Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Mungkin ada dikalangan pemilik page yang inginkan jumlah pelawat bertambah tapi tak nak habiskan banyak duit untuk naikkan like. Trik ini sesuai untuk anda. Sebahagian besar artikel dibawah daripada sumber asal iaitu buzzkonten.com manakala panduan bergambar adalah daripada Lubuk Digital.

Sejak kebelakangan ini, timbul perdebatan hebat sama ada perlu atau tak buat Like Marketing (iklan tambah Like Facebook Page).

Ada yang kata perlu supaya social proof page itu bagus. Ada pula yang kata membazir saja sebab cost per like sangat mahal sekarang, tambahan pula organic reach di FB sekarang tidak lagi setinggi 3 tahun lepas.

Tapi kalau anda perasan, likes ini masih lagi relevan sebenarnya. Jumlah Likes yang banyak boleh jadi bukti bahawa page itu aktif dan disukai ramai.

Takpe lah. Terpulang kepada pendapat masing-masing. Kami percaya setiap orang ada objektif dan strategi mereka sendiri. Cuma kali ini kami bukan mahu berdebat sama ada perlu atau tak jalankan Like Marketing. Kami mahu berkongsi bagaimana menambah jumlah Likes di page anda secara lebih jimat.

Invite mereka yang pernah Like post anda

Pasti anda dah pernah run Fb Ads mana-mana post di page bukan? Ramai orang like post tu? Ramai? Hah, jangan dibiarkan macam tu saja. Inilah masanya untuk invite mereka yang pernah like post iklan itu supaya menjadi Liker page anda.

Butang invite yang tersembunyi

Ini bukan butang invite yang anda biasa nampak iaitu, “Invite friends to like this page”. Invite melalui butang ini hanya terhad kepada rakan FB anda saja.

Butang invite yang tersembunyi ini lebih power lagi. Anda boleh invite seseorang yang selain dari ribuan friends anda itu. Serius.
Berdasarkan survey kami, tak ramai yang tahu tentang kewujudan fungsi ini. Alangkah ruginya.

Baiklah. Kami akan tunjukkan caranya supaya anda lebih faham dan boleh terus buat lepas baca artikel ini.

 

Begini,

1. Buka FB Page anda.

2. Klik pada jumlah like di mana-mana post (mungkin post iklan). Contoh, “Ali, Ahmad and 999 others like this”.

3. Satu kotak yang memaparkan nama-nama mereka yang like post itu akan keluar.

4. Di bahagian kanan, anda akan nampak butang samada “Liked”, “Invited” atau “Invite”.

5. Klik pada butang “Invite” untuk menjemput Liker itu like page

Tetapi, ada batasnya…

Butang invite ini ada hadnya iaitu hanya boleh invite kepada 500 hingga 1000 Likers saja sehari. Facebook akan hantar notification jika anda sudah mencapai had maksimum invite sehari itu.

Keesokannya, invite-lah lagi. Untuk pengetahuan anda, butang invite ini tidak selalu ada. Dia muncul secara random saja. Ada hari dia muncul, ada hari dia tidak muncul. Jadi, jangan panik pula nanti kalau tengok butang invite ini tiada. Cuba cari semula keesokan hari.

Maklumat ini betul pada waktu artikelini ditulis, sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak Facebook akan menyebabkan maklumat dalam artikel ini sedikit berubah.

Hasilnya?

Kebiasaannya, antara 15-20% akan menerima invitation ini. Ok lah tu kan. Kalau ada 1000 likes pada post iklan, dah 200 orang tu. Lebih jimat. Tak perlu jalankan iklan lain khusus untuk tambah Likers Page pun.

Secara logiknya, masuk akal juga cara ini untuk dapatkan Likers Page yang lebih berkualiti. Mereka ini dah kenal jenama anda dan dah pernah baca konten anda.

Tak perlu keluar bajet lebih pun, anda dapat apa yang diimpikan, iaitu Liker yang memang suka dengan produk atau servis anda.

Kalau mahu dibandingkan dengan cara membayar FB untuk buat like campaign, anda tidak dapat jangka secara jelas berapa ramai yang akan jadi Liker di page anda. Kalau dapat pun, barangkali individu itu hanya suka pada gambar di page anda saja dan tidak berminat pun dengan produk atau servis yang anda berikan.

Dah jelas? Boleh terus buat sekarang? Silakan bertindak sekarang ya.
Kami doakan semoga anda berjaya menukar Liker anda kepada pelanggan pula lepas ini ya.

Oh yaa…lupa nak cakap, trik ini cuma boleh digunakan pada desktop. Kalau buka guna smartphone tak keluar butang “invite”, dia keluar butang “ban”. Saya harap sedikit tips ini membantu anda untuk menambah page like.

Klik sini untuk baca artikel asal buzzkonten.com

 

Lubuk Digital ada terjumpa satu software yang memudahkan anda untuk mendapatkan “invite like” dengan mudah. Klik sini untuk convert like page anda sekarang atau klik pada gambar.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.