Buat Duit Dengan Affiliate

buat duit dengan affiliate

Affiliate merupakan cara termudah untuk menjana pendapatan melalui internet. Tanpa produk sendiri dan tanpa modal. Anda cuma perlu mendaftar sebagai ajen affiliate dan promosikan link affiliate anda. Setiap produk atau servis yang terjual anda akan mendapat komisyen sebanyak yang sudah dipersetujui.

Sesiapa sahaja dibenarkan untuk mendaftar sebagai ajen affiliate Lubuk Digital. Anda boleh mendapat komisyen serendah 30% dan ke atas.

Persoalan Mengenai Affiliate

Apa itu affiliate?

Affiliate adalah orang atau ajen yang mempromosikan sesuatu produk. Dengan sistem affiliate, ajen akan mendapat komisyen setiap kali ada pembeli membeli menggunakan link affiliate yang sudah didaftarkan.

Bagaimana cara buat duit dengan affiliate?

Daftar sebagai ajen affiliate Lubuk Digital dan dapatkan link promosi khas. Anda boleh pilih untuk mempromosikan salah satu daripada produk atau servis yang ada. Selepas dapat link affiliate, promosikan link tersebut di blog, website, facebook, whatsapp atau di mana-mana yang anda rasa sesuai. Jika ada yang membeli melalui link affiliate anda, komisyen akan diberikan sebagaimana yang sudah tertulis.

Bagaimana komisyen saya dijejak?

Sistem affiliate yang kami gunakan dapat menjejak semua klik dan jualan daripada link affiliate anda. Anda akan dapat melihat pencapaian promosi anda melalui halaman dashboard affiliate.

Bagaimana saya dibayar?

Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank yang sudah didaftarkan. Pastikan anda memberikan maklumat bank yang betul untuk pembayaran komisyen. Kami akan membuat bayaran ke akaun Maybank dan CIMB secara percuma. Selain daripada bank tersebut, caj transaksi interbank akan dipotong terus daripada jumlah komisyen yang akan dibayar.

Bila saya akan dibayar?

Pembayaran untuk produk digital akan dibayar secepat yang mungkin manakala untuk servis pula komisyen akan dibayar selepas servis dihantar kepada klien.

Saya tak pandai affiliate, boleh ajar tak?

Cara mempromosikan affiliate sangat mudah. Anda cuma perlu mendaftar sebagai ajen untuk mendapatkan link affiliate. Selepas mendapat link affiliate, anda boleh terus promosikan di website, blog ataupun facebook.

Sekiranya anda inginkan panduan penuh, anda boleh download Video Rahsia Income Affiliate Power atau Panduan Affiliate Simple Tapi Power

Soalan saya tiada disini.

Anda boleh hantarkan soalan kepada kami melalui emel info.lubukdigital@gmail.com atau boleh gunakan borang hubungi di halaman http://lubukdigital.com/hubungi/. Kami akan memberikan maklumbalas kepada anda dalam masa 24- 72 jam selepas emel anda diterima.