menyebabkan subscriber kurang bertindak.

Kedua-duanya perlu seimbang. Hardsell boleh digunakan untuk menjual, manakala softsell pula boleh digunakan untuk mengingatkan subscriber mengenai apa yang anda sudah maklumkan kepada mereka sebelum ini. Oleh sebab itu lebih dari satu emel diperlukan untuk melakukan follow up.

Dalam pada itu, sesekali anda perlu menghantar emel kepada subscriber hanya untuk bertanya khabar. Tujuannya adalah untuk menampakkan anda sebagai seorang manusia dan bukan robot dimana setiap emel yang dihantar hanya untuk menjual.

Permulaan Penyelesaian..

Kesemua proses ini memerlukan banyak masa untuk dipelajari dan difahami. Sebagai seorang newbie pada ketika itu, saya tidak mempunyai banyak pilihan sama ada ingin mengupah pakar copywriter untuk menulis siri email ataupun buat semuanya sendiri.

Saya memilih untuk buat semuanya sendiri berpandukan kepada ebook-ebook yang sudah dibeli. Ye la, masih newbie kan, semua nak buat sendiri. Dalam tempoh belajar, saya masih lagi mempunyai masalah untuk menulis emel dengan betul.

Masalah Diselesaikan..

Bermula dari situ, saya menemui software yang boleh digunakan untuk menulis siri emel dengan mudah. Tanpa membuang masa saya terus mendapatkan software tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 7 siri emel follow up disiapkan dalam masa tidak sampai 30 minit. Apa yang saya suka pada software ini, ianya mudah digunakan. Hanya perlu isi tempat kosong kemudian pada bahagian terakhir, emel akan dihasilkan secara automatik.

Saya banyak belajar menghasilkan siri emel sendiri berpandukan kepada contoh emel yang dihasilkan menggunakan software ini.

Percaya dengan kualiti yang ditunjukkan, saya dapatkan kesemua software yang berkaitan beserta dengan lesen jualan semula. (pada masa tu tak ada niat nak jual semula cuma terpengaruh dengan surat jualan)

Ini software yang dimaksudkan..

PLR Case Study: Jana pendapatan pasif $350,000

PLR Case Study: Jana pendapatan pasif $350,000

Dalam blog plrtalk.com (blog English) saya tertarik dengan satu artikel mengenai menjana pendapatan pasif dengan plr. Saya rasa artikel ini sangat sesuai untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog Lubuk Digital.

Kajian kes ini dilakukan oleh Tony Shepherd seorang IM dari luar negara.

Kajian kes:

Ini merupakan kajian kes untuk pendapatan pasif melalui aplikasi android.Aplikasi yang dimaksudkan bukanlah seperti kamera, utiliti, antivirus ataupun permainan tetapi ebuku.

Jika anda masuk ke dalam google play, kemudian pergi ke bahagian “book”. Anda akan dapat lihat pelbagai jenis ebook dengan topik yang menarik. Malahan ada ebook yang mempunyai topik yang sama tapi nama penulis berbeza. Jika itu yang anda nampak, berkemungkinan besar ebook tersebut merupakan ebook PLR.

Di luar negara, ianya bukanlah sesuatu yang baru dan di Malaysia juga sama, tetapi tidak ramai yang terlibat dan mungkin boleh dikatakan masih ramai yang tidak mengetahui potensinya.

Ianya sudah lama bertapak semenjak google mula mewujudkan operasi sistem sendiri yang diberi nama “Android”.

Bermula daripada “Android Market” kemudian digantikan dengan “Google Play”, banyak perubahan telah dilakukan. Dengan wujudnya sistem ini, ianya membolehkan industri produk digital berkembang dengan lebih cepat.

Di Malaysia, jarang sekali kita dapat lihat individu terlibat dengan ebook dalam bentuk aplikasi. Ianya banyak dikuasi oleh syarikat besar seperti syarikat-syarikat buku.

Inilah peluang yang boleh kita manfaatkan sementara masih belum ramai yang menyertainya.

Apa yang dilakukan oleh Tony Shepherd untuk menjana pendapatan pasif sehingga $350k bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan. Beliau membeli ebook PLR atau menulis sendiri kemudian tukarkan ebook tersebut menjadi aplikasi Android.

Strateginya agak mudah..

1. Dapatkan ebook (membeli ebook PLR atau buat sendiri)

2. Tukarkan menjadi aplikasi Android

3. Letak harga $1.40(dalam RM6.20) untuk setiap download

4. Masukkan ke dalam pasaran aplikasi Android

Daripada apa yang lihat, sesiapa saja boleh melakukannya. Beliau menghasilkan lebih dari 1000 aplikasi dimana setiap satu daripada aplikasi tersebut mendapat 500-1000 pemasangan. (pembelian).

Ianya sentiasa menarik setiap kali berkaitan dengan angka.Cuba anda buat kiraan aplikasi yang sedikit beliau boleh buat. Kita ambil contoh 500 aplikasi yang berjaya dibuat. Setiap aplikasi ini mendapat 500 kali muat turun dimana setaip kali muat turun (pemasangan) bernilai $1.40.

Dalam kiraan matematik..

500 aplikasi x 500 muat turun x $1.40 = bersamaan dengan $350,000.

Ianya merupakan satu angka yang agak besar dengan hanya menukar ebook menjadi aplikasi..

Setiap ebook mempunyai pembaca tersendiri. Dengan adanya tajuk yang pelbagai beliau dengan mudah dapat meluaskan lagi sasaran jualan.

Kebanyakkan daripada ebook PLR tidak meletakkan sekatan atau apa-apa syarat tidak boleh mengubah ebook tersebut ke dalam bentuk aplikasi. Maksudnya anda boleh tukarkan ebook yang anda beli ke dalam bentuk lain yang anda mahukan.

Keadaan ini jelas menunjukkan ebook boleh dieksploitasikan dengan pelbagai cara. Tidak hairanlah IM tersebut boleh menjana $350,000 pendapatan pasif cuma dari aplikasi android yang sedikit.

Akhir kajian kes:

Kajian kes ini menunjukkan bahawa terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dengan PLR.

Jika anda ingin menjana pendapatan menggunakan cara yang sama anda boleh cuba tukarkan ebook ke bentuk aplikasi android. Sekarang sudah banyak software yang anda boleh gunakan untuk menukar ebook ke dalam bentuk aplikasi. Anda boleh terus tukar ebook tersebut ke bentuk aplikasi tanpa download apa-apa software dan boleh terus buat di dalam browser.

Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya, anda boleh saja upah orang lain untuk buatkan.

Anda boleh cuba servis di Fiverr.com untuk convert pdf ke dalam bentuk aplikasi android. Anda boleh upah dengan $5 untuk satu aplikasi.

Seterusnya siapkan akaun google play anda dan upload aplikasi tersebut.(Akan dibincangkan dalam artikel yang lain)

Sekiranya anda berminat dengan produk PLR, anda boleh dapatkan di sini>> 20 ebook PLR atau 3 ebook PLR niche evergreen..

Jual Telur Masin, Kini Mampu Jana RM12,000 Sebulan

Jual Telur Masin, Kini Mampu Jana RM12,000 Sebulan


Gambar: Harian Metro

Pada setiap hari kira-kira jam 6 pagi, empat buah reban yang menempatkan kira-kira 1,100 itik akan dibuka untuk membiarkan itik-itik tersebut mencari makanan di sekitar sawah di Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Itik-itik diternak oleh Che Hassan Che Mood, 57, bagi membekalkan telur itik untuk perusahaan telur masin miliknya.

Menurut Che Hassan, itik-itik tersebut dibiarkan mencari makanan sekitar sawah padi bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi itik tersebut dan akan menghasilkan telur yang berkualiti.

Beliau turut memberitahu bahawa setiap hari dianggarkan sekitar 860 biji sehingga 950 biji mampu diperoleh dan akan dikumpulkan bagi proses pemeraman telur masin.


Gambar: Harian Metro

Bermula tiga tahun lalu dengan sebanyak 50 ekor itik sumbangan kerajaan negeri Kelantan, kini Che Hassan telah menternak lebih 1,100 ekor itik yang diperoleh daripada penternak di Perak.

Bagi proses pembuatan telur masin pula, dia akan dibantu oleh isterinya Wan Naimah Wan Yaakub, 48, yang akan memproses sebanyak 2,000 biji telur masin dan akan dibekalkan kepada peraih di Pasir Mas dan Tanah Merah.

Perbezaan antara telur masin yang dihasilkan Che Hassan dengan telur masin yang lain adalah cara pemprosesannya iaitu dengan menggunakan air yang dimasakkan dengan menggunakan garam, daun pandan dan asam keping berbanding kebanyakan telur masin disalut dengan tanah liar atau arang.

Daun pandan dan asam keping digunakan bagi mengelakkan bau hanyir telur yang telah direbus. Kemudiannya telur tersebut akan dijemur selama 20 minit selepas dikeringkan dan direndam dengan air masin dalam bekas tertutup selama 12 hari bagi memastikan telur menyerap rasa masin.


Gambar: Harian Metro

Bagi memastikan tahap kemasinan air yang sesuai, satu alat khas telah digunakan bagi memastikan rasa masin yang konsisten dan Che Hassan akan memeriksa telur-telur tersebut dari semasa ke semasa bagi menjaga kualiti telur masin yang dihasilkan.

Menurut Che Hassan, telur masin tersebut akan dijual dengan harga 65 sen sebiji dan bagi telur itik biasa pula sebanyak 44 sen sebiji dan beliau turut menjual telur masin dalam bekas yang berisi 30 bii dengan harga sebnayak RM25 dan RM65 bagi 100 biji.

Pihak MARDI turut mengambil 250 balang besar yang mengandungi 30 biji telur masin bagi pasaran di Lembang Klang.

“Dengan menjual telur itik hasil penternakan ini, ia secara tidak langsung mengubah kehidupan kami sekeluarga, malah terkeluar daripada garis kemiskinan apabila mampu memperoleh pendapatan kasar RM12,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sumber: vitdaily.com

Ebay Part 3: newbie ebay sekarang dah jadi power seller bronze level

Ebay Part 3: newbie ebay sekarang dah jadi power seller bronze level

Artikel kali ini mengenai kisah bagaimana seorang newbie takde knowledge langsung tentang ebay. waktu dia belajar dengan saya ialah pada tahun lepas 2015, sekarang dah 2016 dia dah power seller..

cuma ambil masa setahun jer. tu pun dia ada give up sekejap. tapi selepas saya follow up dan tarik dia semula ke landasan asal. akhirnya selepas setahun dia berjaya dapat status power seller.
ok anda baca sendiri isi hati dia kat bawah ni..

Saya mula menceburkan diri dalam eBay ini start April 2015.Dimana pada masa itu menyertai kelas eBay di Johor Bahru.

Kelas ini mengajar dari basic sehingga larh bole listing di eBay. Akaun eBay saya sekarang ini telah dibuka semasa kelas tersebut dan sehingga kini saya menggunakan akaun ini as my first akaun ini.

Akaun ini telah melalui saat susah senang dimana saya juga mengalami pelbagai 
cabaran semasa hendak memulakan perniagaan kecil kecilan di eBay ini.

Selepas menyertai kelas tersebut, jujur saya katakan disini saya tidak praktikkan apa yang telah diajar. Hampir lebih kurang 4-5 bulan jugak lah saya tidak melakukan apa apa aktiviti di eBay sehingga lah follow up yang telah dibuat oleh Sifu Zul 

Saya tidak melakukan apa-apa aktiviti disebabkan 
faktor tidak tahu apa yang hendak dijual di eBay. Atas bimbingan dan motivasi yang 
diberikan oleh sifu saya ni lah yang membuatkan saya mula untuk mencari barang/ 
research produk dan mulakan listing yang pertama.

Dari situ lah ia nyer bermula dimana semangat untuk 
bereBay ini datang. Selepas 5 bulan baru larh saya mula listing di eBay dan alhamdulillah 
saya berjaya menjual satu barang di eBay.

Selepas berjaya jual satu, satu lagi terjual 
dan peningkatan itu berterusan sehingga larh sekarang dimana akaun saya yang 
berusia setahun ini telah mendapat status powerseller bronze level.

Rezeki itu hanya datang dari Allah yang Maha Berkuasa. Tetapi tanpa usaha 
rezeki tidak akan datang dengan sendiri nyer. Saya bereBay ini hanya larh 
part-time sahaja. saya pun masih student lagi sekarang ni.

Alhamdulillah hasil dari income part time ni  dapat bantu  saya bayar bil-bil saya dan memenuhi sedikit 
keperluan dan kehendak harian saya. Dan bagi sesiapa yang ingin memulakan bisnes, 
saya sarankan kamu semua bermulalah dengan eBay dropshipping ni.

Memang byk karenah pelanggan yang terpaksa kita layan, tetapi ianya sangat berbaloi. Anda tidak perlu 
membeli dahulu barang, sebalik nyer menunggu buyer beli dahulu baru kita beli barang tersebut.

Erti kata lain tidak perlu menyimpan stok yang banyak, yang belom pasti akan terjual. 

Bisnes sampingan seperti ini adalah sangat terbaik setakat ini. Memang pada awal permulaan 
anda akan rasa susah, tetapi apabila anda sudah lama dalam industri ini ianya menjadi sangat 
mudah.

Anda list barang dan tinggal sahaja tanpa perlukan marketing yang hebat-hebat. 
Ikut step yang telah diajar dalam panduan yg di kongsi oleh guru saya ni InsyaAllah boleh menambah pendapatan anda.

Yang penting kita istiqamah dalam melakukan nyer. selebihnya tawakkal lah. insha Allah akan membuahkan hasil

Sekian,
-Dari eBayer yang from Zero Knowledge.-


dia cakap kat saya dengan yuran seminar yang dikenakan tu sangatlah kecil berbanding nilai yang dia dapat sekarang ni. setiap bulan sekarang ni dia dah ada side income yang konsisten..Alhamdulillah. saya pun tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian dia.

maknanya, apa yang saya ajar kat dia tu adalah proven method. bukan saya je yg boleh buat duit kat ebay ni. orang yg memang zero knowledge pun boleh. yang penting nak seribu daya taknak seribu buaya..kahkahkah.
nah, saya tunjukkan sikit screenshot hari ni duit dari paypal. untuk motivasi anda. ebay masih relevan lagi sampai bila-bila…so jangan risau. ni buktinya ?

sekian tu jer nak cerita….

Sumber: mamabaryani.com

Klik sini untuk baca Part 1 Klik sini untuk baca Part 2