Servis Tambahan

Kami menyediakan servis tambahan untuk bisnes anda.

Selain daripada servis yang ada di halaman servis, kami juga menyediakan servis tambahan khusus untuk anda. Sila rujuk pada ruangan dibawah.

Servis pemasangan surat jualan

Sekiranya anda sudah mempunyai laman jualan sendiri tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membuat pemasangan surat jualan, kami boleh bantu anda. Pastikan anda sudah ada surat jualan sendiri kerana kami tidak menawarkan servis menulis surat jualan.

Servis design ebook cover

Anda sedang menulis ebook dan mahukan cover yang menarik? Kami boleh lakukannya. Berikan tajuk, subtajuk, pautan website, dan maklumat yang anda mahu paparkan di bahagian cover, urusan design biar kami uruskan. Anda perlu lebih fokus untuk menyiapkan ebook.

Servis design fanpage cover

Ramai peniaga menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran. Disebabkan itu Facebook menyediakan fanpage khas untuk aktiviti jual beli. Apabila masuk ke dalam fanpage, pertama sekali yang pelawat akan nampak adalah nama dan cover page anda. Penting untuk memastikan kedua-duanya supaya nampak profesional. Ini dapat meningkatkan lagi keyakinan prospek untuk membeli.

Kami dapat membantu anda menghasilkan design yang kreatif dan menarik untuk anda.

Servis design FBads

Anda selalu membuat pengiklanan berbayar di Facebook? Ini peluang baik untuk anda kerana kami dapat menghasilkan design yang cantik, unik dan dapat menarik perhatian pembaca. Kami juga akan pastikan design yang dihasilkan melepasi spesifikasi yang Facebook tetapkan.

Pasang Surat Jualan

RM65
  • 1 Surat Jualan
  • Masukkan gambar yang releven
  • Format yang mudah dibaca
  • *Siap dalam masa 1-3 hari

Design eCover

RM55
  • 1 Design eBook Cover
  • Kualiti 300 DPI
  • Format design-Flat & 3D eCover
  • Format Fail-JPG dan PNG
  • 3 saiz eCover
  • 3X Perubahan Percuma
  • *Siap dalam masa 1-3 hari

Design Facebook Cover

RM120
  • 1 Timeline Cover
  • 1 Gambar Profile
  • Kualiti 300 DPI
  • Format Fail-JPG
  • Saiz Timeline Cover
  • 3x Perubahan Percuma
  • *Siap dalam masa 1-3 hari

Design FB Ads Image

RM80
  • 1 FB Ads Design
  • Kualiti 300 DPI
  • Format Fail-JPG
  • 1x Saiz spesifikasi fb ads
  • 3x Perubahan Percuma
  • *Siap dalam masa 1-3 hari
SOALAN PRA TEMPAHAN

Saya nak tempahn servis pasang surat jualan tapi saya belum ada surat jualan.

Untuk servis pemasangan surat jualan kami memerlukan surat jualan yang sudah siap daripada anda. Anda boleh serahkankan surat jualan kemudian selepas ianya siap ditulis atau ada boleh membatalkan tempahan. Jika anda sudah membuat pembayaran, kami akan pulangkan semula duit anda.

Apa yang dimaksudkan dengan perubahan percuma?

Perubahan percuma yang dimaksudkan adalah perubahan setelah design dipersetujui dan kerja siap dihantar. Jika design belum dipersetujui dan belum dihantar, tiada had untuk perubahan. Perubahan selepas daripada tempoh yang sudah dinyatakan akan dikenakan bayaran tambahan.

*Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membuat perubahan pada masa akan datang, disarankan untuk mendapatkan berserta dengan fail PSD. Anda boleh buat perubahan sendiri menggunakan fail ini.

*kemahiran photoshop perlu ada.

Adakah saya boleh buat perubahan sepenuhnya selepas kerja siap dihantar?

Tidak, jika perubahan melebihi 30% daripada design yang sudah dipersetujui anda perlu membuat pembayaran baru. Contohnya menukar kepada gambar baru dan design yang baru.

Berapa lama tempoh masa tempahan disiapkan?

Kerja biasanya akan siap dalam masa 1-3 hari. Tidak termasuk dengan perubahan. Jika perubahan banyak dilakukan, masa mungkin akan lebih daripada yang sudah ditetapkan.

Apa kategori perubahan percuma yang boleh saya lakukan?

Anda boleh lakukan perubahan dari segi penukaran teks, perubahan posisi teks atau gambar, jenis ecover 3D dan format ecover.

Adakah saya diberikan fail sumber .PSD untuk melakukan perubahan sendiri?

Tidak. Anda hanya menerima fail akhir sahaja. Sekiranya anda perlukan fail sumber, sila hubungi kami. Bayaran tambahan dikenakan.

Kenapa draft design yang saya terima ada perkataan "Lubuk Digital"? Boleh buang tak?

Perkataan “Lubuk Digital” adalah watermark. Ianya bagi mengelakkan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mendapatkan design tambahan secara percuma.

Watermark ini akan dibuang selepas design dipersetujui untuk dihantar.

Pilihan Design Fanpage Cover DIY

Sekiranya anda ingin menghasilkan fanpage cover sendiri tanpa perlu mengupah kami, anda boleh menggunakan template sedia ada dengan produk Template Segera. Produk ini sama dengan pakej Fanpage Cover, cuma bezanya rekaan tidak unik seperti pakej yang kami tawarkan. Anda akan dapat design yang sama seperti pembeli yang lain. Klik pada butang dibawah untuk mendapatkan Template Segera.

Servis Website Dropship Aliexpress

Dropship merupakan salah satu model bisnes yang terbukti berjaya. Kami juga menyediakan servis menghasilkan website dropship untuk pasaran antarabangsa. Setiap keuntungan jualan produk adalah dalam matawang USD. Kami menawarkan beberapa pakej yang boleh anda pilih mengikut kepada kesesuaian dan keperluan anda. Untuk keterangan lanjut, klik pada butang dibawah.