Kemaskini terakhir: 4 Julai 2017

Terima kasih kerana menjadi pembaca blog Lubuk Digital. Sekiranya anda berminat untuk menyumbangkan artikel, review, dan tips anda boleh hantarkan kepada kami dalam format Microsoft Word. Artikel anda mestilah disertakan dengan gambar yang berkaitan dan mempunyai nama penulis, email(untuk kegunaan kami sahaja) atau pautan Facebook serta sumber rujukan artikel asal(jika ada) untuk memudahkan pembaca menghubungi anda jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Untuk makluman anda, artikel tidak akan diterbitkan terus selepas penghantaran. Ianya akan diperiksa dan dibaca semula oleh admin untuk memastikan kandungannya sesuai untuk diterbitkan. Kami akan hubungi anda melalui emel atau Facebook sekiranya artikel anda terpilih untuk diterbitkan. Jangan lupa untuk “LIKE” page Lubuk Digital untuk memudahkan kami tag nama anda apabila artikel disiarkan nanti.
Artikel tersebut adalah hak anda, kami cuma membantu menyediakan medium terbitan secara percuma.

Dalam situasi tertentu pihak Lubuk Digital juga mempunyai hak untuk menerbitkan, menyunting serta membuang artikel daripada blog Lubuk Digital tanpa pemberitahuan dan makluman kepada penulis asal.

Kami juga berhak untuk menolak mana-mana artikel yang dihantar tanpa notis dan pemberitahuan.

Artikel yang sesuai untuk dihantar.

  • Cerita mengenai kisah kejayaan dan inspirasi.
  • Tips, Trik dan Tutorial mengenai platform buat duit (Facebook, Google, Ebay, dll)
  • Perniagaan
  • Pelaburan (Emas, Saham, Matawang)
  • Kewangan (Penjimatan, Tabung, Insuran)
  • Hartanah
Artikel yang tidak sesuai.
  • Tidak berkaitan dengan bisnes atau kewangan.
  • Mengajak ke arah SCAM, Skim cepat kaya dan yang sewaktu denganya.
  • Unsur Politik.
  • Berunsur pengiklanan secara terus (Iklan berunsur penceritaan dibenarkan)
Tata tertib penggunaan gambar.
  • Nyatakan sumber gambar sekiranya ia bukan milik anda.
  • Tiada gambar berunsur lucah, ghairah dan seks digunakan.
  • Gunakan gambar yang menutup aurat. (Kami berhak menukar atau edit gambar yang tidak menutup aurat)

Diatas merupakan sebahagian kecil daripada artikel yang sesuai dan tidak sesuai untuk dipaparkan di LubukDigital.com . Halaman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk memastikan setiap penulis dapat mematuhi syarat yang ditetapkan.

Artikel anda juga berpotensi untuk menerima trafik berbayar secara percuma.

Hantarkan artikel anda ke emel atau terus ke Facebook kami
oren18box@gmail.com | https://www.facebook.com/lubukdigital/