Anda pun boleh jadi hacker dengan kod mudah.

“wow..betul ke boleh jadi hacker? rasa seronok pula bila dengar orang cakap macam tu. saya hacker? senanglah nak buat duit kalau macam ni..”

Hacker yang dimaksudkan bukanlah dengan cara mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem. Dan apa yang akan ditunjukkan bukanlah dalam kategori hacker tahap tinggi tetapi tahap terendah yang masih lagi boleh dikawal.

Hacker Level 0, masih jauh lagi nak masuk level 1

Artikel ini TIDAK mengajar anda untuk mengakses halaman yang mempunyai keselamatan yang tinggi. TIDAK ada kod yang panjang berjela, hanya menggunakan kod yang mudah saja.

Sebagai pemilik produk,  tidak ada yang mahu produk yang sepatutnya berbayar dapat dimuat turun oleh sesiapa saja tanpa bayaran. Lebih-lebih lagi ianya dapat diaksess dengan mudah menggunakan google.

Dengan trik dan kod ringkas, link download anda boleh terdedah dengan mudah. Kebiasaanya teknik ini digunakan untuk mencari tajuk tertentu dalam satu domain tetapi jika salah guna, sesiapa sahaja dapat mengaksess ruangan download produk berbayar anda.

Dalam artikel ini Lubuk Digital akan kongsikan bersama dengan anda bagaimana cara untuk mendapatkan aksess download produk berbayar secara percuma.

AMARAN! Ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan meningkatkan keselamatan sahaja. Lubuk digital sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas penyalahgunaan maklumat ini.

Sebelum itu, kami akan tunjukkan kod ringkas yang akan digunakan dalam pencarian.

site:” url target website
intitle:” tajuk post/page
intext:” mencari perkataan yang sama dalam website
filetype:” format fail yang dicari
inurl:” dalam url ada perkataan yang dicari

Tak faham macam mana nak guna kod ni?

Jangan risau, teruskan bacaan. Kami akan tunjukkan caranya.

Pertama sekali buka browser anda. Google Chrome akan digunakan dalam contoh.

Kemudian taip “site:namawebsite.com“. url “namawebsite.com” tukarkan kepada url website sebenar. “site:” digunakan untuk mencari semua halaman di dalam url yang sudah kita target.

Semua halaman yang berjaya di index google akan dipaparkan. Kalau ada banyak, banyaklah yang keluar. Kalau sikit, sikitlah keluar. Dalam contoh, cuma ada 2 halaman yang keluar. TemplateSegera.com ada banyak halaman tapi google cuma berjaya index 2 saja. Cara nak elakkan google daripada index halaman yang tidak sepatutnya seperti halaman download yang sebenar akan ditunjukkan kemudian.

Dibawah ini pula untuk carian yang lebih teliti. Gabungan daripada 2 kod carian iaitu “site:” dan “inurl:” Dalam gambar contoh ada perkataan tambahan “inurl:download“. Semua url yang ada perkataan “download” dipaparkan. Url yang tidak ada perkataan “download” tidak akan dipaparkan.

Gambar dibawah sama seperti diatas cuma kod carian yang berbeza. Kod carian yang digunakan adalah “site:” dan “intext:“. Penggunaan kod “site:” sudah ditunjukkan tadi manakala “intext:” pula digunakan untuk mencari text yang digunakan di dalam artikel atau surat jualan. Sebagai contoh, intext yang digunakan adalah “download percuma“. Semua halaman yang mempunyai perkataan download dan percuma akan dipaparkan.

Untuk membuat carian yang lebih terperinci dan terus kepada target, anda boleh gabungkan lebih daripada 2 kod carian. Sebagai contoh, gabungkan kod “site:“, “intext:” dan “filetype:“. Kod “filetype:” digunakan untuk mencari halaman dengan format fail tertentu. Hasil carian akan menjadi lebih kecil dan lebih tergeted.

Dalam contoh ada ditunjukkan format fail yang dicari adalah “html“. Semua halaman yang mempunyai teks “download” dan “percuma” serta format fail “html” akan dipaparkan.

Selain daripada html, anda juga boleh gunakan format fail yang lain seperti php. Perlu diingatkan, hanya halaman yang sudah di index google sahaja dapat dipaparkan. Halaman yang tidak di index tidak akan dipaparkan.

Dibawah adalah contoh untuk kod “intitle“. Kod ini digunakan untuk mencari halaman yang mempunyai perkataan “template” di dalam tajuk. Jika tidak ada perkataan yang dicari ditemui di dalam tajuk anda akan lihat paparan seperti dibawah.

Anda boleh membuat carian hanya dengan menggunakan satu kod sahaja iaitu “site:” atau dengan gabungan beberapa kod untuk pencarian yang lebih terperinci.

Cara untuk mendapatkan halaman rahsia secara percuma sudah didedahkan. Anda boleh mula semak web jualan sekarang. Jika ada halaman rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan keluar di google anda tidak perlu risau. Terdedahnya cara ini bukan bermaksud produk digital anda boleh terus diceroboh. Masalah keselamatan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Halang penceroboh sekarang!

Ada 2 cara yang boleh digunakan iaitu cara manual dan cara automatik dengan menggunakan plugin.

Jika anda menggunakan halaman minisite statik, gunakan kod ini dan masukkan di halaman download atau mana-mana halaman yang anda tidak mahu dedahkan kepada umum.

WEBSITE/MINISITE STATIK

<META NAME=”robots” CONTENT=”noindex,nofollow”>

Masukkan kod ini secara manual selepas <head> atau sebelum </head>

Fungsi kod ini adalah untuk mengelakkan daripada google untuk index halaman dan kandungan yang ditulis. Cara bergambar boleh rujuk dibawah.

Masukkan halaman yang anda ingin sembunyikan ke dalam web editor. Dalam contoh guna prisian Dreamweaver. Selain daripada Dreamweaver boleh juga guna perisian Kompozer. Download perisian kompozer sicara percuma di http://www.kompozer.net/download.php

Salin kod tadi kemudian masukkan selepas <head>

Setelah selesai, simpan fail tersebut dengan nama yang baru dan terus upload ke dalam hosting.

Anda perlu simpan dan upload fail baru dan buang fail yang lama. Ini kerana fail lama sudah di index oleh google. Sekiranya anda tidakmahu membuang halaman yang lama, anda boleh manipulasi halaman tersebut untuk mengumpul senarai emel(seperti halaman templatesegera.com) atau masukkan iklan affiliate.

WEBSITE WORDPRESS

Cara automatik boleh digunakan untuk platform wordpress. Sistem ini akan bantu anda untuk masukkan kod tadi secara automatik untuk kesemua halaman yang anda mahukan.

Caranya..

Login ke dalam website anda kemudian terus pergi ke bahagian plugin. Klik pada “Add New“.

Cari plugin “Yoast SEO” kemudian klik “Install Now“.

Selepas plugin diaktifkan, pergi ke halaman yang anda ingin sembunyikan dan klik “Edit“.

Tukar permalik kepada yang baru kerana yang lama sudah di index oleh google.

Skroll ke bawah sehingga nampak “Yoast SEO“. Ikut gambar dibawah.

Setelah selesai klik butang “Update“.

Itu saja. Mudah bukan? Anda boleh buat perkara yang sama untuk halaman yang lain.

Sekarang inshaAllah halaman download anda selamat.

Sekali lagi makluman untuk anda, cara ini selamat digunakan untuk mengelakkan halaman rahsia daripada di index oleh google. Hanya mereka yang mempunyai pautan url penuh saja dapat aksess ke ruangan tersebut.

Kalau buat testing kepada website orang lain dan dapat aksess percuma, jangan ambil kesempatan. Maklumkan kepada owner dan share artikel ini kepada mereka untuk tindakan. Ada sebarang soalan boleh ajukan di ruangan komen dan share jika rasakan maklumat ini memberi manfaat.