• Tentang
  • Affiliate
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
Wednesday, April 14, 2021
  • Login
  • Register
Lubuk Digital
  • Store
  • Produk
    • Sistem Affiliate Lite
    • Perisian Emel
    • 20 Ebook PLR
    • 3 Ebook PLR niche Evergreen.
    • Template Asas Minisite
    • Template Segera Versi Fanpage
  • Blog
  • Tentang
  • Hubungi
  • Servis
    • Dropship AliExpress
    • Servis Tambahan
No Result
View All Result
Lubuk Digital
No Result
View All Result
  • Tentang
  • Affiliate
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
Advertisement Banner
Home Bisnes

Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan

Lubuk Digital by Lubuk Digital
23 April 2018
in Bisnes, Newbie, Panduan, Perniagaan Internet
372 28
0
Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan
550
SHARES
2.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda mencari peluang untuk melakukan bisnes dari rumah, pastikan anda sudah melakukan kajian mengenai bisnes yang anda ingin jalankan. Memualakan bisnes dari rumah boleh jadi sangat menguntungkan dalam pelbagai cara. Ramai yang percaya mereka sudah memiliki segala yang perlu diketahui dalam bisnes dari rumah tetapi sebenarnya mereka terlupa beberapa aspek yang sangat penting.

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda lupa dan perlu diambil kira sebelum bermula.

1. Bekerja dari rumah adalah sangat berbeza dengan bekerja di pejabat. Ramai yang terlupa bahawa sangat banyak gangguan apabila bekerja dari rumah. Apabila bekerja dari rumah, anda perlu berhadapan dengan gangguan seperti television, radio malahan internet. Anda juga perlu berhadapan dengan ahli keluarga yang berada di rumah bersama-sama dengan anda. Anak-anak anda juga mungkin tidak dapat membezakan antara masa kerja dan waktu bermain. Ini memberikan banyak masalah kepada orang-orang yang menjalankan perniagaan dari rumah.

2. Jika anda nekad untuk bekerja dari rumah anda perlu banyak disiplin. Anda akan menjadi bos kepada diri sendiri, maksudnya tidak ada sesiapa yang akan memperhatikan anda dan memberitahu apa yang anda patut lakukan. Kesemuanya anda perlu buat sendiri. Ramai yang kecundang bila berhadapan dengan situasi ini. Tiada pengawasan bermaksud banyak kebebasan untuk lakukan apa saja termasuk TIDAK BEKERJA. Sekiranya anda ingin menjadi peniaga dari rumah yang berjaya, anda perlu atasi perkara ini dan pastikan semua perancangan yang sudah dijadualkan berjalan dengan lancar.

3. Mendaftar perniagaan di SSM. Anda perlu mendaftar perniagaan tidak kira apa pun yang anda jual. Kerajaan sudah mewajibkan semua penjual online untuk mendaftar perniagaan mereka. Ini juga menunjukkan bahawa anda memang seorang yang betul-betul serius ingin menjalankan bisnes sendiri. Selain daripada itu ianya dapat meningkatkan lagi keyakinan bakal pembeli.

4. Apabila bekerja dari rumah, anda bertanggungjawab keatas semua perkara. Ramai yang terlupa perkara ini. Ingat, jika komputer anda rosak anda bertanggungjawab untuk membetulkannya. Jika anda tidak dapat membetulkannya sendiri anda perlu menghantar ke kedai untuk dibaiki. Maksudnya anda perlu bersedia dari segi belanjawan untuk menghadapi situasi seperti ini. Anda juga perlukan modal yang lain untuk meneruskan bisnes. Sebagai contoh, modal untuk belajar melalui ebook atau seminar atau video. Ini dapat menjamin perkembangan bisnes anda pada masa akan datang.

5. Sebagai pemilik perniagaan anda bertanggungjawab keatas setiap aspek perniagaan. Ini bermakna anda bukan sahaja perlu membuat jualan dan melakukan aktiviti pemasaran tetapi anda juga bertanggungjawab ke atas akaun yang perlu dibayar dan diterima setiap bulan. Ini memudahkan anda untuk menjejak keuntungan, kerugaian dan kemana hilangnya duit keuntungan yang diperolehi.

6. Peniaga dari rumah juga bertanggungjawab ke atas cukai mereka sendiri. Apabila anda menjalankan perniagaan dari rumah tiada cukai yang akan ditolak dari gaji anda setiap bulan. Anda perlu membuat pembayaran cukai sekiranya sudah layak untuk membayar cukai. Membayar cukai dapat memberi banyak faedah kepada anda di masa akan datang. Sebagai contoh, mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman dari bank untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Kesimpulannya, anda perlu bersedia untuk menghadapi semua ini kerana itu adalah lumrah bekerja di rumah.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bekerja dari rumah, anda boleh cuba praktikkan beberapa kerja yang di cadangkan di sini >> Buat Duit Pantas dari Internet  – Edisi Newbie!

Advertisement Banner
Lubuk Digital

Lubuk Digital

TRENDING

  • 6 Kalimah Balas Ucapan Terima Kasih

    6 Kalimah Balas Ucapan Terima Kasih

    557 shares
    Share 223 Tweet 139
  • JANGAN BELI Panduan Bisnes Part Time Shopee!

    554 shares
    Share 222 Tweet 139
  • Tip Newbie Affiliate

    551 shares
    Share 220 Tweet 138
  • Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan

    550 shares
    Share 220 Tweet 138
  • Cara Jimat Tambah “Likers” Facebook Page.

    550 shares
    Share 220 Tweet 138
Lubuk Digital

Kami membawakan anda berita, panduan serta tips terbaik berkaitan bisnes. Layari website kami untuk lebih banyak maklumat.

Follow Us

Recent News

BUKU COPYWRITING KITAB HEADLINE

BUKU COPYWRITING KITAB HEADLINE

3 April 2021
Memilih DreamHost sebagai hosting pilihan bagi tahun 2020

Memilih DreamHost sebagai hosting pilihan bagi tahun 2020

9 April 2020

Categories

  • Affiliate
  • Bisnes
  • ebay
  • ebook
  • Facebook
  • Hosting
  • Inspirasi
  • Newbie
  • Panduan
  • Perniagaan Internet
  • PLR
  • Produk
  • Produk Digital
  • Recommend
  • Review
  • Software
  • Tips
  • Uncategorized

Tags

a2hosting Affiliate Bisnes Blogger borang tempahan close sale copywriting dreamhost ebay ebook emel Facebook Facebook Ads Free Marketing Google Google Adwords hack iklan Inspirasi Jual Semula Lesen Motivasi MRR Newbie Panduan pemasaran Perniagaan Internet PLR Produk Digital PU Recommend Review RR Shopee Sistem sistem tempahan Software surat jualan Tips Trik UPLR whatsapp
  • Tentang
  • Affiliate
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

© 2021 all right reserved by Lubuk Digital

No Result
View All Result
  • Store
  • Produk
    • Sistem Affiliate Lite
    • Perisian Emel
    • 20 Ebook PLR
    • 3 Ebook PLR niche Evergreen.
    • Template Asas Minisite
    • Template Segera Versi Fanpage
  • Blog
  • Tentang
  • Hubungi
  • Servis
    • Dropship AliExpress
    • Servis Tambahan

© 2021 all right reserved by Lubuk Digital

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In