Download produk berbayar secara percuma?

Download produk berbayar secara percuma?

Anda pun boleh jadi hacker dengan kod mudah.

“wow..betul ke boleh jadi hacker? rasa seronok pula bila dengar orang cakap macam tu. saya hacker? senanglah nak buat duit kalau macam ni..”

Hacker yang dimaksudkan bukanlah dengan cara mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem. Dan apa yang akan ditunjukkan bukanlah dalam kategori hacker tahap tinggi tetapi tahap terendah yang masih lagi boleh dikawal.

Hacker Level 0, masih jauh lagi nak masuk level 1

Artikel ini TIDAK mengajar anda untuk mengakses halaman yang mempunyai keselamatan yang tinggi. TIDAK ada kod yang panjang berjela, hanya menggunakan kod yang mudah saja.

Sebagai pemilik produk,  tidak ada yang mahu produk yang sepatutnya berbayar dapat dimuat turun oleh sesiapa saja tanpa bayaran. Lebih-lebih lagi ianya dapat diaksess dengan mudah menggunakan google.

Dengan trik dan kod ringkas, link download anda boleh terdedah dengan mudah. Kebiasaanya teknik ini digunakan untuk mencari tajuk tertentu dalam satu domain tetapi jika salah guna, sesiapa sahaja dapat mengaksess ruangan download produk berbayar anda.

Dalam artikel ini Lubuk Digital akan kongsikan bersama dengan anda bagaimana cara untuk mendapatkan aksess download produk berbayar secara percuma.

AMARAN! Ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan meningkatkan keselamatan sahaja. Lubuk digital sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas penyalahgunaan maklumat ini.

Sebelum itu, kami akan tunjukkan kod ringkas yang akan digunakan dalam pencarian.

site:” url target website
intitle:” tajuk post/page
intext:” mencari perkataan yang sama dalam website
filetype:” format fail yang dicari
inurl:” dalam url ada perkataan yang dicari

Tak faham macam mana nak guna kod ni?

Jangan risau, teruskan bacaan. Kami akan tunjukkan caranya.

Pertama sekali buka browser anda. Google Chrome akan digunakan dalam contoh.

Kemudian taip “site:namawebsite.com“. url “namawebsite.com” tukarkan kepada url website sebenar. “site:” digunakan untuk mencari semua halaman di dalam url yang sudah kita target.

Semua halaman yang berjaya di index google akan dipaparkan. Kalau ada banyak, banyaklah yang keluar. Kalau sikit, sikitlah keluar. Dalam contoh, cuma ada 2 halaman yang keluar. TemplateSegera.com ada banyak halaman tapi google cuma berjaya index 2 saja. Cara nak elakkan google daripada index halaman yang tidak sepatutnya seperti halaman download yang sebenar akan ditunjukkan kemudian.

Dibawah ini pula untuk carian yang lebih teliti. Gabungan daripada 2 kod carian iaitu “site:” dan “inurl:” Dalam gambar contoh ada perkataan tambahan “inurl:download“. Semua url yang ada perkataan “download” dipaparkan. Url yang tidak ada perkataan “download” tidak akan dipaparkan.

Gambar dibawah sama seperti diatas cuma kod carian yang berbeza. Kod carian yang digunakan adalah “site:” dan “intext:“. Penggunaan kod “site:” sudah ditunjukkan tadi manakala “intext:” pula digunakan untuk mencari text yang digunakan di dalam artikel atau surat jualan. Sebagai contoh, intext yang digunakan adalah “download percuma“. Semua halaman yang mempunyai perkataan download dan percuma akan dipaparkan.

Untuk membuat carian yang lebih terperinci dan terus kepada target, anda boleh gabungkan lebih daripada 2 kod carian. Sebagai contoh, gabungkan kod “site:“, “intext:” dan “filetype:“. Kod “filetype:” digunakan untuk mencari halaman dengan format fail tertentu. Hasil carian akan menjadi lebih kecil dan lebih tergeted.

[spp_spv_hide]

Dalam contoh ada ditunjukkan format fail yang dicari adalah “html“. Semua halaman yang mempunyai teks “download” dan “percuma” serta format fail “html” akan dipaparkan.

Selain daripada html, anda juga boleh gunakan format fail yang lain seperti php. Perlu diingatkan, hanya halaman yang sudah di index google sahaja dapat dipaparkan. Halaman yang tidak di index tidak akan dipaparkan.

Dibawah adalah contoh untuk kod “intitle“. Kod ini digunakan untuk mencari halaman yang mempunyai perkataan “template” di dalam tajuk. Jika tidak ada perkataan yang dicari ditemui di dalam tajuk anda akan lihat paparan seperti dibawah.

Anda boleh membuat carian hanya dengan menggunakan satu kod sahaja iaitu “site:” atau dengan gabungan beberapa kod untuk pencarian yang lebih terperinci.

Cara untuk mendapatkan halaman rahsia secara percuma sudah didedahkan. Anda boleh mula semak web jualan sekarang. Jika ada halaman rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan keluar di google anda tidak perlu risau. Terdedahnya cara ini bukan bermaksud produk digital anda boleh terus diceroboh. Masalah keselamatan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Halang penceroboh sekarang!

Ada 2 cara yang boleh digunakan iaitu cara manual dan cara automatik dengan menggunakan plugin.

Jika anda menggunakan halaman minisite statik, gunakan kod ini dan masukkan di halaman download atau mana-mana halaman yang anda tidak mahu dedahkan kepada umum.

WEBSITE/MINISITE STATIK

<META NAME=”robots” CONTENT=”noindex,nofollow”>

Masukkan kod ini secara manual selepas <head> atau sebelum </head>

Fungsi kod ini adalah untuk mengelakkan daripada google untuk index halaman dan kandungan yang ditulis. Cara bergambar boleh rujuk dibawah.

Masukkan halaman yang anda ingin sembunyikan ke dalam web editor. Dalam contoh guna prisian Dreamweaver. Selain daripada Dreamweaver boleh juga guna perisian Kompozer. Download perisian kompozer sicara percuma di http://www.kompozer.net/download.php

Salin kod tadi kemudian masukkan selepas <head>

Setelah selesai, simpan fail tersebut dengan nama yang baru dan terus upload ke dalam hosting.

Anda perlu simpan dan upload fail baru dan buang fail yang lama. Ini kerana fail lama sudah di index oleh google. Sekiranya anda tidakmahu membuang halaman yang lama, anda boleh manipulasi halaman tersebut untuk mengumpul senarai emel(seperti halaman templatesegera.com) atau masukkan iklan affiliate.

WEBSITE WORDPRESS

Cara automatik boleh digunakan untuk platform wordpress. Sistem ini akan bantu anda untuk masukkan kod tadi secara automatik untuk kesemua halaman yang anda mahukan.

Caranya..

Login ke dalam website anda kemudian terus pergi ke bahagian plugin. Klik pada “Add New“.

Cari plugin “Yoast SEO” kemudian klik “Install Now“.

Selepas plugin diaktifkan, pergi ke halaman yang anda ingin sembunyikan dan klik “Edit“.

Tukar permalik kepada yang baru kerana yang lama sudah di index oleh google.

Skroll ke bawah sehingga nampak “Yoast SEO“. Ikut gambar dibawah.

Setelah selesai klik butang “Update“.

Itu saja. Mudah bukan? Anda boleh buat perkara yang sama untuk halaman yang lain.

Sekarang inshaAllah halaman download anda selamat.

Sekali lagi makluman untuk anda, cara ini selamat digunakan untuk mengelakkan halaman rahsia daripada di index oleh google. Hanya mereka yang mempunyai pautan url penuh saja dapat aksess ke ruangan tersebut.

Kalau buat testing kepada website orang lain dan dapat aksess percuma, jangan ambil kesempatan. Maklumkan kepada owner dan share artikel ini kepada mereka untuk tindakan. Ada sebarang soalan boleh ajukan di ruangan komen dan share jika rasakan maklumat ini memberi manfaat.

[/spp_spv_hide]

Kenapa bisnes anda perlu ada sistem tempahan?

Kenapa bisnes anda perlu ada sistem tempahan?

Anda berniaga di internet? Ada sistem tempahan? Tidak kiralah berniaga di website, blog mahupun di facebook. Penting untuk anda mempunyai sistem tempahan supaya semuanya dapat diuruskan secara sistematik. Kami senaraikan beberapa sebab kenapa anda ada sistem tempahan.

1. Meningkatkan keyakinan pembeli
Pengguna pada waktu sekarang semakin bijak dan berhati-hati apabila masuk dalam bab membeli secara online. Dengan adanya sistem yang dapat merekodkan aktiviti jual beli dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka. Sistem tempahan menunjukkan bahawa anda seorang yang serius berniaga.

2. Tempahan lebih bersistematik
Menjejak beberapa tempahan mungkin mudah tetapi sekiranya anda merupakan penjual yang setiap hari menerima tempahan yang banyak, sangat disarankan untuk mempunyai sistem tempahan. Semuanya dapat diuruskan dalam satu sistem sahaja. Kerja menjadi mudah dan lebih tersusun.

3. Melihat prestasi bisnes
Dengan adanya sistem tempahan, anda akan dapat melihat rekod keuntungan bisnes. Berapa unit yang terjual pada bulan ini dan berapa unit yang sudah terjual untuk bulan sebelumnya. Dengan adanya rekod, mudah untuk anda memperbaiki rangka kerja dan meningkatkan lagi prestasi bisnes. Apabila prestasi bisnes menjadi lebih baik, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri.

4. Rekod ajen lebih tersusun
Sekiranya anda mempunyai ajen affiliate ataupun dropship, anda dapat jejak pembelian daripada ajen dengan mudah.

Sekiranya anda ingin menggunakan sistem tempahan, saya cadangkan anda menggunakan sistem ordersini.com. Dengan komitement bulanan yang murah serendah RM10 sahaja sebulan anda dapat menggunakan fungsi yang disediakan. Lubuk Digital sangat mencadangkan sistem ini kerana, ianya selalu dikemaskini dengan fungsi terbaru dengan pantas. Sistem ini juga mesra pengguna dan mesra peranti. Anda boleh log masuk ke ke dalam sistem menggunakan komputer, laptop, tablet malah telefon pintar.

Antara fungsi yang disediakan adalah, borang tempahan untuk produk digital dan fizikal. Dalam kemaskini terbaru, ada borang tempahan untuk servis. Tiada had produk.

Selain daripada itu, anda juga boleh gunakan fungsi sistem affiliate dan dropship.

Kami boleh kategorikan ordersini.com sebagai penyedia sistem tempahan terbaik pada harga yang paling murah setakat ini.

Untuk menggunakan sistem ini, ikut langkah yang ditunjukkan dibawah. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Klik disini untuk mendaftar ordersini.com

Selepas pembayaran berjaya, anda akan dibawa masuk semula ke sistem ordersini.com  dan boleh gunakan fungsi berdasarkan kepada pakej yang dipilih.

Rahsia Newbie Menghasilkan Emel Berkualiti Tanpa Perlu Mengupah Copywriter.

Rahsia Newbie Menghasilkan Emel Berkualiti Tanpa Perlu Mengupah Copywriter.

Salam sejahtera kepada semua pembaca Lubuk Digital..

Pemasaran emel merupakan pemasaran bersifat malar hijau. Walaupun dengan adanya teknologi pemasaran baru seperti Whatsapp dan Telegram, pemasaran emel masih lagi tetap menjadi pilihan utama. Mempunyai senarai emel sendiri merupakan satu kelebihan. Oleh sebab itu, ramai pakar pemasaran menyarankan setiap peniaga online untuk mengumpul emel sendiri. Tidak kiralah anda menjual produk fizikal, produk digital mahupun servis.

Saya kongsikan cerita pada awal penglibatan saya dalam pemasaran emel. Masalah pertama yang saya hadapi adalah bagaimana cara mendapatkan subscriber. Kedua, bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan subscriber.

Masalah pertama sudah selesai tapi masalah kedua masih belum selesai.

Selepas prospek subscribe emel, saya biarkan mereka begitu saja tanpa follow up. Itulah kesalahan terbesar yang saya lakukan.

Subscriber merupakan prospek yang berminat, tetapi masih belum membuat tindakan. Jika bergantung sepenuhnya kepada surat jualan di laman jualan, sebenarnya itu salah. Surat jualan bertindak untuk mendapatkan pelawat yang berkualiti dimana pelawat yang berkualiti ini akan menjadi prospek anda. Hanya mereka yang betul-betul berminat akan subscribe.

Langkah seterusnya untuk menukar subscriber menjadi pembeli adalah dengan melakukan follow up. Paling kurang lima kali follow up.

Disini Cabaran Bermula..

Penulisan emel bukan setakat tulis dan hantar. Ianya mempunyai seni tersendiri dimana setiap apa yang kita tulis dan hantar merupakan cerminan kepada diri kita sendiri. Terlalu banyak hardsell akan menyebabkan subscriber rasa kurang selesa, nampak sangat emel yang dihantar cuma nak menjual. Terlalu banyak softsell pula akan menyebabkan subscriber kurang bertindak.

Kedua-duanya perlu seimbang. Hardsell boleh digunakan untuk menjual, manakala softsell pula boleh digunakan untuk mengingatkan subscriber mengenai apa yang anda sudah maklumkan kepada mereka sebelum ini. Oleh sebab itu lebih dari satu emel diperlukan untuk melakukan follow up.

Dalam pada itu, sesekali anda perlu menghantar emel kepada subscriber hanya untuk bertanya khabar. Tujuannya adalah untuk menampakkan anda sebagai seorang manusia dan bukan robot dimana setiap emel yang dihantar hanya untuk menjual.

Permulaan Penyelesaian..

Kesemua proses ini memerlukan banyak masa untuk dipelajari dan difahami. Sebagai seorang newbie pada ketika itu, saya tidak mempunyai banyak pilihan sama ada ingin mengupah pakar copywriter untuk menulis siri email ataupun buat semuanya sendiri.

Saya memilih untuk buat semuanya sendiri berpandukan kepada ebook-ebook yang sudah dibeli. Ye la, masih newbie kan, semua nak buat sendiri. Dalam tempoh belajar, saya masih lagi mempunyai masalah untuk menulis emel dengan betul.

Masalah Diselesaikan..

Bermula dari situ, saya menemui software yang boleh digunakan untuk menulis siri emel dengan mudah. Tanpa membuang masa saya terus mendapatkan software tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 7 siri emel follow up disiapkan dalam masa tidak sampai 30 minit. Apa yang saya suka pada software ini, ianya mudah digunakan. Hanya perlu isi tempat kosong kemudian pada bahagian terakhir, emel akan dihasilkan secara automatik.

Saya banyak belajar menghasilkan siri emel sendiri berpandukan kepada contoh emel yang dihasilkan menggunakan software ini.

Percaya dengan kualiti yang ditunjukkan, saya dapatkan kesemua software yang berkaitan beserta dengan lesen jualan semula. (pada masa tu tak ada niat nak jual semula cuma terpengaruh dengan surat jualan)

Ini software yang dimaksudkan..

PLR Case Study: Jana pendapatan pasif $350,000

PLR Case Study: Jana pendapatan pasif $350,000

Dalam blog plrtalk.com (blog English) saya tertarik dengan satu artikel mengenai menjana pendapatan pasif dengan plr. Saya rasa artikel ini sangat sesuai untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog Lubuk Digital.

Kajian kes ini dilakukan oleh Tony Shepherd seorang IM dari luar negara.

Kajian kes:

Ini merupakan kajian kes untuk pendapatan pasif melalui aplikasi android.Aplikasi yang dimaksudkan bukanlah seperti kamera, utiliti, antivirus ataupun permainan tetapi ebuku.

Jika anda masuk ke dalam google play, kemudian pergi ke bahagian “book”. Anda akan dapat lihat pelbagai jenis ebook dengan topik yang menarik. Malahan ada ebook yang mempunyai topik yang sama tapi nama penulis berbeza. Jika itu yang anda nampak, berkemungkinan besar ebook tersebut merupakan ebook PLR.

Di luar negara, ianya bukanlah sesuatu yang baru dan di Malaysia juga sama, tetapi tidak ramai yang terlibat dan mungkin boleh dikatakan masih ramai yang tidak mengetahui potensinya.

Ianya sudah lama bertapak semenjak google mula mewujudkan operasi sistem sendiri yang diberi nama “Android”.

Bermula daripada “Android Market” kemudian digantikan dengan “Google Play”, banyak perubahan telah dilakukan. Dengan wujudnya sistem ini, ianya membolehkan industri produk digital berkembang dengan lebih cepat.

Di Malaysia, jarang sekali kita dapat lihat individu terlibat dengan ebook dalam bentuk aplikasi. Ianya banyak dikuasi oleh syarikat besar seperti syarikat-syarikat buku.

Inilah peluang yang boleh kita manfaatkan sementara masih belum ramai yang menyertainya.

Apa yang dilakukan oleh Tony Shepherd untuk menjana pendapatan pasif sehingga $350k bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan. Beliau membeli ebook PLR atau menulis sendiri kemudian tukarkan ebook tersebut menjadi aplikasi Android.

Strateginya agak mudah..

1. Dapatkan ebook (membeli ebook PLR atau buat sendiri)

2. Tukarkan menjadi aplikasi Android

3. Letak harga $1.40(dalam RM6.20) untuk setiap download

4. Masukkan ke dalam pasaran aplikasi Android

Daripada apa yang lihat, sesiapa saja boleh melakukannya. Beliau menghasilkan lebih dari 1000 aplikasi dimana setiap satu daripada aplikasi tersebut mendapat 500-1000 pemasangan. (pembelian).

Ianya sentiasa menarik setiap kali berkaitan dengan angka.Cuba anda buat kiraan aplikasi yang sedikit beliau boleh buat. Kita ambil contoh 500 aplikasi yang berjaya dibuat. Setiap aplikasi ini mendapat 500 kali muat turun dimana setaip kali muat turun (pemasangan) bernilai $1.40.

Dalam kiraan matematik..

500 aplikasi x 500 muat turun x $1.40 = bersamaan dengan $350,000.

Ianya merupakan satu angka yang agak besar dengan hanya menukar ebook menjadi aplikasi..

Setiap ebook mempunyai pembaca tersendiri. Dengan adanya tajuk yang pelbagai beliau dengan mudah dapat meluaskan lagi sasaran jualan.

Kebanyakkan daripada ebook PLR tidak meletakkan sekatan atau apa-apa syarat tidak boleh mengubah ebook tersebut ke dalam bentuk aplikasi. Maksudnya anda boleh tukarkan ebook yang anda beli ke dalam bentuk lain yang anda mahukan.

Keadaan ini jelas menunjukkan ebook boleh dieksploitasikan dengan pelbagai cara. Tidak hairanlah IM tersebut boleh menjana $350,000 pendapatan pasif cuma dari aplikasi android yang sedikit.

Akhir kajian kes:

Kajian kes ini menunjukkan bahawa terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dengan PLR.

Jika anda ingin menjana pendapatan menggunakan cara yang sama anda boleh cuba tukarkan ebook ke bentuk aplikasi android. Sekarang sudah banyak software yang anda boleh gunakan untuk menukar ebook ke dalam bentuk aplikasi. Anda boleh terus tukar ebook tersebut ke bentuk aplikasi tanpa download apa-apa software dan boleh terus buat di dalam browser.

Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya, anda boleh saja upah orang lain untuk buatkan.

Anda boleh cuba servis di Fiverr.com untuk convert pdf ke dalam bentuk aplikasi android. Anda boleh upah dengan $5 untuk satu aplikasi.

Seterusnya siapkan akaun google play anda dan upload aplikasi tersebut.(Akan dibincangkan dalam artikel yang lain)

Sekiranya anda berminat dengan produk PLR, anda boleh dapatkan di sini>> 20 ebook PLR atau 3 ebook PLR niche evergreen..

5 perkara yang menggagalkan penjual produk PLR

5 perkara yang menggagalkan penjual produk PLR

Membina senarai emel dan menjana pendapatan lebih mudah dan cepat jika menggunakan produk PLR. Mungkin ramai yang berpendapat produk PLR sudah ramai orang jual sehingga tidak ada pembeli. Mereka salah, sebenarnya masih ramai lagi yang mencari produk PLR.

Sebagai seorang usahawan, kita tidak dapat menjangka semua akan membeli apa yang kita jual. Cuma mereka yang betul-betul perlukannya akan membeli. Oleh itu, anda perlu mencari orang yang betul untuk mendapatkan jualan.

Dalam artikel ini saya akan terangkan 5 perkara yang menggagalkan penjual produk PLR.

1. Tidak membuat perubahan pada produk

Produk PLR merupakan produk yang sudah siap sepenuhnya. Untuk menjadikannya lebih menarik dan unik berbanding penjual lain, anda perlu membuat perubahan pada produk tersebut. Sekurang-kurangnya lakukan kemaskini terhadap kandungan ataupun grafik cover buku.

Sewaktu melakukan promosi nyatakan perubahan yang anda sudah lakukan terhadap produk tersebut. Jangan berdiam diri selepas melakukan kemaskini kerana pelawat tidak dapat membaca fikiran anda dan mereka tidak tahu apa yang anda sudah lakukan. Anda perlu maklumkan kepada mereka supaya mereka tahu berapa banyak usaha yang anda sudah lakukan terhadap produk tersebut.

Tidak salah untuk menjual dalam keadaan asal dan ramai juga penjual mendapat jualan dengan menjual semula produk tersebut dalam keadaan asal. TAPI seelok-eloknya elakkan daripada menjual produk PLR asal dalam bentuk bundle melebihi 30 produk.

Jadilah unik dan terhad.

2. Grafik kurang berkualiti

Produk PLR biasanya disertakan dengan grafik cover. Pemilik asal yang cuma mahukan produk mereka terjual tidak mementingkan rekaan grafik walaupun produk mereka berkualiti.

Apa yang anda perlu buat adalah luangkan sedikit masa untuk tingkatkan kualiti grafik dengan mengupah designer atau jika anda mahir grafik, anda boleh buat sendiri.

Hampir semua pembeli tertarik kepada grafik yang menarik sebelum membuat keputusan untuk membeli. Sekiranya ada dua pilihan produk yang sama tetapi mempunyai grafik yang berbeza, pembeli cenderung untuk membeli produk dengan grafik yang menarik perhatian mereka.

Oleh itu jangan takut untuk membuat sedikit pelaburan.

3. Produk tidak berkualiti

Pemilik asal produk ini biasnaya hanya mahukan duit semata-mata dan tidak menghiraukan kualiti produk yang dihasilkan. Mereka cuma mahukan jualan produk PLR sahaja. Elakkan daripada menjual semula produk ini dalam keadaan asal. Seeloknya selepas membeli, baca kandungannya terlebih dahulu. Pastikan isinya tidak lari dari topik asal dan betul tatabahasanya.

Jika ebook tersebut bermasalah, elakkan daripada menjual semula atau anda boleh lakukan pembaikan sebagaimana sudah dinyatakan dalam point pertama tadi.

4. Berhenti melakukan promosi

Pembeli tidak akan datang sendiri tanpa adanya promosi. Sekiranya promosi pertama tidak berjaya, anda perlu teruskan promosi. Jangan berhenti. Anda perlu konsisten untuk memastikan produk anda terjual.

Gunakan pelbagai medium promosi seperti emel, blog dan laman sosial. Perbaiki iklan anda dan yang paling penting jangan malu untuk menjual..

5. Tidak membina senarai emel

Ini merupakan kesalahan TERBESAR! Anda WAJIB! saya ulang anda WAJIB bina senarai emel sendiri. Sebagai usahawan anda WAJIB simpan database pelanggan. Tidak kiralah anda merupakan usahawan online mahupun usahawan offline. Database pelanggan sangat penting untuk kegunaan masa hadapan.

Ianya bukan hanya untuk suka-suka. Anda boleh gunakan database untuk mengeratkan hubungan. Semakin erat hubungan anda dengan pelanggan semakin tinggi kepercayaan mereka kepada anda. Apabila sudah melepasi fasa kepercayaan, anda boleh mula menjual kepada mereka. Jika produk yang anda jual menepati apa yang mereka mahukan, mereka tidak akan teragak-agak untuk membeli.

Kesimpulannya, anda mampu untuk membuat jualan terhadap produk PLR sekalipun anda cuma mempunyai satu produk sahaja. Sekiranya anda belum mempunyai produk PLR tetapi ingin menjual produk PLR anda boleh dapatkan ebook tersebut menggunakan pautan dibawah..

>> 20 eBook PLR
>> 3 eBook PLR Niche EVERGREEN

Jual Telur Masin, Kini Mampu Jana RM12,000 Sebulan

Jual Telur Masin, Kini Mampu Jana RM12,000 Sebulan


Gambar: Harian Metro

Pada setiap hari kira-kira jam 6 pagi, empat buah reban yang menempatkan kira-kira 1,100 itik akan dibuka untuk membiarkan itik-itik tersebut mencari makanan di sekitar sawah di Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Itik-itik diternak oleh Che Hassan Che Mood, 57, bagi membekalkan telur itik untuk perusahaan telur masin miliknya.

Menurut Che Hassan, itik-itik tersebut dibiarkan mencari makanan sekitar sawah padi bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi itik tersebut dan akan menghasilkan telur yang berkualiti.

Beliau turut memberitahu bahawa setiap hari dianggarkan sekitar 860 biji sehingga 950 biji mampu diperoleh dan akan dikumpulkan bagi proses pemeraman telur masin.


Gambar: Harian Metro

Bermula tiga tahun lalu dengan sebanyak 50 ekor itik sumbangan kerajaan negeri Kelantan, kini Che Hassan telah menternak lebih 1,100 ekor itik yang diperoleh daripada penternak di Perak.

Bagi proses pembuatan telur masin pula, dia akan dibantu oleh isterinya Wan Naimah Wan Yaakub, 48, yang akan memproses sebanyak 2,000 biji telur masin dan akan dibekalkan kepada peraih di Pasir Mas dan Tanah Merah.

Perbezaan antara telur masin yang dihasilkan Che Hassan dengan telur masin yang lain adalah cara pemprosesannya iaitu dengan menggunakan air yang dimasakkan dengan menggunakan garam, daun pandan dan asam keping berbanding kebanyakan telur masin disalut dengan tanah liar atau arang.

Daun pandan dan asam keping digunakan bagi mengelakkan bau hanyir telur yang telah direbus. Kemudiannya telur tersebut akan dijemur selama 20 minit selepas dikeringkan dan direndam dengan air masin dalam bekas tertutup selama 12 hari bagi memastikan telur menyerap rasa masin.


Gambar: Harian Metro

Bagi memastikan tahap kemasinan air yang sesuai, satu alat khas telah digunakan bagi memastikan rasa masin yang konsisten dan Che Hassan akan memeriksa telur-telur tersebut dari semasa ke semasa bagi menjaga kualiti telur masin yang dihasilkan.

Menurut Che Hassan, telur masin tersebut akan dijual dengan harga 65 sen sebiji dan bagi telur itik biasa pula sebanyak 44 sen sebiji dan beliau turut menjual telur masin dalam bekas yang berisi 30 bii dengan harga sebnayak RM25 dan RM65 bagi 100 biji.

Pihak MARDI turut mengambil 250 balang besar yang mengandungi 30 biji telur masin bagi pasaran di Lembang Klang.

“Dengan menjual telur itik hasil penternakan ini, ia secara tidak langsung mengubah kehidupan kami sekeluarga, malah terkeluar daripada garis kemiskinan apabila mampu memperoleh pendapatan kasar RM12,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sumber: vitdaily.com