Masih ingat lagi hari pertama anda terlibat dalam bisnes? Anda mungkin seperti kami dan usahawan yang lain..cukup bersemangat dan gembira. Yelah, hari itu kira rasakan seperti kita boleh menakluk dunia. Sekarang kita terlalu sibuk untuk menakluk sudut kecil dalam diri bagi menarik perhatian seluruh dunia..baru sedar dunia bisnes tidak semudah yang disangkakan melainkan kita belajar daripada kisah usahawan yang sudah berjaya.

Tip yang akan Lubuk Digital kongsikan mudah dan boleh diguna pakai oleh setiap usahawan tanpa mengira produk atau perkhidmatan.

1. Buat Tawaran Istimewa

Tawaran istimewa adalah tawaran yang istimewa. Bukan tawaran yang biasa-biasa. Selalunya,  tawaran istimewa diberikan dengan had masa atau kuota. Pelanggan tidak akan dapat tawaran ini lagi pada masa akan datang. Sekiranya ada, mereka perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.

Tawaran istimewa ini boleh jadi produk keluaran terhad atau gabungan beberapa produk dalam satu pakej pada harga yang lebih murah. Pelanggan akan berasa teruja untuk mendapatkan tawaran tersebut kerana ianya merupakan tawaran yang lebih baik.

Lihat dari sudut pandangan pelanggan anda, sekiranya anda menjual tiga atau empat barang dalam satu harga adalah lebih baik daripada mendapatkan kesmuanya pada harga yang berbeza secara berasingan.

Tawaran istimewa ini sentiasa dapat menarik perhatian pembeli.

2. Buat Customer Avatar

Customer avatar merupakan data mengenai pelanggan yang anda inginkan. Anda perlu tahu ciri-ciri, rupa, sifat, pekerjaan, jantina dan banyak lagi berkaitan dengan peribadi pelanggan. Dengan mengenal pasti maklumat mereka mudah untuk anda merancang strategi pemasaran yang berkesan. Dengan adanya data ini, ianya dapat memberi penjimatan yang besar dalam pengiklanan kerana anda sudah mempunyai sasaran yang khusus. Jual produk yang betul kepada orang yang betul.

Pelanggan anda juga akan berasa gembira sekiranya masalah mereka dapat diselesaikan. Ingat, pelanggan tidak suka membeli tetapi mereka suka sekiranya pembelian itu dapat menyelesaikan masalah mereka.

3. Perkhidmatan Selepas Jualan

Salah satu kejayaan dalam pemasaran adalah dengan menjadikan pelanggan anda sebagai penyokong anda. Bagaimana? Cara yang paling mudah adalah dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan. Sekiranya perkhidmatan selepas jualan yang anda berikan adalah terbaik, mudah untuk menawan hati mereka dan ini membolehkan mereka menjadi pelanggan setia anda. Secara tidak langsung mereka akan memaklumkan kepada kawan dan keluarga tanpa paksaan.

Untuk menghargai usaha mereka, anda boleh berikan hadiah istimewa, diskaun atau paling ringkas boleh saja hantarkan kad terima kasih ke alamat mereka. Ini secara tidak langsung akan membantu anda mempromosikan produk mahupun perkhidmatan anda secara percuma.

Anda boleh tanya kepada pelanggan mengenai produk mahupun perkhidmatan yang anda berikan. Apa yang membuatkan mereka berpuas hati dan apa yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Maklumat ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti kerja pada masa akan datang.