Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Buat Duit USD dengan Dropship AliExpress

Kepakaran kami adalah menghasilkan website kepada client yang ingin memiliki kedai online dropship sendiri.

Adakah anda sedang mencari bisnes online yang mudah diuruskan, tidak perlu menyimpan produk dan tiada bayaran bulanan?

Anda masuk ke halaman yang betul.

Kami akan kongsikan peluang ini kepada anda. Bisnes online tanpa perlu menimpan stok dan menghantar kepada pelanggan. Apa yang anda perlukan hanyalah satu website untuk menjadi stor kepada kemua gambar dan maklumat produk yang anda jual. Pelawat masuk ke dalam website anda dan buat pembelian, anda berikan maklumat penghantaran kepada pembekal dan pembekal akan hantarkan terus produk tersebut kepada pembeli anda.

Bisnes ini dinamakan sebagai dropshipping.

Saya yakin anda sudah pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan dropshipping. Secara mudahnya dropshipping adalah satu perniagaan yang mana penjual tidak mempunyai produk dalam simpanan. Anda hanya menguruskan pembelian dan serahkan urusan penghantaran kepada pembekal. Dari segi keuntungan pula, anda boleh meletakkan harga anda sendiri dan membuat bayaran bagi pihak pembeli pada harga yang sudah pembekal tetapkan.

Sebagai contoh, harga bagi sepasang kasut daripada pembekal adalah $12. Anda sebagai pemilik website pula meletakkan harga $20 untuk kasut tersebut. Selepas pembeli membuat tempahan, anda membuat bayaran $12 kepada pembekal dan pembekal akan hantarkan produk tersebut kepada pembeli. Anda mendapat keuntungan sebanyak $8 daripada hasil jualan. 

Kenapa AliExpress dan bukan pembekal yang lain?

Untuk pengetahuan anda banyak lagi pembekal lain yang boleh digunakan tetapi website yang kami bina hanya menggunakan platform Aliexpress sebagai pembekal. Ianya sudah lebih daripada cukup kerana Aliexpress mempunyai ramai pembekal yang boleh dipercayai. Satu produk boleh ada lebih daripada seorang pembekal dengan reputasi dan harga yang berbeza.

Sangat dicadangkan untuk memilih pembekal yang mempunyai reputasi yang baik. Ini untuk mengelakkan daripada pembeli anda menerima barang yang rosak atau tidak sama seperti di paparkan di dalam gambar. Dengan website yang kami hasilkan, anda boleh pilih pembekal dengan mudah. Tidak perlu memilih secara manual kerana pembekal dengan reputasi terbaik boleh ditapis dengan hanya menggunakan konfigurasi yang sudah kami tetapkan.

Untuk bermula sebagai dropshipper aliexpress anda hanya perlu mendaftar akaun secara percuma sahaja. Selepas mendaftar, anda sudah boleh membeli barang di Aliexpress. Klik pada link ini untuk mendaftar www.aliexpress.com .

Sudah daftar Aliexpress, apa langkah seterusnya?

Aliexpress menggunakan matawang USD untuk urusan jual beli dan tidak menerima pembayaran melalui online transfer ke akaun bank pembekal sebagaimana yang berlaku di Malaysia. Untuk membuat pembelian, anda boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. Sebagai contoh, anda boleh gunakan kad debit Maybank.

Cara pembelian mudah saja, masuk ke aliexpress kemudian pilih produk yang anda inginkan seterusnya klik pada butang add to cart kemudian terus ke bahagian pembayaran. Masukkan nombor di hadapan kad anda dan 3 digit di belakang kad anda. Pembayaran akan dilakukan terus kepada Aliexpress untuk tujuan keselamatan. Mudah bukan?

Akaun Aliexpress dah ada, kad debit pun dah ada.

Apa lagi yang nak kena ada?

Seterusnya anda perlukan akaun PayPal untuk menerima bayaran daripada pembeli. PayPal adalah salah satu sistem pembayaran online terbesar, selamat dan dipercayai seluruh dunia. Setiap transaksi di rekodkan dengan lengkap untuk mengelakkan daripada percanggahan daripada penjual dan pembeli.

Anda boleh mendaftar akaun PayPal secara PERCUMA disini www.paypal.com

Semua dah ada, seterusnya apa?

Pertama sekali tahniah kami ucapkan. Anda sudah bersedia untuk membuat perniagaan dropship international melalui Aliexpress.

Kami akan bantu anda untuk menghasilkan website dropship sendiri. Kami hanya perlukan kategori produk yang anda pilih. Sebagai contoh anda memilih kategori jam tangan. Kami akan hasilkan satu website khas untuk jam tangan sahaja. Kategori ini nanti akan kami dipecahkan lagi menjadi jam lelaki, jam perempuan, jam kanak-kanak, jam kasual dan lain-lain.

Pemilihan kategori ini sangat penting untuk memudahkan carian di internet. Hanya pelawat yang betul-betul mahukan jam sahaja akan masuk ke dalam website anda. Pelawat yang targeted lebih cenderung untuk membeli berbanding dengan pelawat yang tidak targeted.

Secara ringkasanya, anda perlu sediakan..

  1. Akaun Aliexpress
  2. Kad debit
  3. Akaun PayPal
  4. Kategori produk yang dipilih

Ada kesemua perkara diatas, anda sudah boleh menjalankan perniagaan dropship di Aliexpress. Kami akan uruskan semua yang berkaitan dengan website.

Kalau belum ada, jangan risau. Anda cuma perlu berikan kami maklumat nombor 4 sahaja. Sementara buat akaun Aliexpress, dapatkan kad debit dan buat akaun PayPal, kami boleh teruskan dengan pembinaan website. Jimat masa anda untuk menunggu.

HASIL KERJA KAMI

INI YANG KAMI AKAN BUAT

Carian nama domain

Kami akan membuat kajian mengenai nama domain yang berkaitan dengan kategori produk yang anda pilih. Beberapa nama domain yang masih belum didaftarkan akan diberi kepada anda untuk dipilih. Pilih satu domain dan kami akan daftarkan untuk anda.

Buat logo website

Kami akan hasilkan sendiri logo yang menarik untuk website anda. Kami juga akan pastikan logo ini sesuai dengan nama dan warna tema website anda.

design 5 slide

Kami akan buat design untuk 5 slide utama website anda. Slide ini nanti kami akan terus pasang di dalam website anda beserta dengan pautan ke page atau produk yang berkenaan.

design 3 gambar kategori

Kami akan buat 3 design khas untuk membawa pelawat terus ke bahagian kategori. Sebagai contoh, untuk website Jam Tangan kami akan hasilkan design untuk kategori “Jam Tangan Lelaki“, “Jam Tangan Perempuan“, “Jam Tangan Kanak-kanak“.

buat kesemua page penting

Kami akan hasilkan page penting untuk website ecommerce seperti, contact us, about, faq, terms and conditions, returns dan lain-lain.

import produk ke dalam website

 

Kami akan import 100-200 produk pertama dari Aliexpress terus ke dalam website anda. Setiap produk yang akan di import kami akan sunting terlebih dahulu supaya tiada teks atau gambar yang tidak berkaitan dimasukkan sekali.

konfigurasi website anda

Kami akan pastikan website anda terus boleh berjalan dan menerima bayaran selepas ianya siap dihasilkan. Kami akan terus integrasikan PayPal dengan website anda.

seo

Kami akan masukkan keyword dan deskripsi untuk page, post serta produk anda untuk memudahkan carian.

hasilkan artikel

Beberapa buah artikel akan dihasilkan untuk mempercepatkan lagi proses seo.

CIRI-CIRI WEBSITE

Import produk daripada AliExpress

Import produk AliExpress dengan mudah tanpa perlu keluar dari website anda. Produk akan terus dimasukkan kedalam website anda.

Siapkan tempahan secara automatik

Hanya dengan beberapa kali klik anda sudah dapat siapkan tempahan pembeli secara automatik. Tidak perlu lagi copy paste maklumat pembelian pembeli untuk dimasukkan ke dalam tempahan AliExpress.

Kemaskini produk dan harga secara automatik

Stok dan harga akan dikemaskini secara automatik setiap kali pembekal membuat kemaskini di AliExpress.

Penyesuaian produk

Buat perubahan pada produk yang anda inginkan. Tukar tajuk, maklumat produk, gambar, dan apa saja yang anda inginkan.

Import review daripada pembeli

Anda boleh import terus review daripada pembeli yang berpuas hati dengan produk tersebut. Hanya perlu setkan kepada review yang terbaik sahaja.

variasi produk

Anda boleh import produk yang menawarkan pelbagai variasi seperti saiz, warna, bahan, dan banyak lagi terus ke dalam website. Tidak perlu lagi buat satu per satu.

Automasi Harga

Setkan berapa keuntungan yang anda mahukan untuk setiap produk setiap kali import. Atau anda boleh setkan keuntungan bagi setiap peringkat harga.

Tapisan produk dengan ePacket

Dengan fungsi ini anda boleh import produk dengan pengahantaran terpantas sahaja.

Layout mesra pengguna

Website yang dihasilkan mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Paparan screen akan mengikut paparan screen pengguna.

KOS PEMBINAAN YANG FLEKSIBEL

DROPSHIP

RM960Asal RM3200
  • Domain & Hosting
  • Pasang Website
  • Design Website
  • Tema Premium
  • Sistem Dropship
  • Import 100 Produk
  • 6 Bulan Bantuan Sokongan

DROPSHIP SEO

RM1,460Asal RM3650
  • Domain & Hosting
  • Pasang Website
  • Design Website
  • Tema Premium
  • Sistem Dropship
  • Import 150 Produk
  • SEO 50 Produk
  • SEO Page
  • 6 Bulan Bantuan Sokongan

DROPSHIP EXTEND

RM2,690Asal RM4490
  • Domain & Hosting
  • Pasang Website
  • Design Website
  • Tema Premium
  • Sistem Dropship
  • Import 200 Produk
  • SEO 150 Produk
  • SEO Page & Post
  • Post 3 Artikel
  • 6 Bulan Bantuan Sokongan

SOALAN PRA TEMPAHAN

Boleh saya pilih semua kategori?

TIDAK, kami hanya menerima tempahan untuk satu kategori sahaja supaya pelawat lebih fokus untuk memilih dan tidak diganggu dengan produk lain.

Walaubagaimanapun , anda boleh menambah sendiri kategori yang anda mahukan kemudian.

apa beza untuk setiap pakej?

Bezanya dari segi kerja yang kami lakukan. Semakin tinggi kos, semakin banyak kerja yang kami perlu lakukan.

apa yang dimaksudkan dengan seo?

SEO bermaksud Search Engine Optimization.

SEO membolehkan website, page, post serta produk anda di index oleh enjin carian seperti Google. SEO juga membolehkan website anda mendapat carian di halaman pertama enjin carian. Tanpa SEO yang betul, website anda agak sukar untuk berada dihalaman pertama.

seo yang macam mana luuk digital buat?

Kami akan lakukan

– Konfigurasi permalinks
– Masukkan tajuk dan deskripsi
– Optimize keyword
– Optimize image
– Social bookmark
– Lajukan loading website

 

Domain dan hosting disediakan?

YA, kami akan sediakan domain dan hosting untuk anda.

Boleh saya guna hosting sendiri?

YA, boleh. Website akan terus dipasang ke dalam hosting anda sekiranya anda membuat bayaran penuh. Bagi yang membuat bayaran deposit, website hanya akan dipindahkan ke hosting selepas menerima bayaran penuh.

berapa lama website saya akan siap?

Website anda akan siap dalam masa 7 – 30 hari selepas nama domain dipilih.

Betul ke saya akan dapat website lengkap? lepas dapat terus boleh promosi?

YA betul. Kami akan lakukan semua kerja-kerja teknikal dan anda hanya perlu fokus kepada promosi sahaja.

ada panduan untuk menguruskan website?

YA ada. Kami akan hasilkan panduan menggunakan website anda sendiri untuk memudahkan pengurusan.

Ada bantuan sokongan?

YA ada. Kami akan berikan bantuan sokongan secara percuma selama 6 bulan.

Boleh saya buat bayaran deposit?

YA boleh, deposit sebanyak RM500 diperlukan untuk menampung kos permulaan.

 

Ada jaminan pulangan wang?

Jaminan pulangan wang bersyarat hanya untuk kerja yang tidak siap sahaja. Bagi kerja yang sudah siap atau mencapai 70% tiada pulangan wang diberikan.

Tiada pulangan wang untuk bayaran deposit.

 

website belum siap tapi saya tak nak teruskan. Boleh saya dapat duit saya balik?

YA anda boleh dapat semula duit yang sudah dibayar tapi bukan 100%.

Bergantung kepada tahap kerja yang sudah disiapkan. Jika kerja sudah mencapai 70%, duit tidak akan dikembalikan. Kami hanya akan pindahkan domain ke akaun anda berserta dengan fail yang sudah disiapkan.

Jika kerja masih dalam peringkat permulaan, pembelian domain dan hosting masih belum dibuat, anda boleh dapatkan kembali duit tersebut. Caj sebanyak RM30 akan dipotong daripada duit yang sudah dibayar. Caj RM100 akan dipotong jika senarai domain yang dipilih sudah dihantar. Ini adalah untuk caj proses dan masa yang sudah digunakan untuk membuat kajian dan servis.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Website dah siap tapi bayaran belum habis lagi. Saya tak nak teruskan, boleh saya dapat duit saya balik?

TIDAK, kami tidak dapat pulangkan semula duit kerana kerja sudahpun siap.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.