Hosting diumpamakan sebagai rumah. Tanpa rumah yang sesuai dengan keperluan dan kehendak sudah tentu kita tidak selesa. Pasti akan ada saja yang tidak kena.

Dalam pemilihan hosting pasti ada beberapa kriteria yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya memenuhi kehendak website yang ingin dibangunkan. Bukan semata-mata disebabkan harga murah atau disebabkan unlimited atau terpengaruh dengan pakej yang besar sedangkan ianya tidak perlu.

Terdapat ramai penyedia hosting yang berada diluar sana yang sememangnya memberikan pengalaman yang berbeza. Setiap penyedia memberikan plan berdasarkan keperluan pengguna.

Kami pernah menggunakan penyedia hosting tempatan dan juga hosting antarabangsa. Tidak jauh beza sekiranya inginkan yang terbaik.

Terbaik di antara yang terbaik dalam pilihan kami adalah DreamHost.

Dreamhost menyediakan shared hosting pantas pada harga yang boleh dikatakan sangat murah.

Sebab pemilihan ini adalah dari beberapa aspek.

  1. Jaminan pulangan wang
    • Perkara pertama yang perlu dilihat. Andai kata tidak memuaskan hati, anda boleh hentikan langganan dan gunakan jaminan pulangan wang dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Kelajuan
    • Ini merupakan satu kewajipan bagi setiap pemilik website. Pelawat biasanya akan menutup laman web yang mengambil masa terlalu lama untuk dibuka.
    • Menggunakan 4 core CPU dan unlimited RAM untuk website yang lebih pantas – berdasarkan kepada maklumat yang pihak DreamHost maklumkan sendiri.
    • Penyedia hosting lain akan mengenakan bayaran yang sangat mahal untuk CPU dan RAM yang besar.
  3. Uptime/downtime
    • Uptime pula masa online dan merupakan waktu website boleh diakses. Downtime pula waktu website tidak boleh diakses.
    • DreamHost memberikan masa uptime lebih 99%
    • Bagi website yang mempunyai ramai pelawat masa uptime adalah lebih penting.
  4. Saiz storan
    • Kesemua pakej shared hosting memberikan tawaran unlimited. Bezanya cuma pada berapa banyak website yang boleh dimasukkan ke dalam hosting berdasarkan pada pakej yang dipilih.
  5. Limit database
    • Tiada had database dan tiada had saiz bagi setiap database. Kebiasaannya website tidak menggunakan saiz database yang terlalu besar. Sebagai langkah berjaga-jaga kelebihan ini juga dipertimbangkan.
  6. Unlimited inodes
    • Inodes merupakan kiraan bagi setiap fail termasuk emel yang ada dalam hosting. 1 gambar bersamaan dengan 1 inodes. Kebiasaan hosting meletakkan 250000 limit kerana ianya mencukupi bagi website biasa.
    • Sangat sesuai untuk website seperti ecommerce atau multivendor.
    • Kebanyakkan hosting unlimited di luar sana meletakkan inodes sebagai had. Setelah kuota inodes dipenuhi bermacam masalah akan timbul. Oleh sebab itu elakkan membeli hosting unlimited tanpa mengetahui berapa jumlah inodes yang dibenarkan

Ini sedikit sebanyak kriteria yang kami pertimbangkan.

Kekurangan
Kekurangan hosting ini adalah pada tawaran plan murah hanya untuk langganan tahunan dan 3 tahun sahaja. Untuk langganan bulanan ianya agak mahal. Manakala plan unlimited pula harga akan meningkat naik selepas tawaran promosi habis.

Satu lagi kekurangannya adalah, tiada emel(domain sendiri) untuk langganan shared hosting bagi 1 website. Emel hanya disediakan bagi plan unlimited.

Anda boleh memilih untuk melanggan secara bulanan, tahunan atau selama 3 tahun sekali. Pada waktu artikel ini disiarkan DreamHost sedang melakukan promosi. Anda boleh terus layari DreamHost.com untuk melihat pakej yang ada.