JANGAN BELI Panduan Bisnes Part Time Shopee!

JANGAN BELI Panduan Bisnes Part Time Shopee!

Semenjak Shopee menjadi platform pilihan kepada penjual di luar sana, panduan bisnes part time Shopee semakin ramai penulisnya. Anda akan dapat lihat banyak ebook berkaitan dengan Shopee ditulis dan dijual pada harga yang berbeza. Semuanya bertujuan untuk mendapat keuntungan. Oleh sebab itu anda perlu tahu kenapa anda perlukan panduan berbayar dan kenapa pula anda tidak perlukannya.

Kenapa Perlukan Panduan Berbayar

Kebiasannya panduan berbayar akan menerangkan kesemuanya daripada A-Z. Anda cuma perlu ikut langkah yang sudah disediakan dalam panduan. Tidak perlu pening kepada nak fikir mana satu yang perlu buat dulu. Semuanya sudah dipermudahkan, anda cuma perlu ikut.

Bagi kami di Lubuk Digital, perkara yang paling penting setelah mendapatkan panduan berbayar adalah “after sale services”. Bantuan sokongan selepas jualan merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak ada dalam panduan percuma.

Anda mungkin dapat belajar sendiri secara percuma tetapi bagaimana sekiranya anda menghadapi masalah. Tersekat dimana-mana dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dimana tempat anda untuk mendapatkan bantuan? Sekiranya penyedia panduan percuma ada menyediakan bantuan, adakah bantuan atau masa yang mereka ada juga percuma? Itu persoalan yang perlu anda jawab.

Kenapa Perlukan Panduan Percuma

Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi dan mempunyai banyak masa terluang, anda boleh manfaatkan masa ini untuk mencari panduan percuma.

Panduan percuma hanya sesuai untuk mereka yang pandai berdikari dan komited dengan usaha serta pandai mencari jalan penyelesaian sendiri.

PERINGATAN, anda boleh manfaatkan panduan percuma TETAPI sekiranya anda ingin bermula dengan RM0 “ZERO” di Shopee, ianya tidak sesuai.

Anda masih lagi perlukan modal untuk membeli produk sekalipun ianya cuma dropship. Konsepnya sama seperti website ecommerce vendor yang lain, Shopee akan TAHAN duit pembelian sehinggalah pelanggan sahkan produk mereka sudah diterima. Sekiranya pembeli tidak sahkan selepas barang diterima, anda perlu menunggu sehingga tempoh yang ditetapkan Shopee berakhir. Ini bagi mengelakkan pembeli terpedaya dengan penipuan scammer.

Kalau betul-betul nak belajar buat duit part time Shopee saya cadangkan anda untuk belajar melalui “Panduan Bisnes Part Time Shopee“.

Panduan Part Time Shopee

Dalam panduan ini anda akan belajar asas yang ada dalam platform Shopee. Kalau anda sudah kenal dengan semua fungsinya, mungkin anda akan rasa panduan ini tidak memberi maklumat yang anda mahukan.

YA, ianya betul. Platform Shopee memang direka untuk mempunyai sistem yang sangat mudah digunakan. Anda boleh belajar semuanya sendiri tanpa perlukan panduan berbayar.

TETAPI dalam panduan ini kesemuanya sudah disusun langkah demi langkah supaya anda tidak tertinggal bahagian yang penting dalam persiapan. Menariknya, anda juga akan dikongsikan dengan tips dan trik yang kebanyakkanya seller tidak tahu.

BONUS PEMBELIAN.

Bonus ini yang menambah nilai produk utama.

 Bonus Panduan Bisnes Part Time Shopee

Ada koleksi lebih 200 list produk yang boleh anda muat naik terus ke Shopee store. Tidak perlu risau sekiranya tidak ada produk untuk dijual kerana semuanya sudah disediakan. Anda cuma tinggal upload masuk store.

Bonus Panduan Bisnes Part Time Shopee

Bantuan sokongan melalui telegram. Bantuan ini akan diberikan oleh penulis sendiri. Sekiranya ada apa-apa persoalan, anda boleh terus tanya di dalam group.

Siapa yang SESUAI untuk memiliki ebook ini?

1. Anda yang tengah kerja makan gaji dan nak cari pendapatan tambahan.
2. Anda yang dah ada bisnes sendiri, tapi nak cuba berbisnes di Shopee juga.
3. Suri rumah sepenuh masa yang hanya tinggal di rumah je tiap-tiap hari.
4. Anda yang tengah mencari bisnes yang paling senang untuk bermula.
5. Anda yang dah pernah buat bisnes di Shopee tapi produk tak terjual laju lagi.
6. Perlukan guru untuk belajar dan memberi bantuan.
7. Ada modal untuk dilaburkan untuk beli Panduan Bisnes Part Time Shopee.
8. Ada modal untuk bayar produk dropship.

NEWBIE / BEGINNER PUN BOLEH! Bahasa yang digunakan senang faham dan tidak perlu kemahiran teknikal pun.

JANGAN BELI Panduan Bisnes Part Time Shopee..

1. Kalau Malas nak ‘take action‘.
2. Kalau nak kaya cepat tanpa usaha lebih.
3. Kalau berharap goyang kaki dapat duit semata-mata.
4. Kalau dah menjana income lumayan di Shopee.
5. Kalau tak boleh sabar dalam berbisnes.
6. Tidak ada modal untuk bayar produk dropship
p/s: Yang dah rasa dia advance dah dalam Shopee ni, tak perlu la nak beli ebook ni ya.

Kesimpulannya anda perlu kenal pasti sebab-sebab penting sebelum mendapatkan sebarang panduan berbayar. Adakah ianya satu keperluan atau tidak. Belilah atas sebab untuk belajar dan memperbaiki kewangan. Anda boleh dapatkan panduan tersebut dengan tekan disini.

Anda rasa artikel ini menarik? Kongsi sekarang.

Cara Bina Kedai Shopee Sendiri

Cara Bina Kedai Shopee Sendiri

Mungkin ada di antara anda yang teringin nak bina kedai Shopee sendiri. Artikel kali ini LD akan tunjukkan kepada anda cara untuk bina kedai Shopee sendiri yang boleh siap dalam masa kurang dari 1 jam.

Tapi sebelum tu LD nak terangkan sedikit mengenai Shopee yang mungkin sesetengah daripada pembaca masih belum tahu. Shopee ni merupakan salah satu platform ecommerce multi-vendor/dropship. Maksudnya penjual yang berada di dalam platform ini terdiri daripada pengilang, peruncit, mahupun dropshipper. Tidak hairanlah satu produk yang sama mempunyai harga yang berlainan.

Ini antara screenshot pendapatan peniaga di Shopee yang sempat LD kumpulkan. Harap ianya dapat menaikkan lagi semangat anda untuk berniaga di Shopee.

Pada waktu artikel ini ditulis, persaingan masih lagi kurang tetapi pada masa akan datang siapa tahu. Disebabkan ini LD ingin mengajak anda sebagai penjual untuk turut serta dalam Shopee. Anda boleh bina kedai Shopee sendiri dengan mudah menggunakan panduan ini.

Info: Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri, di penghujung artikel ini LD akan dedahkan lubuk untuk dapatkan 200 senarai produk untuk dimasukkan ke dalam kedai anda.

Masuk ke Shopee.com.my kemudian daftar dengan klik pada sign up.

 Masukkan No.HP. anda kemudian klik butang Send Verification Code.

Shopee akan menghantar SMS Verification Code ke No.HP yang anda daftarkan. Masukkan Verification Code tersebut untuk pengesahan.

Selepas No.HP anda disahkan, lengkapkan Username & Password kemudian klik butang SIGN UP.

Selesai pendaftaran, anda boleh login terus ke akaun Shopee. Kemudian anda klik pada Seller Centre.


Kalau klik pada Seller Centre tapi keluar macam dalam gambar ni, anda perlu login menggunakan maklumat sewaktu pendaftaran. Kalau dah login, SKIP bahagian ni.


Disini ada akan lihat ada beberapa fungsi yang anda boleh gunakan. Klik pada ikon Shop Setting.


Lengkapkan semua yang ada. Shop Profile, My Shipping, My Address, Bank Accounts /Cards (Penting untuk menerima bayaran)


Klik bahagian My Product untuk upload produk


Tekan Add a New Product untuk mula upload produk pertama anda


Drag & Drop gambar produk disini. Anda boleh upload sehingga 9 gambar


Lengkapkan maklumat produk anda. Dah selesai klik pada butang Save.

Buat benda yang sama untuk produk yang seterusnya.

TAHNIAH!!

Sekarang anda sudah mempunyai kedai Shopee sendiri.

Terus terang LD katakan, nak memulakan bisnes di Shopee sangat mudah tapi satu perkara yang sangat penting selepas itu merupakan cabaran besar. ILMU MENJUAL. Tanpa jualan produk anda cuma akan jadi galeri untuk Shopee. Gambar produk hanya untuk santapan mata pelawat tetapi bukan menarik minat mereka untuk membeli.

Bagi melengkapkan lagi kedai anda dan memantapkan lagi ilmu untuk memastikan produk terjual LD sarankan anda mendapatkan Panduan Bisnes Part Time Shopee.

Dalam panduan ini, salah satu yang anda akan belajar adalah cara untuk boost produk supaya dapat meningkatkan lagi potensi jualan, boleh buat diskaun dan banyak lagi. Anda boleh baca testimoni pengguna boost Shopee di bawah.

Tak ada produk untuk dijual?

 

Panduan Bisnes Part Time Shopee ada sediakan lebih 200 produk untuk dijual. Anda cuma tinggal upload ke dalam kedai.

Ada masalah berkaitan kedai Shopee anda?

Panduan Bisnes Part Time Shopee juga ada sediakan support melalui telegram. Sekiranya ada apa-apa masalah atau persoalan anda boleh ajukan disana. Group support ini hanya khas untuk mereka yang memiliki Panduan Bisnes Part Time Shopee sahaja.

Anda boleh klik sini>> Panduan Bisnes Part Time Shopee untuk baca testimoni fresh daripada mereka yang mengamalkan

 Anda boleh dapatkan Panduan Bisnes Part Time Shopee segera sebelum persaingan menjadi semakin sengit.

Tidak akan rugi pelaburan ilmu sekiranya diamalkan.

LD sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Klik sini untuk membaca review LD mengenai Panduan Bisnes Part Time Shopee

Anda rasa artikel ini menarik? Kongsi sekarang.

Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan

Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan

Sekiranya anda mencari peluang untuk melakukan bisnes dari rumah, pastikan anda sudah melakukan kajian mengenai bisnes yang anda ingin jalankan. Memualakan bisnes dari rumah boleh jadi sangat menguntungkan dalam pelbagai cara. Ramai yang percaya mereka sudah memiliki segala yang perlu diketahui dalam bisnes dari rumah tetapi sebenarnya mereka terlupa beberapa aspek yang sangat penting.

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda lupa dan perlu diambil kira sebelum bermula.

1. Bekerja dari rumah adalah sangat berbeza dengan bekerja di pejabat. Ramai yang terlupa bahawa sangat banyak gangguan apabila bekerja dari rumah. Apabila bekerja dari rumah, anda perlu berhadapan dengan gangguan seperti television, radio malahan internet. Anda juga perlu berhadapan dengan ahli keluarga yang berada di rumah bersama-sama dengan anda. Anak-anak anda juga mungkin tidak dapat membezakan antara masa kerja dan waktu bermain. Ini memberikan banyak masalah kepada orang-orang yang menjalankan perniagaan dari rumah.

2. Jika anda nekad untuk bekerja dari rumah anda perlu banyak disiplin. Anda akan menjadi bos kepada diri sendiri, maksudnya tidak ada sesiapa yang akan memperhatikan anda dan memberitahu apa yang anda patut lakukan. Kesemuanya anda perlu buat sendiri. Ramai yang kecundang bila berhadapan dengan situasi ini. Tiada pengawasan bermaksud banyak kebebasan untuk lakukan apa saja termasuk TIDAK BEKERJA. Sekiranya anda ingin menjadi peniaga dari rumah yang berjaya, anda perlu atasi perkara ini dan pastikan semua perancangan yang sudah dijadualkan berjalan dengan lancar.

3. Mendaftar perniagaan di SSM. Anda perlu mendaftar perniagaan tidak kira apa pun yang anda jual. Kerajaan sudah mewajibkan semua penjual online untuk mendaftar perniagaan mereka. Ini juga menunjukkan bahawa anda memang seorang yang betul-betul serius ingin menjalankan bisnes sendiri. Selain daripada itu ianya dapat meningkatkan lagi keyakinan bakal pembeli.

4. Apabila bekerja dari rumah, anda bertanggungjawab keatas semua perkara. Ramai yang terlupa perkara ini. Ingat, jika komputer anda rosak anda bertanggungjawab untuk membetulkannya. Jika anda tidak dapat membetulkannya sendiri anda perlu menghantar ke kedai untuk dibaiki. Maksudnya anda perlu bersedia dari segi belanjawan untuk menghadapi situasi seperti ini. Anda juga perlukan modal yang lain untuk meneruskan bisnes. Sebagai contoh, modal untuk belajar melalui ebook atau seminar atau video. Ini dapat menjamin perkembangan bisnes anda pada masa akan datang.

5. Sebagai pemilik perniagaan anda bertanggungjawab keatas setiap aspek perniagaan. Ini bermakna anda bukan sahaja perlu membuat jualan dan melakukan aktiviti pemasaran tetapi anda juga bertanggungjawab ke atas akaun yang perlu dibayar dan diterima setiap bulan. Ini memudahkan anda untuk menjejak keuntungan, kerugaian dan kemana hilangnya duit keuntungan yang diperolehi.

6. Peniaga dari rumah juga bertanggungjawab ke atas cukai mereka sendiri. Apabila anda menjalankan perniagaan dari rumah tiada cukai yang akan ditolak dari gaji anda setiap bulan. Anda perlu membuat pembayaran cukai sekiranya sudah layak untuk membayar cukai. Membayar cukai dapat memberi banyak faedah kepada anda di masa akan datang. Sebagai contoh, mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman dari bank untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Kesimpulannya, anda perlu bersedia untuk menghadapi semua ini kerana itu adalah lumrah bekerja di rumah.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bekerja dari rumah, anda boleh cuba praktikkan beberapa kerja yang di cadangkan di sini >> Buat Duit Pantas dari Internet  – Edisi Newbie!

Close Sale Whatsapp – isi kandungan buku berbayar!

Close Sale Whatsapp – isi kandungan buku berbayar!

Close Sale Whatsapp

AWAS! Artikel ini mendedahkan kandungan sebenar daripada buku berbayar. Pendedahan ini hanyalah untuk tujuan review dan hanya beberapa maklumat tertentu sahaja akan didedahkan. Sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih lengkap anda boleh terus dapatkan di laman jualan rasmi. closesalewhatsapp.com

Selepas menghabiskan buku Close Sale Whatsapp rasanya tidak cukup untuk Lubuk Digital huraikan semuanya dalam satu artikel. Terlalu banyak maklumat penting yang wajib anda sendiri baca dan fahami. Diharapkan sedikit maklumat ini dapat memberi keputusan kepada anda untuk membuat tindakan segera. Sekiranya terlambat, pesaing anda mungkin akan dapat close sale prospek targeted anda.

Sebelum diteruskan dengan kandungan buku, anda boleh muat turun ebook “9 Kesalahan Close Sale Whatsapp” secara percuma.

BUKU CLOSESALE WHATSAPP

Pertama sekali apa yang perlu anda buat adalah “betulkan mindset“.

YA, mindset memainkan peranan yang penting. Betulkan mindset untuk membantu menyelesaikan masalah prospek. Mereka membeli bukan kerana suka-suka tetapi mereka membeli untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi, anda perlu tunjukkan kepada mereka bahawa anda betul-betul ingin membantu bukan menjual semata-mata.

Dalam buku Close Sale Whatsapp ada menerangkan 3 aliran yang betul untuk melakukan close sale.

1. STRANGER
Prospek yang bertanya tidak mengenali anda dan anda pun belum lagi mengenali mereka.

2. FRIEND
Jadikan mereka selesa berkomunikasi dengan anda dan tidak menganggap anda sebagai orang asing. Layan mereka seperti kawan yang anda kenal.

3. CUSTOMER
Apabila mereka sudah selesa dengan anda, mudah untuk anda buat mereka percaya pada anda dan juga produk terutamanya. Seterusnya menjadi pembeli.

Secara asasnya, seseorang itu mula membuat keputusan membeli apabila mereka sudah mula PERCAYA.

1. Percaya kepada produk – kerana produk boleh selesaikan masalah.
2. Percaya kepada seller – kerana seller jujur dalam menjual.

Selain daripada “PERCAYA”, ada 6 lagi faktor yang boleh membuatkan prosepk membeli yang anda perlu baca sendiri dari buku Close Sale Whatsapp.

BUKU 50 TIPS CLOSE SALE WHATSAPP

Tahukah anda, tidak semua selesa dengan gaya bahasa yang kita gunakan. Dalam tips pertama akan didedahkan dengan gaya bahasa yang betul untuk berkomunikasi dengan prospek.

Tips 1 – Customer Daily Vocab (CDV)

Guna bahasa harian yang prospek selalu guna untuk bercakap setiap hari. Ini adalah bertujuan untuk membina persamaan antara kita dengan prospek.

Kata ganti nama
Pastikan anda mengunakan panggilan yang betul dalam setiap situasi. Ada sesetengah dari kalangan prospek sangat sensitif mengenai panggilan.

‘cik’,’sis’,’dear’,’puan’,’akak’.

Bahasa rojak (Bm + Bi)
Bahasa rojak biasanya sesuai untuk pelanggan yang beradadi lokasi bandar dan sekitar bandar. Bersesuaian dengan pekerjaan, taraf pendidikan dan gaya hidup mereka.

Ada 49 lagi tips power yang boleh anda guna. Kesemuanya akan di dedahkan dalam buku 50 Tips Close Sale Whatsapp.

BUKU 30 IDEA FOLLOW UP WHATSAPP

Follow up adalah antara penyumbang terbesar untuk mendapatkan jualan. Ianya penting untuk mengingatkan mereka mengenai anda dan produk yang anda jual.

Siapa yang perlu kita follow up?
1. Prospek
2. Pelanggan

Dalam buku ini ada menerangkan situasi-situasi yang sering penjual hadapi dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Ada 30 idea follow up yang boleh anda gunakan.

Berbekalkan idea tersebut anda boleh gunakan kreativiti untuk mengolah skrip yang dikongsikan mengikut kesesuaian produk anda. Melalui fasa “try & adjust” anda akan dapat jadikan skrip tersebut lebih mantap dan “up to date” dari masa ke semasa.

Skrip follow up yang dikongsikan dalam buku ini sesuai untuk 5 check point dibawah. Ini adalah untuk memastikan prospek kembali aktif berhubung dengan anda.

5 Check Point Prospek Berhenti Chatting :
1. Selepas Tahu Info Produk.
2. Selepas Tahu Harga.
3. Selepas Dapat No. Akaun.
4. Selepas Bagi Alasan.
5. Selepas Bagi Details Postage.

Ini pula contoh LIVE ayat yang digunakan oleh pembeli buku.

Ingat, sales yang terbesar bukannya datang daripada close sale pada hari pertama prospek whatsapp anda. Tapi sales yang terbesar adalah pada hari anda follow up prospek berkenaan.

Ini pengalaman daripada pembeli buku Close Sale Whatsapp 2017







Anda pun boleh menjadi seperti mereka. Langkah pertama pertama anda adalah dengan mendapatkan buku ini dan yang kedua, lakukan tindakan.

Selepas membuat pembelian, ini yang anda akan dapat nanti.

3 NASKAH BUKU FIZIKAL

(1) Buku Close Sale Whatsapp :
– 110 muka surat.
– 39 Topik Close Sale + 3 Topik Bonus.
– Membincangkan tentang proses close sale bermula dari awal hingga akhir.
– Bermula dengan ‘apa itu close sale?’ sehingga ‘parcel dah pos – whats next?’
– Content dari sekecil-kecil proses hingga sebesar-besar proses.
– Pasti muntah pembaca buku ini hadam ilmu close sale whatsapp.

(2) Buku 50 Tips Close Sale Whatsapp :
– 62 muka surat.
– Perkongsian 50 Tips Close Sale yang mantap.
– Content berbeza dengan Buku utama diatas.
– Pasti pembaca tidak kering idea untuk close prospek yang banyak ragam.

(3) Buku 30 Idea Follow Up Whatsapp :
– 34 muka surat.
– Perkongsian 30 Tips Follow Up prospek.
– Content khas membincangkan tentang follow up.
– Kini peniaga online boleh follow up bila-bila masa sahaja, hanya copy + paste skrip yang disediakan.

5 EBOOK BONUS

4 EBOOK SUPER BONUS

InshaAllah, tindakan yang cepat dapat memberi hasil yang cepat.

Sistem Affiliate Lite – Sistem untuk merekrut ajen affiliate.

Sistem Affiliate Lite – Sistem untuk merekrut ajen affiliate.

PERHATIAN: Jika anda ketika ini sedang berusaha keras dan bertungkus lumus untuk memasarkan produk – produk anda di internet…

“ Mahukah Anda Jika Diberi Peluang Untuk Merekrut Sekumpulan Agen Pemasaran Online Yang Akan Melakukan Promosi Bagi Produk Anda Dengan Kesan 10 Kali Lebih Hebat Daripada Hasil Sekarang ? ”

Kini Usaha Pemasaran Internet Anda Dapat Diringankan Dan Dibantu Oleh Golongan Agen Pemasaran Internet Yang Telah Bersedia Untuk Mempromosikan Produk – Produk Anda Ke Seluruh Pelusuk Dunia Maya!

Rakan Usahawan Internet Yang Dihormati,

Melihat kepada gambarajah diatas, dapat kita ungkapkan bahawa ramai pemilik “web jualan” iaitu usahawan internet menyedari kepentingan “sistem affiliate” untuk dipasang dalam laman web jualan mereka.

Pemasangan sistem affiliate ke dalam laman web jualan sudah terbukti mampu meningkat “hasil jualan” dan juga keuntungan terhadap produk ataupun perkhidmatan yang dipasarkan secara online.

Potensi Jumlah Penjualan Dan Keuntungan Jualan Produk Anda Dapat Ditingkatkan Hasilnya 10 Kali Lebih Baik Jika Anda Dibantu Oleh Agen Pemasaran

Menerusi pemasangan sistem affiliate ke dalam laman web jualan, anda sebenarnya membuka peluang perniagaan kepada pengguna internet terutama sekali kenalan – kenalan online anda untuk menjana pendapatan dan sekaligus membantu dalam aktiviti promosi produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Pengguna yang mendaftar sebagai agen affiliate anda akan menerima satu link promosi yang akan mengandungi nombor ID yang akan membawa identiti mereka sewaktu aktiviti promosi dilakukan.
Contoh link promosi agen affiliate adalah seperti:

  • http://www.domain.com/?aff_id=agen1
  • http://www.domain.com/index.php?ref=agen2
  • http://www.domain.com/agen3
  • dan sebagainya.

Seterusnya apabila pengguna internet yang melayari ke laman web pengusaha produk menerusi link agen affiliate tersebut membuat pembelian terhadap produk yang ditawarkan, maka agen affiliate akan diberikan komisyen.

SATU-SATUNYA SISTEM AFFILIATE YANG MESRA PENGGUNA DAN PROFESIONAL.

Secara jujur saya katakan bahawa sistem affiliate lite ini amat mesra pengguna dan mudah digunakan. Ini telah memudahkan agen affiliate saya menggunakannya tanpa sebarang pertanyaan dan masalah.

Berbeza dengan sistem affiliate lain di pasaran, kebanyakkannya amat ‘complicated’ atau rumit digunakan. Ini menyebabkan banyak pertanyaan daripada agen affiliate yang terpingga-pinga memahami ruangan agen affiliate.

Ruangan agen affilliate keluaran sistem ini juga kelihatan profesional, tersusun dan sistematik. Ini mampu meningkatkan keyakinan agen affiliate saya terhadap kredibiliti sistem affiliate yang digunakan sebelum mereka memulakan promosi link affiliate mereka. Ini merupakan faktor yang amat penting bagi menjaya program affiliate anda.

Setakat ini, inilah sistem affiliate yang terbaik yang pernah saya gunakan.

Mohd Hairul Hissam

www.kraftangan.kincin.com

VERSI 2.0 INI SANGAT-SANGAT BERBEZA DARI SEGI PENGURUSAN KOMISEN, PENGURUSAN AGEN AFFILIATE, HEBAHAN, SEKURITI, “ON-OFF REGISTRATION”.

Dari segi promosi, bukan setakat article dan banner malah ditambah pilihan lain seperti “tagging article” dan “video promotion”.Konfigurasi? Versi 2.0 ini saya BERANI katakan yang ia sangat mudah, senang difahami dan menjimatkan masa.

Meskipun kini saya telah menggunakan Delavo kendalian BrainiacHost.com sebagai platform e-commerce, Sistem Affiliate Lite versi 2.0 ini memang banyak perbezaannya berbanding versi terdahulu. Ia sangat unik berbanding “skrip affiliate versi tempatan” yang lain.

Jika Amirol mahu jual pada harga RM 150 sekalipun untuk skrip ini, saya antara yang terawal mahu memilikinya…Serius! Amirol, untuk versi 2.0 ini, sukar untuk saya berikan review profesional terutama dari segi kontranya kepada pengguna…Tahniah!!! 5 bintang!!!

Rizal Razali

www.komenebook.com

Sekiranya anda mengusahakan program affiliate untuk produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di internet, terdapat banyak keuntungan yang bakal anda perolehi daripada penganjuran program affiliate iaitu antaranya: 

Anda tidak perlu bekerja keras melakukan promosi kerana rangkaian agen affiliate anda akan membantu anda.

Anda boleh fokus kepada aktiviti pengurusan tempahan pembelian produk dan khidmat pelanggan dengan lebih baik.

Segala aktiviti pemasaran dilakukan oleh agen affiliate dapat mempercepatkan anda mendapat hasil jualan yang anda idamkan.

Kos promosi juga dapat dikurangkan kerana kebiasaannya akan ada agen yang sanggup menggunakan medium iklan berbayar untuk anda.

Anda hanya tidak perlu membayar gaji pekerja kerana komisyen hanya dibayar kepada agen yang berjaya menghasilkan jualan sahaja.

Produk atau perkhidmatan anda akan cepat tersebar luas dan anda akan cepat dikenali ramai oleh pengguna internet sekaligus meningkatkan kredibiliti anda.

Cuba anda bayangkan sekiranya anda memiliki 500 agen affiliate yang bekerja mempromosikan produk anda setiap hari… sudah tentulah hasil penjualan produk akan meningkat kerana aktiviti pemasaran dijalankan dengan meluas!

Anda Tidak Perlu Membayar Gaji Pekerja Tetapi Sebaliknya Dapat Memiliki Agen Pemasaran Yang Akan Bekerja Untuk Anda Secara PERCUMA!

Kebiasaannya apabila membangunkan program affiliate bagi produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan, tawaran penyertaan program affiliate adalah percuma sahaja. Pengguna tidak perlu untuk membayar sebarang bentuk yuran pendaftaran untuk menjadi agen affiliate.

Dengan menawarkan pendaftaran percuma ini, anda akan berpotensi untuk memiliki ramai agen affiliate yang bakal mempromosikan produk dan perkhidmatan anda dengan lebih meluas. Sudah tentu ini akan menjadi satu perkara yang akan menguntungkan anda!

“Gaji” mereka pula hanya perlu anda bayar berdasarkan jumlah jualan yang terhasil mengikut kiraan komisyen. Katakan produk anda berharga RM40.00, maka anda boleh tawarkan komisyen sekitar (5% – 20%) untuk produk fizikal atau (40% – 80%) untuk produk digital.

Anda tidak perlu risau untuk memikirkan perihal membayar upah kepada setiap agen affiliate ataupun membayar gaji setiap bulan kepada mereka kerana hanya agen affiliate yang berjaya membawa hasil sahaja barulah berhak menerima komisyen yang sepatutnya.

Semakin rajin mereka “bekerja” iaitu mempromosikan produk anda, maka semakin tinggilah komisyen mereka! Inilah situasi menang – menang yang menguntungkan!

PERTAMA KALI SAYA MELIHAT DAN SKRIP AFFILIATE LITE INI SAYA RASA TERPIKAT DENGAN LAYOUT DAN INTERFACE YANG SIMPLE DAN MENARIK.

Skrip affiliate lite memang banyak membantu dalam membuat jualan produk Panduan AWeber saya. Malah dengan skrip ini juga saya dapat anjurkan Program PPL dengan jayanya yang berkaitan kursus online bagi mengajar dan mendidik prospek berkenaan selok belok hal-hal berkaitan dengan pemasaran affiliate.

Semasa program PPL berlangsung, saya dapat mengesan beberapa agen melakukan penipuan dalam usaha mendapatkan komisyen dengan mudah. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada bro Amirol kerana telah membekalkan sistem affiliate yang begitu praktikal dan memudahkan saya dan para IM yang lain dalam urusan program affiliate.

Kepada rakan-rakan usahawan internet di luar sana, saya amat mencadangkan sistem affiliate ini digunapakai dalam program affiliate anda. Saya yakin anda pasti tersenyum gembira dengan ‘kewibawaan’ yang terdapat dalam skrip sistem affiliate ini.

Amin Beb

www.tipebook.com

HARGA YANG AMAT BERPATUTAN SESUAI DENGAN KUALITI PRODUK YANG DITAWARKAN.

Saya tidak perlu pening kepala untuk mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengupah orang untuk membina affiliate program atau membeli program affiliate dari luar yang mahal yang mana saya sendiri boleh membinanya walaupun tanpa kemahiran teknikal.

Panduan yang lengkap dan tutorial yang jelas banyak membantu para usahawan online ini. Produk yang memang berBALOI-BALOI-BALOI bagi saya dan para newbie yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online ini. Syabas dan terima kasih!

Mohammad Hafizi

www.mohdhafizi.com

SAYA TELAH MENGGUNAKAN SCRIPT SISTEM AFFILIATE V1 DALAM BEBERAPA PROGRAM PPL YANG SAYA LANCARKAN.

Apa yang menariknya, script ini begitu mudah digunakan dan harga yang begitu murah. Script yang boleh di gabungkang dengan sistem pembayaran Paypal dan manual sangat sesuai digunakan untuk menyemak pembayaran komisyen kepada agen.

Malah, keizinan dari Amirol untuk mengubahsuai script untuk di sesuaikan dengan PPL Gempak Newbie, adalah salah satu contoh mendapat sokongan yang penuh dari pihak sistemaffiliate.com.

Amat ternanti-nanti script bagi V2 yang mempunyai ciri-ciri yang lebih ampuh.

Zamrin

www.zamrin.com

Walaupun penggunaan sistem affiliate ini “nampak” begitu menarik dan menguntungkan, namun terdapat satu masalah utama yang sering dihadapi oleh usahawan internet iaitu….
 

Tidak Ramai Usahawan Internet Tahu Bagaimana Untuk Mengendalikan Sistem Affiliate

Antara sebab mengapa ramai usahawan internet tidak menjalankan program affiliate untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di internet adalah kerana mereka kurang mahir bab – bab pengurusan script dan teknikal. Antara alasan – alasan utama adalah:

Kurang mahir dengan bahasa pengaturcaraan web seperti HTML, PHP, CSS etc.

Tidak faham ASAS penggunaan dan pengurusan sistem script.

Tidak mengerti logik proses kerja system script yang ingin digunapakai.

Tidak mengikut prosedur pemasangan script yang betul.

Sering beranggapan “susah” untuk memasang script kerana tidak faham arahan.

dan banyak lagi!

Ini adalah perkara lazim… Bukan semua usahawan internet mahir mengendalikan sistem script terutama sekali buat mereka – mereka yang baru sahaja mempelajari cara – cara membina laman web dan pemasaran menerusi internet.

Disebabkan perkara – perkara diatas, maka ramai yang tidak mampu untuk memasang sistem script affiliate mereka sendiri dan terpaksa untuk meminta pertolongan daripada orang lain. Malah, ada juga golongan yang terpaksa membayar harga upah yang agak mahal sehingga mencecah kepada ratusan ringgit kerana beranggapan script affiliate adalah susah dipasang.

Walaubagaimanapun, masalah tersebut dapat diselesaikan pada hari ini juga dengan kehadiran Panduan Eksklusif Tutorial Pemasangan Sistem Affiliate…
 
 

Katakan “Saya Boleh” Pada Diri Anda Hari Ini Kerana Anda Bakal Memiliki Satu Panduan Eksklusif Yang Akan Mengajar Anda Langkah Demi Langkah Pemasangan Sistem Affiliate Ke Dalam Laman Web Jualan Anda Menerusi…

Pakej Lengkap Eksklusif Sistem Affiliate Lite Versi 2

[Ini adalah merupakan produk digital yang merangkumi ebook pdf dan video tutorial]

Akhirnya Masalah Anda Kini Hampir Selesai!


Kerunsingan Untuk Memasang Script Affiliate Kini Boleh Dihapuskan… Jimatkan Wang “Upah” Anda Untuk Memasang Sendiri Script Sistem Affiliate Lite!

Dengan memiliki Panduan Eksklusif Tutorial Pemasangan Sistem Affiliate ini, anda akan didedahkan dengan penerangan secara “LIVE” langkah – langkah untuk memasang sistem affiliate ke dalam laman web jualan anda.

Pakej Tutorial Sistem Affiliate ini akan menerangkan secara keseluruhan apakah itu program affiliate, konsep kerja program affiliate dan juga sistem – sistem affiliate yang terlibat yang akan digunapakai. Malah anda juga akan menerima skrip sistema affiliate lite kami yang eksklusif!
  

Menerusi Pakej ini, Anda Akan Memiliki Item Eksklusif Seperti Berikut:

Manual Tips Panduan Pengurusan Affiliate


Pakej Tutorial Sistem Affiliate turut didatangi dengan satu manual yang mengandungi tips – tips yang akan membimbing anda untuk memahami maksud Program Affiliate dan cara kerja Sistem Affiliate.
Di dalam manual ini, anda akan diterangkan dengan:

  • Jenis – Jenis Sistem Affiliate Yang Ada di Pasaran
  • Pemilihan Sistem Affiliate Terbaik?
  • Tips Pengurusan Program Affiliate Cara Pakar
  • Info Penggunaan Sistem Affiliate 3rd Party
  • Trik – Trik Pengurusan Program Affiliate

Segala penerangan yang dibekalkan dapat membimbing anda dalam usaha membangunkan program affiliate bagi pemasaran produk dan perkhidmatan anda di internet.

Penerangan adalah merangkumi dari segi aspek pemasaran bagi pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa. Dengan ini, anda mampu memahami dan boleh membuat pilihan tentang konsep serta sistem affiliate yang bersesuaian bagi pasaran anda.

Manual Pemasangan Script Sistem Affiliate Lite


Oleh kerana dalam Pakej ini anda dibekalkan dengan script sistem affiliate lite kami yang eksklusif, maka Manual Pemasangannya turut disediakan.Di dalam manual ini, anda akan diterangkan dengan:

  • Langkah – Langkah pembinaan Database MySQL
  • Konfigurasi Sistem Affiliate Lite Versi 2
  • Uji Cuba Sistem
  • Penganjuran PPL Dengan Aweber, Getresponse dan Autoresponder Terbuka
  • Trik – Trik Pemasangan

Segala penerangan yang dibekalkan dapat membimbing anda dalam usaha membangunkan program affiliate bagi pemasaran produk dan perkhidmatan anda di internet.

Video Tutorial Eksklusif Pemasangan Sistem Affiliate Lite

Manual pemasangan sahaja tidak mencukupi. Anda turut dibekalkan dengan video tutorial yang akan menerangkan langkah demi langkah secara LIVE pemasangan script sistem affiliate lite versi 2.

Antara topik – topik yang disediakan adalah merangkumi:

Topik 1: Pemasangan Script Sistem Affiliate Lite

  • Bahagian 1: Memahami Asas Pemasangan Sistem Affiliate Secara Umum
  • Bahagian 2: Membina Database Sistem Affiliate
  • Bahagian 3: Konfigurasi Fail Database Dan Memuat Naik Script Ke Hosting (FTP)
  • Bahagian 4: Melakukan Konfigurasi Sistem Script Affiliate Lite
  • Bahagian 5: Menyediakan Halaman Tempahan Borang Dan Integrasi Sistem Affiliate
  • Bahagian 6: Konfigurasi PayPal Dan Sistem Affiliate
  • Bahagian 7: Uji Cuba Sistem Affiliate
  • Bahagian 8: Melihat Fungsi Kerja Ruangan Admin dan Agen

Topik 2: Konfigurasi Sistem Affiliate PPL

  • Bahagian 1: Memahami Sistem Affiliate Pay Per Lead Beroperasi
  • Bahagian 2: Mengintegrasi Sistem Affiliate & Data Lead Aweber, Getresponse atau Autoresponder Terbuka
  • Bahagian 3: Menguji Cuba Sistem PPL

Topik Bonus:

  • Bahagian 1: Mendaftar Di Affiliate Network
  • Bahagian 2: Memasukkan Data Produk Jualan

Ini adalah merupakan video tutorial yang eksklusif yang akan menerangkan perihal sistem affiliate yang boleh digunapakai untuk pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa.

Pengguna diajar langkah demi langkah pemasangan dan penggunaan sistem affiliate daripada sistem script affiliate lite dan juga affiliate network pilihan kami.

Segala penerangan yang dibekalkan akan dapat membimbing anda dalam usaha membangunkan program affiliate bagi pemasaran produk dan perkhidmatan anda di internet.

Miliki Sistem Affiliate Lite Versi 2 Yang Memenuhi Keperluan Pemasaran Internet Tempatan (Malaysia)!

SUNGGUH MUDAH DAN MENETAPI CITA RASA.

Sungguh mudah dan menepati citarasa.. Update percuma pula tu.

Tu yang saya masih tetap menggunakan skrip sistem affiliate lite ni untuk beberapa laman web jualan dan PPL saya walaupun ada pelbagai lagi skrip affiliate yang lain. Anda pula bila lagi?

Wan Mus

www.wanmus.com

SISTEM AFFILIATE LITE INI MEMANG PADAN DENGAN NAMANYA, RINGAN.

Dulu saya gunakan script affiliate lama, tapi belum ada lagi script affiliate lite v.1 masa tu.

Kehadiran versi 1 affiliate lite ni, memberikan nafas baru kepada pengguna sistem affiliate buatan tempatan.

Script ni juga mesra pengguna. Tutorial tu tak perlu cakaplah, memang lengkap dan straight to the point.

Berbagai penambahbaikan dibuat untuk script affiliate lite ni. Untuk versi ke-2, saya lihat agak banyak yang di tambah untuk memudahkan pengguna script ni. Tahniah!.

Anwar Yassin

www.gajisendiri.com

DARI PENERANGAN HINGGA PEMASANGAN SCRIPT AFFILIATE INI SEMUA ‘CLEAR’.

Jika anda seorang newbie, anda hanya perlu meneliti berulang-ulang bahagian yang anda tak dapat tangkap, mungkin ada yang terlepas pandang menyebabkan ia tidak berfungsi kerana ia disampaikan dengan baik dan cukup sempurna oleh saudara Amirol.

Itu pengalaman saya sendiri ketika menggunakan script affiliate ini. Produk Sistem Affiliate Lite versi 1 telah cukup banyak memudahkan untuk membuat pemasaran online saya, apa lagi yang terbaru Affiliate Lite versi 2.

Saya percaya ia pasti lebih sempurna untuk perniagaan internet anda. Fungsi rekod pelanggan dan pengurusan admin lebih banyak terutama bab komisen yang pelbagai, sesuai untuk produk yang dijual dengan harga berbeza.

Nazri Kasirin

www.semerbak.net

Panduan sistem affiliate lite yang dibekalkan adalah cukup lengkap untuk anda mendapatkan segala informasi berkaitan bagaimana untuk membangunkan program affiliate anda sendiri bermula daripada pengenalan sistem affiliate, pemilihan sistem, mencipta database, melakukan konfigurasi sistem dan sehinggalah menjalankan program affiliate anda. Jadi….

 

Mengapa Perlu Anda Mengupah Seseorang Untuk Sesuatu Kerja Mudah Yang Boleh Dilakukan Dengan Sendiri Dalam Masa Tidak Lebih 10 Minit?

 

 
Jimatkan perbelanjaan anda. Rata – rata “penyedia” perkhidmatan laman web diluar sana mengambil upah sekitar RM50 sehingga ke RM150 untuk memasang “satu sistem affiliate” ke dalam laman web jualan anda.

Itu baru sahaja “caj pemasangan”. Belum termasuk lagi harga “script” jika anda ingin menggunakan script berbayar yang kebiasaannya hanya boleh digunapakai untuk satu nama domain sahaja.

Bayangkan jika anda membangunkan 10 laman web jualan yang ingin dipasang dengan system affiliate… Berapakah perbelanjaan yang perlu anda keluarkan hanya semata – mata untuk kos pemasangan sistem affiliate ini ke dalam laman web jualan anda?

Wang upah tersebut sepatutnya boleh anda gunakan untuk aktiviti promosi berbayar anda ataupun untuk kos – kos upah yang lain yang lebih perlu…
 

Anda Bukan Menerima Panduan Ebook, Tutorial Semata – Mata Tetapi Turut Diberikan Script Sistem Affiliate Lite Versi 2 Untuk Kegunaan Laman Web Jualan Anda!

 

Ya, anda akan turut dibekalkan dengan script eksklusif yang telah kami sediakan untuk kegunaan anda. Script yang disediakan ini adalah sebagai “material” latihan untuk anda mula mempelajari cara pemasangan sistem affiliate ke dalam laman web jualan anda.

Script ini hanya eksklusif untuk pengguna – pengguna Panduan Sistem Affiliate ini memandangkan ia tiada dijual di mana – mana laman web dan ianya telah disesuaikan dengan konsep pemasaran program affiliate di pasaran tempatan.

Sistem Affiliate Lite Versi 2 Ini Dibangunkan Dengan Tujuan Untuk Memudahkan Aktiviti Pemasaran Internet Bagi Pasaran Tempatan

Sebagai pengguna Panduan Sistem Affiliate ini, anda turut akan dibekalkan dengan link download terhadap script Sistem Affiliate Lite eksklusif kami. Antara ciri – ciri menarik Script Sistem Affiliate Lite versi 2 yang dibekalkan ini adalah:
 

Statistik & Rekod Status Jualan Affiliate

Admin dan agen affiliate kini boleh melihat rekod jualan yang terhasil dengan lengkap dan mengikut status jualan seperti PENDING, VERIFIED dan PAID. Fungsi ini disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan admin dan agen affiliate berurusan dengan pelanggan / pembeli produk.

Butiran Nama Dan Email Pelanggan

Kini butiran nama dan alamat email pelanggan sudah boleh dilihat pada status rekod jualan di ruangan admin dan agen affiliate. Dengan adanya fungsi ini, agen affiliate boleh menghubungi pelanggan masing – masing urusan yang selanjutnya seperti memberikan bonus.

Fungsi Tag Pada Bahan Promosi Artikel

Kini pada ruangan maklumat bahan promosi artikel telah disertakan dengan fungsi TAG yang mana apabila tag ini digunakan oleh admin, ia secara automatik akan menggantikan maklumat agen affiliate pada artikel yang dilihat oleh pihak agen.

 

WYSIWYG Untuk Informasi Admin

Sistem WYSIWYG (What you see is what you get) turut dilengkapkan pada beberapa bahagian konfigurasi informasi admin seperti konfigurasi berita admin, iklan admin dan sebagainya. Admin kini tidak perlu lagi mengubahsuai data secara manual.

Fungsi Carian Maklumat Agen Dan Jualan

Fungsi carian ini amat berguna untuk memudahkan admin mencari rekod jualan agen, rekod pembelian, rekod peribadi agen affiliate dan rekod komisyen untuk semakan sekiranya diperlukan.

Sistem Borang Tempahan Khas

Sistem affiliate lite 2.0 ini dibangunkan adalah dengan tujuan untuk memenuhi keperluan bagi pemasaran internet tempatan. Maka dengan itu sistem borang khas turut disediakan untuk admin gunakan bagi menerima maklumat pengesahan bayaran secara manual.
 

Rekod Lebih Daripada 1 Nilai Komisyen

Dengan sistem borang yang dibekalkan, kini admin sudah boleh menjual pelbagai peringkat harga produk dalam 1 laman web yang sama. Admin boleh menetapkan pelbagai nilai komisyen untuk diberikan kepada agen affiliate berdasarkan jenis produk yang dipilih oleh pembeli.

 

Pelbagai Navigasi

Pelbagai navigasi yang disediakan untuk admin dan juga agen affiliate. Navigasi – navigasi yang disediakan ini mempunyai tujuan dan kegunaannya yang tersendiri yang dapat memudahkan admin untuk menjalankan program affiliate yang dianjurkan.

 

Borang Perhubungan Pelanggan & Affiliate

Menariknya pada sistem affiliate lite 2.0 ini, admin dan agen affiliate dapat menghubungi pelanggan dengan mudah menerusi sistem borang popup yang disediakan di dalam sistem affiliate lite ini.
 

Notifikasi Email Komisyen Dan Pembayaran

Setiap aktiviti yang berlangsung iaitu seperti pengesahan komisyen dan pembayaran komisyen oleh admin, sistem akan mengirimkan email kepada agen affiliate untuk memaklumkan kepada mereka tentang hasil yang mereka perolehi.
 

  

Banyak Lagi Fungsi Eksklusif Sistem Affiliate Lite 2 Yang Disediakan Khas Untuk Memenuhi Kehendak Usahawan Internet Tempatan!

 

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak script sistem affiliate yang ada di pasaran internet, sama ada berbayar mahupun percuma. Namun boleh dikatakan hampir kesemua script sistem affiliate tersebut tidak memenuhi keperluan pemasaran internet pasaran tempatan kerana script tersebut dibina oleh *orang luar*.

Memandangkan begitu ramai yang memohon agar diwujudkan satu script sistem affiliate yang dapat menguruskan penjualan produk – produk tempatan dengan mudah, maka kami terbitkan script sistem affiliate lite.

JIKA ANDA INGINKAN SCRIPT AFFILIATE YANG MUDAH DAN BERKESAN, SCRIPT SISTEM AFFILIATE LITE ADALAH PRODUK YANG MESTI DIMILIKI!

“Script Sistem Affiliate Lite ini memang berbaloi untuk dimiliki. Ianya memudahkan kerja-kerja pelancaran produk-produk online saya. Ianya mudah dipasang dan juga mudah untuk diselenggarakan.

Apa yang penting ianya juga memudahkan para agen affiliate untuk memantau promosi yang mereka jalankan. Ini memberikan kelebihan kepada kedua-dua pihak, saya sebagai penjual dan juga agen affiliate sebagai agen pemasaran.

Sistem affiliate yang baik akan membantu meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan online anda. Tambahan lagi anda hanya bayar sekali, tetapi bakal mendapat versi update terus menerus! Inilah yang dikatakan pembelian yang berbaloi-baloi!

Jika anda inginkan Script Affiliate yang mudah dan berkesan, Script Sistem Affiliate Lite adalah produk yang mesti dimiliki!

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

www.KewanganPeribadi.com

SKRIP AFFILIATE LITE MERUPAKAN SKRIP YANG SUNGGUH MUDAH UNTUK DIKENDALIKAN

Skrip Affiliate Lite merupakan skrip yang sungguh mudah untuk dikendalikan, walaupun sebelum ini kita tidak pernah menggunakan mana-mana skrip affiliate yang lain.

Walaupun sekarang ini saya telah pun memiliki beberapa skrip affiliate daripada sumber yang berbeza, namun saya mendapati skrip Affiliate Lite adalah yang paling mudah untuk dikendalikan.

Saya pasti, bagi newbie yang baru ingin berjinak-jinak dengan affiliate marketing, pastinya tiada masalah untuk menggunakan skrip ini, sama ada hanya sebagai agen affiliate, mahupun sebagai admin.

Ini kerana, kesemua funginya begitu mudah diaccess dan difahami. Tahniah kepada Saudara Amirol atas sumbangan yang sungguh bermanfaat kepada dunia affiliate marketing tempatan.

Rahman Basri

www.PanduanEmel.com

TAK PERLU CARI YANG LAIN DAH…

“Hampir 6 bulan telah berlalu dimana saya menggunakan Sistem Affiliate Lite versi 1.0 daripada saudara Amirol bagi tujuan merekrut agen – agen affiliate bagi memasarkan produk-produk digital saya.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan adalah “Sistem ini merupakan salah sebuah sistem affiliate terbaik saya pernah jumpa dan gunakan! Malah ia dicipta oleh salah seorang usahawan internet tempatan, yang mana kualiti sistem ini tidak salah jika saya katakan setaraf dengan sistem-sistem affiliate yang dibangunkan oleh programmer-programmer dari luar negara.

Sepanjang tempoh saya menggunakan Sistem Affiliate Lite versi 1 ini juga saya tidak pernah menerima sebarang komen berkaitan masalah yang timbul dari segi sistem ini berfungsi untuk menghasilkan komisen buat semua agen affiliate yang mendaftar.

Tidak sabar rasanya ingin menggunakan fungsi-fungsi yang baru dikemaskini serta dinaiktaraf oleh beliau di dalam Sistem Affiliate Lite versi 2.0 yang bakal diilancarkan kelak.

Anwar Yassin

www.gajisendiri.com

Script sistem affiliate lite ini telah disediakan mengikut keperluan pemasaran Usahawan Internet tempatan yang memerlukan sistem affiliate yang mudah digunapakai dan bersesuaian dengan keperluan pasaran yang diceburi iaitu terutama sekali bab penerimaan pembayaran secara manual (offline seperti bank in, bank transfer, money order dan sebagainya).

Script ini amat bersesuaian untuk usahawan yang ingin membangunkan program affiliate berasaskan Pay Per Sale (PPS) atau Pay Per Lead (PPL) dengan 1 tingkat (level) komisyen sahaja bagi pemasaran 1 jenis produk.

Nota: Ini BUKAN script untuk membangunkan program seperti MLM, referral, downline, matrix atau apa – apa jua konsep sistem yang mengamalkan pemasaran “tajaan” yang melebihi daripada 1 level komisyen.
 

Adakah Anda Benar – Benar Memerlukan Pakej Tutorial Sistem Affiliate Lite Ini?

 
Pakej Tutorial Sistem Affiliate ini perlu dimiliki sekiranya anda:

Ingin menganjurkan program affiliate Pay Per Sale bagi produk atau perkhidmatan yang dijual laman web jualan anda.

Ingin mengumpul mailing list dengan cepat menerusi konsep program affiliate Pay Per Lead (PPL).

Ingin meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sudah penat melakukan promosi seorang diri dan memerlukan rakan niaga untuk membantu (JV)

Ingin mempelajari cara pemasangan script sistem affiliate.

Tidak mahu lagi mengeluarkan wang upah kepada pihak ketiga untuk memasang script sistem affiliate.

Perlukan tutorial langkah demi langkah serta penerangan pemasangan sistem affiliate yang lengkap!

Jika anda mempunyai kesemua ciri diatas atau salah satu daripadanya, maka segera dapatkan Pakej Tutorial Sistem affiliate ini pada hari ini juga!

SOALAN – SOALAN LAZIM (F.A.Q) YANG MUNGKIN DAPAT MEMBANTU ANDA MEMBUAT PENILAIAN SAMA ADA PAKEJ SISTEM AFFILIATE LITE INI BERSESUAIAN UNTUK ANDA ATAUPUN TIDAK:

Apakah yang akan saya perolehi menerusi pakej ini?
Anda akan dibekalkan dengan 2 manual iaitu manual tips pengurusan program affiliate dan manual pemasangan, video tutorial sokongan pemasangan dan script sistem affiliate lite versi 2.
Saya ingin belajar cara bina web MLM @ Autodownline. Bolehkah panduan ini membantu?
Tidak. Tutorial yang dibekalkan hanyalah membimbing anda untuk membangunkan program affiliate sahaja dan tidak bersesuaian untuk program berkonsepkan MLM.
Saya ingin membina program affiliate yang mempunyai 3 level, 4 level, 5 level komisyen dengan konsep tajaan. Bolehkah panduan ini membantu?
Tidak. Panduan ini tidak dapat membantu anda membangunkan program yang berkonsepkan sedemikian. Panduan Sistem Affiliate hanya menerangkan konsep pemasaran berasaskan jualan produk ataupun pembinaan list sahaja menerusi 1 level komisyen.
Adakah Pakej Sistem Affiliate ini dibekalkan dengan script affiliate?
Ya. Anda akan dibekalkan dengan script sistem affiliate lite 2 yang telah dihasilkan.
Adakah panduan dan script yang dibekalkan turut sesuai untuk diaplikasikan di pasaran antarabangsa?
Ya. Panduan dan script yang dibekalkan boleh diaplikasikan pada mana – mana pasaran. Kami juga ada menerangkan bagaimana anda boleh memasarkan produk anda diperingkat global menggunakan salah satu Affiliate Network popular yang lengkap dengan ciri sistem affiliate, pengurusan data jualan dan sebagainya.

Adakah Anda Telah Bersedia Untuk Mula Memasarkan Produk Anda Secara Meluas Ke Seluruh Pelusuk Internet Dengan Pantas Menerusi Script Sistem Affiliate Lite Bermula Hari Ini?

Jika anda telah bersedia untuk menjana lebih pendapatan dengan penggunaan sistem affiliate, maka dapatkan Pakej Tutorial Sistem Affiliate Pada Hari Ini Juga Dengan Kadar Harga Istimewa Hanya:
 

RM50.00

RM40.00 Sahaja!

Segera Tingkatkan Potensi Penjualan Produk Dan Perkhidmatan Yang Anda Tawarkan Dengan Mengimplementasikan Sistem Affiliate Ke Dalam Laman Web Jualan Anda Pada Hari Ini Juga!

Jika anda ingin meningkatkan “potensi” penjualan produk anda ke satu tahap yang lebih memuaskan serta menguntungkan, maka segeralah aplikasikan system affiliate ke dalam laman web jualan anda bermula hari ini.

Kami yakin anda bakal memiliki “sekumpulan agen pemasaran online” yang sedang lapar menantikan peluang untuk memasarkan produk anda ke serata tempat sebaik sahaja anda membuka peluang ini kepada mereka!

Salam kejayaan buat anda!
Yang benar,
Rani Ishak

p.s – Panduan sistem affiliate ini adalah merupakan tutorial yang paling eksklusif dan terkini berbanding dengan lain – lain panduan di pasaran

p.p.s – Anda turut dibekalkan dengan script eksklusif sistem affiliate lite bersama – sama dengan tutorial ini untuk pemasangan ke dalam laman web jualan anda!

Tempah Pakej Sistem Affiliate Lite Versi 2 Sekarang Juga!