Setiap hari, semakin ramai dari kalangan kita yang mengambil langkah untuk memulakan perniagaan dalam talian, dengan harapan ianya dapat menjadikan hidup yang lebih baik. Dan setiap hari, semakin ramai dari kalangan kita yang gagal.

Ini mungkin nampak seperti sikap negatif, tetapi itu adalah satu kebenaran. Internet adalah tempat yang bagus untuk menjalankan perniagaan, tetapi mencari kejayaan sebenar adalah umpama mencari jarum dalam jerami maya.

Jadi dimana masalahnya?

Sejujurnya, semakin lama saya melayari web, semakin banyak copywriting yang kurang memuaskan dapat dilihat. Produk ada potensi besar untuk dapat jualan tetapi disebabkan copywriting yang yang kurang memuaskan jualan akan menjadi berkurangan. Jika laman web anda tidak dapat menyampaikan mesej pemasaran dengan cara yang menarik, bermaklumat, dan profesional, anda tidak akan menjual dengan banyak.

Sekiranya anda rasakan cara laman web anda atau bahan pemasaran lain tidak begitu penting, fikir sekali lagi. Apabila anda cuba menjual dalam talian, atau dengan emel, anda cuma bergantung pada perkataan sahaja untuk menjual. Jadi, setiap maklumat penting wajib ada.

Jika anda masuk ke kedai elektronik untuk membeli komputer dan mendapati jurujual tidak membantu, tidak berminat, dan tidak boleh dipercayai, adakah anda akan membeli? Sudah tentu tidak. Perkara yang sama berlaku untuk laman web atau surat jualan anda. Jika seseorang membaca halaman utama anda dan mendapati penulisan anda tidak membantu, membosankan, atau cuma mengarah untuk membayar, mereka tidak akan membeli daripada anda.

Recommend: Copywriting Pro

Pertama, pastikan anda mempunyai CUKUP MAKLUMAT berkenaan dengan produk atau perkhidmatan anda. Sekiranya terdapat kandungan yang tidak mencukupi, pembaca tidak akan mempunyai maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan. Maklumat yang kurang dan tidak lengkap akan menyebabkan prospek meninggalkan anda dengan lebih cepat.

Seterusnya, berhati-hati! Apabila menulis surat jualan atau laman web anda, jangan tergesa-gesa untuk menyiapkannya. Semak ayat dan perkataan yang digunakan. Ramai orang tidak suka menulis, tetapi sekarang kita sedang bercakap mengenai interaksi anda dengan pelanggan. Sebarang kesilapan boleh menjadi penentu antara untung atau rugi.

Ketiga, bersemangat dengan apa yang anda jual! Anda tidak perlu terlalu hype, tetapi anda memerlukan sedikit semangat. Penulisan anda boleh menjadi menarik dan motivasi tanpa kehilangan kredibiliti. Sekiranya anda tidak teruja tentang produk anda, kenapa perlu orang lain teruja?

Ini hanyalah asas, tetapi ingat: cara surat jualan atau laman web anda ditulis boleh memberi peluang anda untuk berjaya. Sekiranya anda mempunyai masa yang sukar untuk mencari perkataan yang tepat, tidak boleh mengeja dengan betul, atau memerlukan sedikit bantuan, jangan takut melaburkan sedikit wang untuk mengupah penulis atau membeli panduan berkaitan copywriting.

Sekiranya anda benar-benar ingin meningkatkan jualan dengan teknik copywriting yang betul anda boleh cuba aplikasikan teknik copywriting pro. Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut.