Mungkin ada di antara anda yang teringin nak bina kedai Shopee sendiri. Artikel kali ini LD akan tunjukkan kepada anda cara untuk bina kedai Shopee sendiri yang boleh siap dalam masa kurang dari 1 jam.

Tapi sebelum tu LD nak terangkan sedikit mengenai Shopee yang mungkin sesetengah daripada pembaca masih belum tahu. Shopee ni merupakan salah satu platform ecommerce multi-vendor/dropship. Maksudnya penjual yang berada di dalam platform ini terdiri daripada pengilang, peruncit, mahupun dropshipper. Tidak hairanlah satu produk yang sama mempunyai harga yang berlainan.

Ini antara screenshot pendapatan peniaga di Shopee yang sempat LD kumpulkan. Harap ianya dapat menaikkan lagi semangat anda untuk berniaga di Shopee.

Pada waktu artikel ini ditulis, persaingan masih lagi kurang tetapi pada masa akan datang siapa tahu. Disebabkan ini LD ingin mengajak anda sebagai penjual untuk turut serta dalam Shopee. Anda boleh bina kedai Shopee sendiri dengan mudah menggunakan panduan ini.

Info: Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri, di penghujung artikel ini LD akan dedahkan lubuk untuk dapatkan 200 senarai produk untuk dimasukkan ke dalam kedai anda.

Masuk ke Shopee.com.my kemudian daftar dengan klik pada sign up.

 Masukkan No.HP. anda kemudian klik butang Send Verification Code.

Shopee akan menghantar SMS Verification Code ke No.HP yang anda daftarkan. Masukkan Verification Code tersebut untuk pengesahan.

Selepas No.HP anda disahkan, lengkapkan Username & Password kemudian klik butang SIGN UP.

Selesai pendaftaran, anda boleh login terus ke akaun Shopee. Kemudian anda klik pada Seller Centre.


Kalau klik pada Seller Centre tapi keluar macam dalam gambar ni, anda perlu login menggunakan maklumat sewaktu pendaftaran. Kalau dah login, SKIP bahagian ni.


Disini ada akan lihat ada beberapa fungsi yang anda boleh gunakan. Klik pada ikon Shop Setting.


Lengkapkan semua yang ada. Shop Profile, My Shipping, My Address, Bank Accounts /Cards (Penting untuk menerima bayaran)


Klik bahagian My Product untuk upload produk


Tekan Add a New Product untuk mula upload produk pertama anda


Drag & Drop gambar produk disini. Anda boleh upload sehingga 9 gambar


Lengkapkan maklumat produk anda. Dah selesai klik pada butang Save.

Buat benda yang sama untuk produk yang seterusnya.

TAHNIAH!!

Sekarang anda sudah mempunyai kedai Shopee sendiri.

Terus terang LD katakan, nak memulakan bisnes di Shopee sangat mudah tapi satu perkara yang sangat penting selepas itu merupakan cabaran besar. ILMU MENJUAL. Tanpa jualan produk anda cuma akan jadi galeri untuk Shopee. Gambar produk hanya untuk santapan mata pelawat tetapi bukan menarik minat mereka untuk membeli.

Bagi melengkapkan lagi kedai anda dan memantapkan lagi ilmu untuk memastikan produk terjual LD sarankan anda mendapatkan Panduan Bisnes Part Time Shopee.

Dalam panduan ini, salah satu yang anda akan belajar adalah cara untuk boost produk supaya dapat meningkatkan lagi potensi jualan, boleh buat diskaun dan banyak lagi. Anda boleh baca testimoni pengguna boost Shopee di bawah.

Tak ada produk untuk dijual?

 

Panduan Bisnes Part Time Shopee ada sediakan lebih 200 produk untuk dijual. Anda cuma tinggal upload ke dalam kedai.

Ada masalah berkaitan kedai Shopee anda?

Panduan Bisnes Part Time Shopee juga ada sediakan support melalui telegram. Sekiranya ada apa-apa masalah atau persoalan anda boleh ajukan disana. Group support ini hanya khas untuk mereka yang memiliki Panduan Bisnes Part Time Shopee sahaja.

Anda boleh klik sini>> Panduan Bisnes Part Time Shopee untuk baca testimoni fresh daripada mereka yang mengamalkan

 Anda boleh dapatkan Panduan Bisnes Part Time Shopee segera sebelum persaingan menjadi semakin sengit.

Tidak akan rugi pelaburan ilmu sekiranya diamalkan.

LD sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Klik sini untuk membaca review LD mengenai Panduan Bisnes Part Time Shopee

Anda rasa artikel ini menarik? Kongsi sekarang.

Daftar Untuk Dapat Tips Bisnes Shopee Secara PERCUMA!

Tips, trik dan panduan akan dihantar terus ke emel yang di daftarkan. 

Nama


Alamat Emel


You have Successfully Subscribed!