6 Kalimah Balas Ucapan Terima Kasih

6 Kalimah Balas Ucapan Terima Kasih

Lubuk Digital sangat tertarik dengan satu artikel dari rizalrashid.com. Apa yang patut kita jawab selepas terima ucapan terima kasih? Topik ini agak jarang dibincangkan kerana mungkin bagi sesetengah pihak lepas orang ucap terima kasih kita akan jawab “ok” atau “tak de hal lah” atau “sama-sama“. Tapi apa yang anda akan baca ini nanti memang berlainan daripada apa yang selalu anda lakukan kerana setiap ucapan yang kita balas mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Nak jawab terima kasih pun ada seninya.

Ada orang ucap ‘terima kasih’ kepada anda hari ini???

“Hm, hari ni ya??…Ada2, lebih kurang banyak jugak lah tuan…”

Alhamdulillah, bagus betul anda, ini menunjukkan anda telah melakukan sesuatu yang meringankan beban orang lain dan juga membuatkan orang lain terasa terhutang budi pada anda.

Bila ada orang ucap thank you kepada kita secara ikhlas, ini menunjukkan kita sangat-sangat dihargai. Penghargaan adalah sesuatu yang sangat bernilai bagi sesiapa yang menerimanya.

“Betul tu tuan, mana ada orang yang tak suka dihargai kan, huhu…”

Ya, betul tu, tapi ingat, penghargaan ini akan musnah sekelip mata jika kita tidak menyambutnya dengan baik.

“Haah, ya ka, bahaya tu, macamana nak sambut dengan baik penghargaan orang??”

Senang je sebenarnya, tapi ramai orang terlepas pandang. Ade beberapa kalimah sakti yang anda boleh guna bila ada orang ucap terima kasih pada anda

“Wow, menarik tu, share pada saya tuan!!!…”

Teruskan pembacaan…

1-YOU ARE WELCOME

  • Ungkapan ni kita dah biasa dengar kan dan memang kebanyakan orang pun ramai guna yang ni.
  • Ia membawa maksud bahawa anda menerima penghargaan mereka.
  • Tapi tahukah anda bukan ini sahaja cara untuk reply terima kasih, ada banyak lagi sebenarnya.

2-THANK YOU

Kali ni advance sikit, kita reply thank you dengan thank you, amacam??

“Boleh eh tuan??”
Ya, boleh sangat, dan lebih bagus.

  • Ia membawa maksud anda bukan sahaja menerima penghargaan mereka bahkan juga berterima kasih atas sumbangan yang mereka lakukan.
  • Kebiasaanya ungkapan ini digunakan dalam keadaan masing-masing telah membantu antara satu sama lain…

3-DON’T MENTION IT

Haah ini dia ungkapan macho yang menunjukkan kesopanan untuk kita reply terima kasih.

  • Ia juga digunakan untuk membalas permintaan maaf daripada orang lain.
  • Kita menganggap ungkapan thank you atau permohonan maaf itu tidak perlu diucapkan
    oleh mereka.
  • Ertinya kita sudah sangat ikhlas dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada mereka.

4-MY PLEASURE

Pernah tak anda buat kerja anda sebagai contoh anda sebagai driver teksi, dan anda menghantar penumpang ke satu destinasi, dan bila sampai mereka ucap thank you???

Nah..”My pleasure”…inilah ungkapan yang sesuai kita guna untuk reply thank you dalam situasi tersebut.
“Hm, apa maksudnya tuan??”

Macamni perasan tak yang driver teksi tu memang dah lakukan tugas dia untuk hantar penumpang, bukannya dia ada tolong orang lain perkara yang advance daripada biasa kan, dah memang tugas dia hantar penumpang.

  • So, ungkapan ini sesuai bila kita bantu orang lain yang dah memang tugas kita pun
  • Atau memang perkara yang kita minat, maksudnya kalau orang tak suruh pun, kita memang rela dan suka buat.
  • Ia membawa rasa keseronokan anda dalam melakukan sesuatu untuk orang lain.

5-NO PROBLEM

Bila kita guna ungkapan ini, ia seolah-olah anda sedang menyatakan bahawa pertolongan yang anda berikan tidak menjadi bebanan atau menimbulkan sebarang masalah.

  • Ia biasanya digunakan dalam keadaan santai dan tidak formal.

6-ANYTIME

Biasanya, kita suka untuk menolong seseorang yang kita sayangi kan….

Kalau boleh tiap-tiap hari nak tolong.

  • Sebab bila kita tolong ataupun caring tentang “dia”, sebenarnya kita sedang membina engagement supaya hubungan kita sentiasa erat antara satu sama lain.
  • Sekali “dia” ucap thank you, ungkapan “anytime” sangat sesuai digunakan yang membawa maksud, bukan kali ni ja kita boleh tolong bahkan bila-bila perlukan pertolongan, just call me, I wiil come..

Amacam, power kan???

Follow beliau di Facebook RIZAL RASHID untuk lebih banyak tips dan perkongsian dalam teknik komunikasi berpengaruh.

Tip Newbie Affiliate

Tip Newbie Affiliate

Buat duit melalui affiliate bukan lagi satu rahsia.  Kini ianya menjadi salah satu pilihan newbie untuk buat duit tambahan secara online tanpa modal.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, Lubuk Digital sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Secara teorinya memang mudah.

Daftar affiliate percuma > dapatkan link affiliate > promosi > dapat komisyen

Realitinya anda perlu lebih fokus kepada PROMOSI kerana ianya perkara yang paling penting. Menyertai sebarang affiliate tanpa menyedari yang anda akan terlibat dalam promosi akan menjadikan affiliate ini sangat susah. Terutamanya kepada newbie. Anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh untuk mendapatkan ilmu dalam affiliate.

Anda mungkin berminat dengan Video Rahsia Income Affiliate Power

Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Kesalahan yang sering kali dilakukan oleh newbie affiliate adalah mendaftar terlalu banyak program affiliate dan mempromosikan kesemuanya dalam satu masa. Keterujaan itu membawa kepada perasaan tamak untuk mendapat duit mudah dengan lebih cepat.

Ianya salah. Sebagai newbie anda patut lebih fokus kepada satu produk pada satu masa. Siapkan kempen promosi satu persatu.

Jangan langkaui proses pembelajaran.

Untuk menjadi seorang affiliate yang berjaya anda perlu ada ilmu. Jangan ambil ringan bahawa affiliate ini mudah dan boleh buat sambil lewa. Tanpa ilmu anda tidak akan dapat bertahan lama dalam perniagaan ini. Setiap program yang anda sertai bekemungkinan besar akan mengalami kegagalan. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate.  Teruskan usaha.

Recommend: Video Rahsia Income Affiliate Power

Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Gunakan teknik yang dipelajari untuk menjadikan anda unik. Jika anda meniru orang lain, agak sukar untuk bersiang dengan orang lain yang menggunakan teknik yang sama. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan teknik anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.

Bersabar untuk berjaya.

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda tidak kira cepat atau lambat. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki, nasib dan usaha anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal.

Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan buat duit secara online. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli tanpa melakukan sebarang tindakan. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu lakukan tindakan seperti yang diajar dalam panduan yang sudah dibeli.

Belajar berdisiplin.

Setiap usaha untuk berubah perlukan disiplin. Banyakkan bertindak daripada membaca. Ilmu tanpa tindakan tidak akan membawa anda kemana-mana. Sentiasa disiplin dan konsisten untuk meningkatkan lagi kualiti kerja dan teknik pemasaran anda.

Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tetap setiap bulan. Sekiranya perniagaan anda masih belum stabil, jangan bertindak untuk berhenti kerja. Sekiranya perniagaan anda gagal, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai sumber pendapatan lain.

3 Tip Berkesan Setiap Peniaga Patut Lakukan

3 Tip Berkesan Setiap Peniaga Patut Lakukan

Masih ingat lagi hari pertama anda terlibat dalam bisnes? Anda mungkin seperti kami dan usahawan yang lain..cukup bersemangat dan gembira. Yelah, hari itu kira rasakan seperti kita boleh menakluk dunia. Sekarang kita terlalu sibuk untuk menakluk sudut kecil dalam diri bagi menarik perhatian seluruh dunia..baru sedar dunia bisnes tidak semudah yang disangkakan melainkan kita belajar daripada kisah usahawan yang sudah berjaya.

Tip yang akan Lubuk Digital kongsikan mudah dan boleh diguna pakai oleh setiap usahawan tanpa mengira produk atau perkhidmatan.

1. Buat Tawaran Istimewa

Tawaran istimewa adalah tawaran yang istimewa. Bukan tawaran yang biasa-biasa. Selalunya,  tawaran istimewa diberikan dengan had masa atau kuota. Pelanggan tidak akan dapat tawaran ini lagi pada masa akan datang. Sekiranya ada, mereka perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.

Tawaran istimewa ini boleh jadi produk keluaran terhad atau gabungan beberapa produk dalam satu pakej pada harga yang lebih murah. Pelanggan akan berasa teruja untuk mendapatkan tawaran tersebut kerana ianya merupakan tawaran yang lebih baik.

Lihat dari sudut pandangan pelanggan anda, sekiranya anda menjual tiga atau empat barang dalam satu harga adalah lebih baik daripada mendapatkan kesmuanya pada harga yang berbeza secara berasingan.

Tawaran istimewa ini sentiasa dapat menarik perhatian pembeli.

2. Buat Customer Avatar

Customer avatar merupakan data mengenai pelanggan yang anda inginkan. Anda perlu tahu ciri-ciri, rupa, sifat, pekerjaan, jantina dan banyak lagi berkaitan dengan peribadi pelanggan. Dengan mengenal pasti maklumat mereka mudah untuk anda merancang strategi pemasaran yang berkesan. Dengan adanya data ini, ianya dapat memberi penjimatan yang besar dalam pengiklanan kerana anda sudah mempunyai sasaran yang khusus. Jual produk yang betul kepada orang yang betul.

Pelanggan anda juga akan berasa gembira sekiranya masalah mereka dapat diselesaikan. Ingat, pelanggan tidak suka membeli tetapi mereka suka sekiranya pembelian itu dapat menyelesaikan masalah mereka.

3. Perkhidmatan Selepas Jualan

Salah satu kejayaan dalam pemasaran adalah dengan menjadikan pelanggan anda sebagai penyokong anda. Bagaimana? Cara yang paling mudah adalah dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan. Sekiranya perkhidmatan selepas jualan yang anda berikan adalah terbaik, mudah untuk menawan hati mereka dan ini membolehkan mereka menjadi pelanggan setia anda. Secara tidak langsung mereka akan memaklumkan kepada kawan dan keluarga tanpa paksaan.

Untuk menghargai usaha mereka, anda boleh berikan hadiah istimewa, diskaun atau paling ringkas boleh saja hantarkan kad terima kasih ke alamat mereka. Ini secara tidak langsung akan membantu anda mempromosikan produk mahupun perkhidmatan anda secara percuma.

Anda boleh tanya kepada pelanggan mengenai produk mahupun perkhidmatan yang anda berikan. Apa yang membuatkan mereka berpuas hati dan apa yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Maklumat ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti kerja pada masa akan datang.