6 Kalimah Balas Ucapan Terima Kasih

6 Kalimah Balas Ucapan Terima Kasih

Lubuk Digital sangat tertarik dengan satu artikel dari rizalrashid.com. Apa yang patut kita jawab selepas terima ucapan terima kasih? Topik ini agak jarang dibincangkan kerana mungkin bagi sesetengah pihak lepas orang ucap terima kasih kita akan jawab “ok” atau “tak de hal lah” atau “sama-sama“. Tapi apa yang anda akan baca ini nanti memang berlainan daripada apa yang selalu anda lakukan kerana setiap ucapan yang kita balas mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Nak jawab terima kasih pun ada seninya.

Ada orang ucap ‘terima kasih’ kepada anda hari ini???

“Hm, hari ni ya??…Ada2, lebih kurang banyak jugak lah tuan…”

Alhamdulillah, bagus betul anda, ini menunjukkan anda telah melakukan sesuatu yang meringankan beban orang lain dan juga membuatkan orang lain terasa terhutang budi pada anda.

Bila ada orang ucap thank you kepada kita secara ikhlas, ini menunjukkan kita sangat-sangat dihargai. Penghargaan adalah sesuatu yang sangat bernilai bagi sesiapa yang menerimanya.

“Betul tu tuan, mana ada orang yang tak suka dihargai kan, huhu…”

Ya, betul tu, tapi ingat, penghargaan ini akan musnah sekelip mata jika kita tidak menyambutnya dengan baik.

“Haah, ya ka, bahaya tu, macamana nak sambut dengan baik penghargaan orang??”

Senang je sebenarnya, tapi ramai orang terlepas pandang. Ade beberapa kalimah sakti yang anda boleh guna bila ada orang ucap terima kasih pada anda

“Wow, menarik tu, share pada saya tuan!!!…”

Teruskan pembacaan…

1-YOU ARE WELCOME

  • Ungkapan ni kita dah biasa dengar kan dan memang kebanyakan orang pun ramai guna yang ni.
  • Ia membawa maksud bahawa anda menerima penghargaan mereka.
  • Tapi tahukah anda bukan ini sahaja cara untuk reply terima kasih, ada banyak lagi sebenarnya.

2-THANK YOU

Kali ni advance sikit, kita reply thank you dengan thank you, amacam??

“Boleh eh tuan??”
Ya, boleh sangat, dan lebih bagus.

  • Ia membawa maksud anda bukan sahaja menerima penghargaan mereka bahkan juga berterima kasih atas sumbangan yang mereka lakukan.
  • Kebiasaanya ungkapan ini digunakan dalam keadaan masing-masing telah membantu antara satu sama lain…

3-DON’T MENTION IT

Haah ini dia ungkapan macho yang menunjukkan kesopanan untuk kita reply terima kasih.

  • Ia juga digunakan untuk membalas permintaan maaf daripada orang lain.
  • Kita menganggap ungkapan thank you atau permohonan maaf itu tidak perlu diucapkan
    oleh mereka.
  • Ertinya kita sudah sangat ikhlas dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada mereka.

4-MY PLEASURE

Pernah tak anda buat kerja anda sebagai contoh anda sebagai driver teksi, dan anda menghantar penumpang ke satu destinasi, dan bila sampai mereka ucap thank you???

Nah..”My pleasure”…inilah ungkapan yang sesuai kita guna untuk reply thank you dalam situasi tersebut.
“Hm, apa maksudnya tuan??”

Macamni perasan tak yang driver teksi tu memang dah lakukan tugas dia untuk hantar penumpang, bukannya dia ada tolong orang lain perkara yang advance daripada biasa kan, dah memang tugas dia hantar penumpang.

  • So, ungkapan ini sesuai bila kita bantu orang lain yang dah memang tugas kita pun
  • Atau memang perkara yang kita minat, maksudnya kalau orang tak suruh pun, kita memang rela dan suka buat.
  • Ia membawa rasa keseronokan anda dalam melakukan sesuatu untuk orang lain.

5-NO PROBLEM

Bila kita guna ungkapan ini, ia seolah-olah anda sedang menyatakan bahawa pertolongan yang anda berikan tidak menjadi bebanan atau menimbulkan sebarang masalah.

  • Ia biasanya digunakan dalam keadaan santai dan tidak formal.

6-ANYTIME

Biasanya, kita suka untuk menolong seseorang yang kita sayangi kan….

Kalau boleh tiap-tiap hari nak tolong.

  • Sebab bila kita tolong ataupun caring tentang “dia”, sebenarnya kita sedang membina engagement supaya hubungan kita sentiasa erat antara satu sama lain.
  • Sekali “dia” ucap thank you, ungkapan “anytime” sangat sesuai digunakan yang membawa maksud, bukan kali ni ja kita boleh tolong bahkan bila-bila perlukan pertolongan, just call me, I wiil come..

Amacam, power kan???

Follow beliau di Facebook RIZAL RASHID untuk lebih banyak tips dan perkongsian dalam teknik komunikasi berpengaruh.

10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya.

10 Langkah Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya.

Ini buat mereka yang bercita-cita tinggi dalam dunia blogging, ingin menjadi seorang blogger yang berjaya, dan ingin melihat diri sebagai seorang blogger yang disegani. Tak kira anda seorang blogger lama mahupun baru, boleh ikut tips blogging ini.

Tips dan petua yang akan saya kongsikan ini, adalah merupakan tips yang diberikan oleh salah seorang blogger yang antara paling berjaya di Amerika, dan mungkin juga di dunia. Beliau ialah Reality Steve. Saya ambil serba ringkas dari pendedahan menerusi blognya di sini – klik sini.
10 Langkah Perlu Diikuti Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya
Jadi apakah 10 langkah untuk berjaya sebagai blogger? Hmm … saya pun dok telek-telek satu-persatu ni … oh ya, link asal adalah berbahasa inggeris, kalau saya silap terjemah, harap anda cari google translate untuk terjemah balik … ok .. 🙂
1. Bermula Dari Bawah – Bermula Dari Sedikit
Buat permulaan, Reality Steve memulakan blognya sebagai satu hobi yang kemudiannya mewarkan kepada rakan-rakan dan teman terdekat melalui email. Menerusi email, ramai yang menyukai penulisan beliau, lalu kawan-kawannya ini mula forward email kepada rakan-rakan lain.
2. Cari Tema Atau Tajuk Yang Boleh Mendapat Perhatian
Kini, blogger memang banyak, tumbuh bagai cendawan, dan Malaysia antara negara yang mempunyai ramai orang yang mempunyai blog. Dan masing-masing bercerita macam-macam perkara, dan hampir semua tajuk atau topik dalam blog … telahpun ada. Namun pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan satu topik atau tajuk unik untuk blog anda.
3. Tumpukan Kepada Niche Pembaca/Pengunjung Blog
Apabila kita mencari serta mendapat satu tema atau tajuk tertentu bagi blog kita, kita secara tak langsung menarik pembaca tersendiri – atau yang hanya mencari tema dan tajuk tersebut, ini dikatakan blog yang mempunyai niche, yang tumpu pada satu2 tajuk atau topik. Contohnya blog keagamaan atau keluarga. Namun, masalah timbul bila dah ramai buat tema yang serupa contohnya hiburan.
4. Jadikan Blog Anda Sebagai Satu Sumber
Blog yang tumpukan pada sesuatu, mesti nampak unik dan mesti nampak ia blog yang boleh dipercayai. Apa yang dilakukan oleh Reality Steve adalah apabila ia meletakkan satu tajuk di blognya, ia tumpukan pada satu-satu topik yang lebih spesifik dari sekadar membuat review sahaja.Jika anda ingin blog anda tampak blog hiburan yang punyai niche sendiri, anda boleh cuba buat blog anda merupakan blog hiburan yang hanya menceritakan mengenai muzik independent sahaja. Semua entri dok tumpukan benda tu yang akhirnya menunjukkan anda pakar mengenainya, lalu ia dijadikan satu sumber rujukan.
5. Kena Teliti Serta Boleh Dipercayai
Blog anda perlu ada rujukan dan perlu mengetahui secara mendalam apa yang anda ceritakan di dalam blog. Ketelitian begini menjadikan entri itu boleh dipercayai, dan menjadikan ia satu blog yang nampak bukan tangkap muat tetapi profesional. Bila mendalam ataupun teliti, tak semestinya entri itu perlu panjang berjela-jela.
6. Letakkan Sumber Dalam Entri
Antara blog-blog yang mendapat perhatian dan menjadi satu persinggahan tetap ialah bagaimana blog-blog itu membina kredibiliti entrinya, iaitu menyatakan sumber yang dirujuk. Selain itu, ia boleh saling kait antara satu blog dengan satu blog yang lain, dan antara satu sumber dengan sumber yang lain.
7. Blog Punyai Rekod Yang Baik
Adalah penting supaya blog tidak menyiarkan sesuatu yang tidak pasti. Elakkan menyebarkan sesuatu yang belum dalam kepastian, atau dengan kata lain boleh dianggap sebagai fitnah. Cuba berikan sumber yang boleh dipercayai, jika membuat entri yang melibatkan sesuatu fakta atau cerita. Apabila tersilap fakta, perlu cepat2 mohon maaf agar pembaca tidak hilang kepercayaan kepada blog anda.
8. Gunakan Media Sosial
Media Sosial seperti Facebook adalah langkah terbaik untuk promosi blog anda. Gunakan sebaiknya dengan kewajaran.
9. Bahan Fizikal Dalam Blog Boleh Menarik Perhatian Ramai
Sukar saya ulas ni, tetapi lebih kurang macam ni … apabila anda seorang pengguna Maxis ataupun Celcom, anda dok cerita betapa anda puas hati ataupun tak suka hati dengan perkhidmatan mereka di dalam blog. Ia pasti akan menarik perhatian mereka, dan mungkin … walaupun anda dok kutuk perkhidmatan mereka, akan ada sesuatu ditawarkan oleh mereka untuk memperbaiki keadaan. Ini menunjukkan bahawa entiti fizikal dalam entri anda boleh dalam masa yang sama buat blog anda didengari, dibaca dan mungkin … memberi satu pulangan lumayan buat anda.
10. Banyakkan Bersabar
Ini harus ada jika anda ingin menjadi seorang blogger berjaya. Bukan mudah untuk dikenali ramai. Bukan mudah untuk jadi dihormati kawan dan lawan dalam dunia blog, melainkan anda punyai kekuatan teguh, misi yang jelas serta kesabaran yang kuat. Reality Steve sendiri dah berblog selama 13 tahun!!
10. Banyakkan Bersabar
Sumber: WebProNews
Artikel BM dari: www.hasrulhassan.com