Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan

Bisnes Dari Rumah: Apa yang perlu dipertimbangkan

Sekiranya anda mencari peluang untuk melakukan bisnes dari rumah, pastikan anda sudah melakukan kajian mengenai bisnes yang anda ingin jalankan. Memualakan bisnes dari rumah boleh jadi sangat menguntungkan dalam pelbagai cara. Ramai yang percaya mereka sudah memiliki segala yang perlu diketahui dalam bisnes dari rumah tetapi sebenarnya mereka terlupa beberapa aspek yang sangat penting.

Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda lupa dan perlu diambil kira sebelum bermula.

1. Bekerja dari rumah adalah sangat berbeza dengan bekerja di pejabat. Ramai yang terlupa bahawa sangat banyak gangguan apabila bekerja dari rumah. Apabila bekerja dari rumah, anda perlu berhadapan dengan gangguan seperti television, radio malahan internet. Anda juga perlu berhadapan dengan ahli keluarga yang berada di rumah bersama-sama dengan anda. Anak-anak anda juga mungkin tidak dapat membezakan antara masa kerja dan waktu bermain. Ini memberikan banyak masalah kepada orang-orang yang menjalankan perniagaan dari rumah.

2. Jika anda nekad untuk bekerja dari rumah anda perlu banyak disiplin. Anda akan menjadi bos kepada diri sendiri, maksudnya tidak ada sesiapa yang akan memperhatikan anda dan memberitahu apa yang anda patut lakukan. Kesemuanya anda perlu buat sendiri. Ramai yang kecundang bila berhadapan dengan situasi ini. Tiada pengawasan bermaksud banyak kebebasan untuk lakukan apa saja termasuk TIDAK BEKERJA. Sekiranya anda ingin menjadi peniaga dari rumah yang berjaya, anda perlu atasi perkara ini dan pastikan semua perancangan yang sudah dijadualkan berjalan dengan lancar.

3. Mendaftar perniagaan di SSM. Anda perlu mendaftar perniagaan tidak kira apa pun yang anda jual. Kerajaan sudah mewajibkan semua penjual online untuk mendaftar perniagaan mereka. Ini juga menunjukkan bahawa anda memang seorang yang betul-betul serius ingin menjalankan bisnes sendiri. Selain daripada itu ianya dapat meningkatkan lagi keyakinan bakal pembeli.

4. Apabila bekerja dari rumah, anda bertanggungjawab keatas semua perkara. Ramai yang terlupa perkara ini. Ingat, jika komputer anda rosak anda bertanggungjawab untuk membetulkannya. Jika anda tidak dapat membetulkannya sendiri anda perlu menghantar ke kedai untuk dibaiki. Maksudnya anda perlu bersedia dari segi belanjawan untuk menghadapi situasi seperti ini. Anda juga perlukan modal yang lain untuk meneruskan bisnes. Sebagai contoh, modal untuk belajar melalui ebook atau seminar atau video. Ini dapat menjamin perkembangan bisnes anda pada masa akan datang.

5. Sebagai pemilik perniagaan anda bertanggungjawab keatas setiap aspek perniagaan. Ini bermakna anda bukan sahaja perlu membuat jualan dan melakukan aktiviti pemasaran tetapi anda juga bertanggungjawab ke atas akaun yang perlu dibayar dan diterima setiap bulan. Ini memudahkan anda untuk menjejak keuntungan, kerugaian dan kemana hilangnya duit keuntungan yang diperolehi.

6. Peniaga dari rumah juga bertanggungjawab ke atas cukai mereka sendiri. Apabila anda menjalankan perniagaan dari rumah tiada cukai yang akan ditolak dari gaji anda setiap bulan. Anda perlu membuat pembayaran cukai sekiranya sudah layak untuk membayar cukai. Membayar cukai dapat memberi banyak faedah kepada anda di masa akan datang. Sebagai contoh, mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman dari bank untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Kesimpulannya, anda perlu bersedia untuk menghadapi semua ini kerana itu adalah lumrah bekerja di rumah.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bekerja dari rumah, anda boleh cuba praktikkan beberapa kerja yang di cadangkan di sini >> Buat Duit Pantas dari Internet¬† –¬†Edisi Newbie!