Lubuk Digital sangat tertarik dengan satu artikel dari rizalrashid.com. Apa yang patut kita jawab selepas terima ucapan terima kasih? Topik ini agak jarang dibincangkan kerana mungkin bagi sesetengah pihak lepas orang ucap terima kasih kita akan jawab “ok” atau “tak de hal lah” atau “sama-sama“. Tapi apa yang anda akan baca ini nanti memang berlainan daripada apa yang selalu anda lakukan kerana setiap ucapan yang kita balas mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Nak jawab terima kasih pun ada seninya.

Ada orang ucap ‘terima kasih’ kepada anda hari ini???

“Hm, hari ni ya??…Ada2, lebih kurang banyak jugak lah tuan…”

Alhamdulillah, bagus betul anda, ini menunjukkan anda telah melakukan sesuatu yang meringankan beban orang lain dan juga membuatkan orang lain terasa terhutang budi pada anda.

Bila ada orang ucap thank you kepada kita secara ikhlas, ini menunjukkan kita sangat-sangat dihargai. Penghargaan adalah sesuatu yang sangat bernilai bagi sesiapa yang menerimanya.

“Betul tu tuan, mana ada orang yang tak suka dihargai kan, huhu…”

Ya, betul tu, tapi ingat, penghargaan ini akan musnah sekelip mata jika kita tidak menyambutnya dengan baik.

“Haah, ya ka, bahaya tu, macamana nak sambut dengan baik penghargaan orang??”

Senang je sebenarnya, tapi ramai orang terlepas pandang. Ade beberapa kalimah sakti yang anda boleh guna bila ada orang ucap terima kasih pada anda

“Wow, menarik tu, share pada saya tuan!!!…”

Teruskan pembacaan…

1-YOU ARE WELCOME

  • Ungkapan ni kita dah biasa dengar kan dan memang kebanyakan orang pun ramai guna yang ni.
  • Ia membawa maksud bahawa anda menerima penghargaan mereka.
  • Tapi tahukah anda bukan ini sahaja cara untuk reply terima kasih, ada banyak lagi sebenarnya.

2-THANK YOU

Kali ni advance sikit, kita reply thank you dengan thank you, amacam??

“Boleh eh tuan??”
Ya, boleh sangat, dan lebih bagus.

  • Ia membawa maksud anda bukan sahaja menerima penghargaan mereka bahkan juga berterima kasih atas sumbangan yang mereka lakukan.
  • Kebiasaanya ungkapan ini digunakan dalam keadaan masing-masing telah membantu antara satu sama lain…

3-DON’T MENTION IT

Haah ini dia ungkapan macho yang menunjukkan kesopanan untuk kita reply terima kasih.

  • Ia juga digunakan untuk membalas permintaan maaf daripada orang lain.
  • Kita menganggap ungkapan thank you atau permohonan maaf itu tidak perlu diucapkan
    oleh mereka.
  • Ertinya kita sudah sangat ikhlas dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada mereka.

4-MY PLEASURE

Pernah tak anda buat kerja anda sebagai contoh anda sebagai driver teksi, dan anda menghantar penumpang ke satu destinasi, dan bila sampai mereka ucap thank you???

Nah..”My pleasure”…inilah ungkapan yang sesuai kita guna untuk reply thank you dalam situasi tersebut.
“Hm, apa maksudnya tuan??”

Macamni perasan tak yang driver teksi tu memang dah lakukan tugas dia untuk hantar penumpang, bukannya dia ada tolong orang lain perkara yang advance daripada biasa kan, dah memang tugas dia hantar penumpang.

  • So, ungkapan ini sesuai bila kita bantu orang lain yang dah memang tugas kita pun
  • Atau memang perkara yang kita minat, maksudnya kalau orang tak suruh pun, kita memang rela dan suka buat.
  • Ia membawa rasa keseronokan anda dalam melakukan sesuatu untuk orang lain.

5-NO PROBLEM

Bila kita guna ungkapan ini, ia seolah-olah anda sedang menyatakan bahawa pertolongan yang anda berikan tidak menjadi bebanan atau menimbulkan sebarang masalah.

  • Ia biasanya digunakan dalam keadaan santai dan tidak formal.

6-ANYTIME

Biasanya, kita suka untuk menolong seseorang yang kita sayangi kan….

Kalau boleh tiap-tiap hari nak tolong.

  • Sebab bila kita tolong ataupun caring tentang “dia”, sebenarnya kita sedang membina engagement supaya hubungan kita sentiasa erat antara satu sama lain.
  • Sekali “dia” ucap thank you, ungkapan “anytime” sangat sesuai digunakan yang membawa maksud, bukan kali ni ja kita boleh tolong bahkan bila-bila perlukan pertolongan, just call me, I wiil come..

Amacam, power kan???

Follow beliau di Facebook RIZAL RASHID untuk lebih banyak tips dan perkongsian dalam teknik komunikasi berpengaruh.