Kami akan kongsikan peluang ini kepada anda. Bisnes online tanpa perlu menimpan stok dan menghantar kepada pelanggan. Apa yang anda perlukan hanyalah satu website untuk menjadi stor kepada kemua gambar dan maklumat produk yang anda jual. Pelawat masuk ke dalam website anda dan buat pembelian, anda berikan maklumat penghantaran kepada pembekal dan pembekal akan hantarkan terus produk tersebut kepada pembeli anda.
Bisnes ini dinamakan sebagai dropshipping.
Saya yakin anda sudah pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan dropshipping. Secara mudahnya dropshipping adalah satu perniagaan yang mana penjual tidak mempunyai produk dalam simpanan. Anda hanya menguruskan pembelian dan serahkan urusan penghantaran kepada pembekal. Dari segi keuntungan pula, anda boleh meletakkan harga anda sendiri dan membuat bayaran bagi pihak pembeli pada harga yang sudah pembekal tetapkan.
Sangat dicadangkan untuk memilih pembekal yang mempunyai reputasi yang baik. Ini untuk mengelakkan daripada pembeli anda menerima barang yang rosak atau tidak sama seperti di paparkan di dalam gambar. Dengan website yang kami hasilkan, anda boleh pilih pembekal dengan mudah. Tidak perlu memilih secara manual kerana pembekal dengan reputasi terbaik boleh ditapis dengan hanya menggunakan konfigurasi yang sudah kami tetapkan.
Untuk bermula sebagai dropshipper aliexpress anda hanya perlu mendaftar akaun secara percuma sahaja. Selepas mendaftar, anda sudah boleh membeli barang di Aliexpress. Klik pada link ini untuk mendaftar www.aliexpress.com .
Seterusnya anda perlukan akaun PayPal untuk menerima bayaran daripada pembeli. PayPal adalah salah satu sistem pembayaran online terbesar, selamat dan dipercayai seluruh dunia. Setiap transaksi di rekodkan dengan lengkap untuk mengelakkan daripada percanggahan daripada penjual dan pembeli.
Pertama sekali tahniah kami ucapkan. Anda sudah bersedia untuk membuat perniagaan dropship international melalui Aliexpress.
Kami akan bantu anda untuk menghasilkan website dropship sendiri. Kami hanya perlukan kategori produk yang anda pilih. Sebagai contoh anda memilih kategori jam tangan. Kami akan hasilkan satu website khas untuk jam tangan sahaja. Kategori ini nanti akan kami dipecahkan lagi menjadi jam lelaki, jam perempuan, jam kanak-kanak, jam kasual dan lain-lain.
Pemilihan kategori ini sangat penting untuk memudahkan carian di internet. Hanya pelawat yang betul-betul mahukan jam sahaja akan masuk ke dalam website anda. Pelawat yang targeted lebih cenderung untuk membeli berbanding dengan pelawat yang tidak targeted.
Secara ringkasanya, anda perlu sediakan..
- Akaun Aliexpress
- Kad debit
- Akaun PayPal
- Kategori produk yang dipilih
Ada kesemua perkara diatas, anda sudah boleh menjalankan perniagaan dropship di Aliexpress. Kami akan uruskan semua yang berkaitan dengan website.
Kalau belum ada, jangan risau. Anda cuma perlu berikan kami maklumat nombor 4 sahaja. Sementara buat akaun Aliexpress, dapatkan kad debit dan buat akaun PayPal, kami boleh teruskan dengan pembinaan website. Jimat masa anda untuk menunggu.
Walaubagaimanapun , anda boleh menambah sendiri kategori yang anda mahukan kemudian.
SEO membolehkan website, page, post serta produk anda di index oleh enjin carian seperti Google. SEO juga membolehkan website anda mendapat carian di halaman pertama enjin carian. Tanpa SEO yang betul, website anda agak sukar untuk berada dihalaman pertama.
– Konfigurasi permalinks
– Masukkan tajuk dan deskripsi
– Optimize keyword
– Optimize image
– Social bookmark
– Lajukan loading website
Penambahan fungsi, memasukkan produk baru, memasukkan kandungan baru dan pemasangan script lain tidak termasuk dalam bantuan sokongan.
Tiada pulangan wang untuk bayaran deposit.
Bergantung kepada tahap kerja yang sudah disiapkan. Jika kerja sudah mencapai 70%, duit tidak akan dikembalikan. Kami hanya akan pindahkan domain ke akaun anda berserta dengan fail yang sudah disiapkan.
Jika kerja masih dalam peringkat permulaan, pembelian domain dan hosting masih belum dibuat, anda boleh dapatkan kembali duit tersebut. Caj sebanyak RM30 akan dipotong daripada duit yang sudah dibayar. Caj RM100 akan dipotong jika senarai domain yang dipilih sudah dihantar. Ini adalah untuk caj proses dan masa yang sudah digunakan untuk membuat kajian dan servis.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut.