Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Biar saya ceritakan sedikit pengalaman dalam pengiklanan di Google.

Google Adwords sudah wujud lama cuma jarang orang guna sebab ramai yang tidak tahu cara menggunakannya. Sebelum ini saya sendiri pernah menggunakan Google Adwords, tanpa panduan, tanpa guru, tanpa mentor. Hasilnya banyak yang ke laut. Iklan tidak terus kepada prospek yang berpotensi dan banyak duit dihabiskan ke atas keyword yang tidak penting. Sangat-sangat merugikan. Apa yang saya harapkan tidak berlaku. Kos semakin meningkat, jualan pula semakin menurun.

Ingatkan dengan memasukkan banyak keyword hot dalam satu iklan akan mendatangkan ramai prospek tetapi ternyata saya salah. Prospek ramai tapi semuanya bukan dalam kumpulan sasaran. Tidak ada seorang pun yang klik pada butang beli. Disebabkan ini, saya berhenti dulu beriklan di Google dan cuba mencari panduan Google Adwords dalam bahasa Malaysia yang lebih lengkap tetapi tidak berjaya ditemui.

Selepas sahaja saya tahu ada produk baru daripada SifuAdwords tuan Wan Mus iaitu Video Panduan Google Adwords saya terus mendaptkannya. Jika sebelum ini anda juga pernah kecewa dengan Google Adwords, kini tidak lagi. Panduan ini lengkap dan ianya ditunjukkan langkah demi langkah untuk menghasilkan iklan yang convert dan yang penting memberi penjimatan dan pulangan yang memberangsangkan.

 

video google adwords
Video Panduan Google Adwords + Advanced yang saya beli daripada tuan Wan Mus

 

Ini video yang sudah saya muat turun dari halaman download. Ini merupakan pakej Video Panduan Google Adwords + Advanced. Sekiranya anda hanya mendapatkan pakej asas sahaja video yang anda dapat tidak sama seperti di dalam gambar diatas.

Dibawah merupakan review ringkas mengenai produk ini. Ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Laman Jualan:

SifuAdwords.my

Pembayaran dan Penerimaan Produk:

Pembayaran produk menggunakan sistem OnPay, menerima bayaran menggunakan Kad Kredit/Kad Debit/PayPal dan bank tempatan seperti Maybank,CIMB dan Bank Islam. Anda akan menerima sms apabila pembelian sudah disahkan.

Kualiti Video:

Suara jelas dan kualiti video terbaik.

Penyampaian Maklumat:

Jelas dan terus kepada maklumat utama.

Kategori Pengguna:

Sesuai untuk semua pengguna- Newbie, Advanced, Profesional.

Bantuan:

Melalui emel dan FB group.

Keseluruhan:

Maklumat yang ingin disampaikan jelas. Kandungan dan pelajaran yang akan anda pelajari sama seperti yang tertulis di laman jualan.

Komen:

Pastikan anda betul-betul bersedia sebelum membuka akaun Google Adwords dari segi modal untuk iklan dan juga masa untuk menonton video.

Keseluruhan video memakan masa selama  2jam 35minit untuk Pakej Asas dan 4jam 6minit untuk Pakej Advanced.

Modal permulaan mungkin agak besar sedikit kerana dalam tempoh seminggu pertama memasang iklan, Google masih lagi belajar bagaimana iklan anda bekerja. Ini ada tuan Wan Mus jelaskan di dalam video panduan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap sila klik DISINI

Tawaran ini sudah ditutup

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.