Lepas saja dapat akses daripada Tuan Raja Safuan LD terus download Rahsia Pemikat Jualan.

Sebelum anda mendapatkan ebook ini pasti anda nak tahu serba sedikit kandungannya. Berbaloi ke tidak, sesuai ke tidak untuk anda dan saya di Lubuk Digital akan dedahkan kepada anda.


LD dapat 15 fail kesemuanya untuk pakej premium.

Jujur LD katakan ebook ini memang berbaloi untuk dimiliki. Ianya ditulis oleh lejen dalam copywriting iaitu Tuan Raja Safuan dan Tuan Zahrul Azua. LD pernah beli buku tulisan Zarul Azua iaitu Rahsia Membina Senjata Jualan, masih guna lagi sampai sekarang.


Nampak dah lusuh tapi isinya tetap segar.

Cukup cerita mengenai buku, sekarang nak fokus pada ebook Rahsia Pemikat Jualan.

Dalam ebook “Kitab Utama” menjelaskan mengenai apa itu copywriting dan bagaimana setiap elemen dalam copywriting itu dapat menjadi penentu kepada prospek untuk membeli.

Setiap point akan dihuraikan supaya mudah untuk difahami dan sebab kenapa jualan berlaku.

Huraian lengkap topik utama dengan sub topik.

Dalam ebook 1 ni paling best bab emosi. Tak tahu yang manusia ni ada empat gear emosi. Gelaran dalam ebook ianya dipanggil dengan singkatan P-M-K-T. Kalau ditambah dengan huruf vokal akan jadi PeMiKaT

Yang ni LD tak dapat nak dedahkan sebab ianya merupakan KUNCI untuk menguasai emosi manusia untuk membeli. Nak tahu kena dapatkan ebook Rahsia Pemikat Jualan.

Bab seterusnya anda akan belajar asas untuk membina ayat menggunakan formula PeMiKaT.

Dalam bahagian ini anda akan faham bagaimana cara untuk memastikan setiap element diguna dengan baik supaya lebih mudah untuk membina ayat jualan. Dari sini anda sudah boleh buat ayat iklan sendiri.

Maksudnya sambil baca boleh terus rangka copywriting.

Kalau masih tidak faham, anda akan disajikan dengan contoh ayat jualan berserta huraian. Disini LD yakin anda sudah faham 90% apa yang disampaikan.

Bahagian terakhir dalam ebook pertama ini adalah mengenai EMPATI.

Bahagian ni akan membuatkan anda lebih memahami prospek atau target anda. Siapa mereka, apa masalah mereka, apa yang mereka cakap, apa yang mereka lakukan, apa yang mereka miliki anda perlu tahu.

Segala maklumat ini nanti anda boleh gunakan untuk dijadikan sebagai ayat jualan. Bukan sekadar ayat jualan biasa tetapi terus kepada prospek yang berkualiti dan berpotensi untuk membeli.

Sebenarnya banyak lagi maklumat-maklumat penting yang anda perlu tahu. LD tak boleh nak dedahkan semuanya disini atas faktor menghormati hak cipta pemilik. Kalau nak tahu lebih lagi anda boleh dapatkan Rahsia Pemikat Jualan.

Ilmu yang memang berbaloi untuk dimiliki.

Dalam sedikit masa lagi LD akan buat review sambungan.

Moga dengan perkongsian ini dapat memberi keyakinan kepada anda untuk memiliki Rahsia Pemikat Jualan.