Semenjak Shopee menjadi platform pilihan kepada penjual di luar sana, panduan bisnes part time Shopee semakin ramai penulisnya. Anda akan dapat lihat banyak ebook berkaitan dengan Shopee ditulis dan dijual pada harga yang berbeza. Semuanya bertujuan untuk mendapat keuntungan. Oleh sebab itu anda perlu tahu kenapa anda perlukan panduan berbayar dan kenapa pula anda tidak perlukannya.

Kenapa Perlukan Panduan Berbayar

Kebiasannya panduan berbayar akan menerangkan kesemuanya daripada A-Z. Anda cuma perlu ikut langkah yang sudah disediakan dalam panduan. Tidak perlu pening kepada nak fikir mana satu yang perlu buat dulu. Semuanya sudah dipermudahkan, anda cuma perlu ikut.

Bagi kami di Lubuk Digital, perkara yang paling penting setelah mendapatkan panduan berbayar adalah “after sale services”. Bantuan sokongan selepas jualan merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak ada dalam panduan percuma.

Anda mungkin dapat belajar sendiri secara percuma tetapi bagaimana sekiranya anda menghadapi masalah. Tersekat dimana-mana dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dimana tempat anda untuk mendapatkan bantuan? Sekiranya penyedia panduan percuma ada menyediakan bantuan, adakah bantuan atau masa yang mereka ada juga percuma? Itu persoalan yang perlu anda jawab.

Kenapa Perlukan Panduan Percuma

Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi dan mempunyai banyak masa terluang, anda boleh manfaatkan masa ini untuk mencari panduan percuma.

Panduan percuma hanya sesuai untuk mereka yang pandai berdikari dan komited dengan usaha serta pandai mencari jalan penyelesaian sendiri.

PERINGATAN, anda boleh manfaatkan panduan percuma TETAPI sekiranya anda ingin bermula dengan RM0 “ZERO” di Shopee, ianya tidak sesuai.

Anda masih lagi perlukan modal untuk membeli produk sekalipun ianya cuma dropship. Konsepnya sama seperti website ecommerce vendor yang lain, Shopee akan TAHAN duit pembelian sehinggalah pelanggan sahkan produk mereka sudah diterima. Sekiranya pembeli tidak sahkan selepas barang diterima, anda perlu menunggu sehingga tempoh yang ditetapkan Shopee berakhir. Ini bagi mengelakkan pembeli terpedaya dengan penipuan scammer.

Kalau betul-betul nak belajar buat duit part time Shopee saya cadangkan anda untuk belajar melalui “Panduan Bisnes Part Time Shopee“.

Panduan Part Time Shopee

Dalam panduan ini anda akan belajar asas yang ada dalam platform Shopee. Kalau anda sudah kenal dengan semua fungsinya, mungkin anda akan rasa panduan ini tidak memberi maklumat yang anda mahukan.

YA, ianya betul. Platform Shopee memang direka untuk mempunyai sistem yang sangat mudah digunakan. Anda boleh belajar semuanya sendiri tanpa perlukan panduan berbayar.

TETAPI dalam panduan ini kesemuanya sudah disusun langkah demi langkah supaya anda tidak tertinggal bahagian yang penting dalam persiapan. Menariknya, anda juga akan dikongsikan dengan tips dan trik yang kebanyakkanya seller tidak tahu.

BONUS PEMBELIAN.

Bonus ini yang menambah nilai produk utama.

 Bonus Panduan Bisnes Part Time Shopee

Ada koleksi lebih 200 list produk yang boleh anda muat naik terus ke Shopee store. Tidak perlu risau sekiranya tidak ada produk untuk dijual kerana semuanya sudah disediakan. Anda cuma tinggal upload masuk store.

Bonus Panduan Bisnes Part Time Shopee

Bantuan sokongan melalui telegram. Bantuan ini akan diberikan oleh penulis sendiri. Sekiranya ada apa-apa persoalan, anda boleh terus tanya di dalam group.

Siapa yang SESUAI untuk memiliki ebook ini?

1. Anda yang tengah kerja makan gaji dan nak cari pendapatan tambahan.
2. Anda yang dah ada bisnes sendiri, tapi nak cuba berbisnes di Shopee juga.
3. Suri rumah sepenuh masa yang hanya tinggal di rumah je tiap-tiap hari.
4. Anda yang tengah mencari bisnes yang paling senang untuk bermula.
5. Anda yang dah pernah buat bisnes di Shopee tapi produk tak terjual laju lagi.
6. Perlukan guru untuk belajar dan memberi bantuan.
7. Ada modal untuk dilaburkan untuk beli Panduan Bisnes Part Time Shopee.
8. Ada modal untuk bayar produk dropship.

NEWBIE / BEGINNER PUN BOLEH! Bahasa yang digunakan senang faham dan tidak perlu kemahiran teknikal pun.

JANGAN BELI Panduan Bisnes Part Time Shopee..

1. Kalau Malas nak ‘take action‘.
2. Kalau nak kaya cepat tanpa usaha lebih.
3. Kalau berharap goyang kaki dapat duit semata-mata.
4. Kalau dah menjana income lumayan di Shopee.
5. Kalau tak boleh sabar dalam berbisnes.
6. Tidak ada modal untuk bayar produk dropship
p/s: Yang dah rasa dia advance dah dalam Shopee ni, tak perlu la nak beli ebook ni ya.

Kesimpulannya anda perlu kenal pasti sebab-sebab penting sebelum mendapatkan sebarang panduan berbayar. Adakah ianya satu keperluan atau tidak. Belilah atas sebab untuk belajar dan memperbaiki kewangan. Anda boleh dapatkan panduan tersebut dengan tekan disini.

Anda rasa artikel ini menarik? Kongsi sekarang.

Daftar Untuk Dapat Tips Bisnes Shopee Secara PERCUMA!

Tips, trik dan panduan akan dihantar terus ke emel yang di daftarkan. 

Nama


Alamat Emel


You have Successfully Subscribed!