Description
Apa Yang Ada Dalam Panduan Rahsia Pemikat Jualan?
Baik… saya nak minta anda berikan perhatian sebab apa yang bakal saya kongsikan ini sangat-sangat penting. Dalam Kitab Panduan Rahsia Pemikat Jualan ini anda akan menerima:
Melalui e-kitab ini anda akan belajar dari asas secara teori akan apa sebenarnya Pemikat Jualan itu. Bagaimana membina Minda Copywriting yang betul dan bagaimana proses Pemikat Jualan melalui Formula GEMPA boleh mempengaruhi emosi membeli manusia. Kita juga akan melihat secara sasnya bagaimana kita boleh membina ayat jualan ikut cara Pemikat Jualan.
Dalam e-kitab ini anda akan ditunjukkan bagaimana anda boleh membina corong jualan anda dalam kerja marketing anda. Apakah medium-medium yang boleh anda gunakan untuk bina corong anda dan di mana sebenarnya untuk menjual atau mendapatkan jualan di dalam corong anda itu sehingga anda tahu dimana posisinya dalam corong agar kita boleh gandakan keuntungan kita.
Setelah kita telah faham asasnya copywriting, tahu bagaiman untuk membina minda copywriting dan tahu bagaimana untuk mempengaruhi emosi membeli manusia maka kita perlu mula menulis. Sebelum menulis kita perlu tahu apa yang nak ditulis jadi kita perlukan data (maklumat) yang betul. Jadi kitab ini akan pandu anda bagaimana anda boleh lakukan kajian untuk dapatkan maklumat yang betul menggunakan Canvas Copywriting.
Reviews
There are no reviews yet.